MUTIARA KATA DARI TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

BismillahirRahmaanirRahiim.
Assalamualaikum wrth kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah. Ummi doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selau hendaknya.

Hari ni jumaat ,12 hb Februari 2016 telah genap setahun pemergian Murabbi Ummah TGNAA kembali ke rahmatullah. Seorang tokoh politik Malaysia yang disegani kawan dan lawan hatta kaum belum Islam.

Mari kita sama-sama sedekahkan al Fatihah buat almarhum. 

Al Fatihah..



Hasil carian imej untuk tgna


Pada coretan kali ini, ummi ingin berkongsi mutira kata yang beliau tinggalkan. Semoga dapat bermanafat buat semua.

1)  "Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasilnya......"
 

2)  "Para Nabi tidak diutus untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk menyelamatkan diri di akhirat kelak....."
 

3)  "Walaupun malam gelap dan di bawah meja, semua kerja-kerja sulit akan didedahkan apabila kita berhadapan dengan ALLAH S.W.T di akhirat kelak. Baik manusia hebat manapun, semuanya akan didedahkan rahsianya nanti. Keyakinan seperti ini boleh menyebabkan manusia terbantut untuk buat maksiat...."
 

4)  "Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit saja terus sakit dan berdarah. Demikian juga lah hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa".

5)  "Bila kita membeli belah di kedai, kita tukarkan duit dengan barang. Oleh yang demikian, kita tidak sayang belanjakan duit kerana nampak barang di depan mata. Nun, sedarkah kita bila kita laburkan duit untuk kebaikan, seperti kita membeli pahala dengan duit kita. Walaupun pahala ini benda yang tidak nampak, tetapi itulah duit kita di akhirat...."

6)  "Hidup ini tumpang menumpang.....di situlah lahirnya syukur kita kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh pen
ternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT.....maka siapalah kita untuk menolak agama ALLAH....?."
 

7)  "Sains Barat hari ini berlumba-lumba untuk menjalankan kajian benih tumbuh-tumbuhan. Benih-benih dijaga begitu elok untuk menghasilkan tanaman yang bermutu. Jika benih tumbuh-tumbuhan pun dijaga demikian rupa, kenapa tidak 'benih tamadun' iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dengan jagaan iman dan taqwa kerana dari 'benih' inilah akan lahirnya tamadun ummah insyaa ALLAH."
 

8)  "Di rumah ALLAH kita jadi imam dan makmum, manakala di luar rumah ALLAH kita disebut pemimpin dan rakyat. Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar ALLAH manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar ALLAH...."
 

9)  "Jika memamdu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak ISLAM ialah upama hidup tanpa lesen....."
 

10) "Ambil wudhuk tidak perlu guna air banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah atau anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki.... ."
 

11)  "Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu. Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas....."
 

12) "Saya adalah Menteri Besar. Dengan jawatan ini, sayalah orang pertama yang akan dipanggil oleh ALLAH SWT kelak di Padang Mahsyar. Soalannya yang akan ditanya, apa kamu dah buat untuk menegakkan suruhan ALLA S.W.T? Pada masa itu, saya akan menjawab saya sudah keluarkan arahan. Tuan-tuan semualah pula akan ditanya kemudiannya, adakah arahan tersebut dilaksanakan."
 

13) "Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta Manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku ALLAH SWT sebagai Tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat ALLAH bila berdepan dengan masalah....."
 

14) "Nabi merupakan PEMIMPIN kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman. Atas nilai mencontohi kepimpinan Nabi itu, maka setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi contoh....."
 

15) "Saya tidak memerintah Kelantan, saya mentadbir Kelantan. Bila disebut Kelantan, bukan negerinya tapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran ialah qalbu manusia. Kita mesti jaga qalbu manusia, kerana qalbu ini sengaja ALLAH S.W.T ciptakan untuk diisi dengan yang buruk dan baik. Dengan kita jaga qalbu manusia, dengan automatik terjaga semua, ekonomi manusia, sosial manusia, budaya manusoa dan aqidah manusia"
Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada ALLAH S.W.T sedang memantau..... Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa....tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek.....kalau hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka...... ."

Cukuplah 15 mutiara kata untuk dikongsikan buat kali ini. Silakan SHARE untuk manafaat semua ya.


 

0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...