SOLAT DHUHA - Menarik bantuan Allah

BismillahirRahmaanirRahiim




Dari Abu Darda' r.a., katanya: "Saya diwasiati oleh kekasihku -yakni Nabi Muhammad s.a.w. dengan tiga perkara. Saya samasekali tidak akan meninggalkannya selama saya hidup, iaitu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, melakukan solat sunnah Dhuha dan supaya saya tidak tidur sebelum saya solat witir."
                                                                                                (Hadis Riwayat Muslim)

Solat Dhuha mempunyai kedudukan yang sangat mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan [sejak terbitnya matahari sampai menjelang tibanya solat fardu Zohor]

YANG PERTAMA 

Dosa terampun

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.
“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”

(Hadis Riwayat Tarmidzi)

YANG KEDUA

Orang yang bertaubat

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

(Hadis Riwayat Hakim)

YANG KETIGA 

T e r c a  t a t  s e b a g a i  o r a n g  t a a t

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.
“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."

(Hadis Riwayat At-Thabrani)

YANG KEEMPAT

M a s u k  s y u r g a  d a r i  p i n t u  y a n g  k h a s

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga melalui pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,
"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

(Hadis Riwayat At-Thabrani)


YANG KELIMA

Dicukupkan rezeki

Allah swt mencukupkan rezekinya.
“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Darda')

YANG KEENAM

S u d a h  b e r s e d e k a h

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.
“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.
Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang makruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.
Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha."

(Hadis Riwayat Muslim)

Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk kita lepaskan begitu saja.
Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.

SEMOGA DAPATKAN SEBARKAN KEPADA SAHABAT SEISLAM dengan ANDA klik butang SHARE.

SELAMAT BERAMAL...






0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...