Showing posts with label NECK. Show all posts
Showing posts with label NECK. Show all posts

NARKOLEPSI - INSAFKAN RIZAL

        BismillahirRahmaanirRahiim

       Assalamualaikum wrth.
       
       Entri kali ini, mari kita belajar satu istilah baru dalam bidang perubatan.

       APA ITU  NARKOLEPSI

       Narkolepsi adalah gangguan yang disebabkan ketidakupayaan otak untuk      
       mengawal tidur. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba di mana keinginan untuk           tidur tidak boleh ditahan-tahan dan paling membimbangkan bila sedang              memandu.

    KISAH RIZAL

  • Inilah yang berlaku pada Rizal, 41 tahun peserta Neck  Batch 7.
    Beliau tertidur semasa memandu menyebabkan kemalangan hingga patah bahunya. Semoga perkongsian syahdu beliau dapat menjadi ikhtibar pada semua.

    **************


    3 MESEJ
     
    Tahun lepas ( 2015 )  saya masuk umur 40 tahun. Saya dapat 3 mesej.

    Mesej 1 : ' Life began at 40' , daripada pemerhatian saya, jika saya tidak buat apa dari sekarang, ' my life will end before turn 41'.
      
    Mesej 2 : ' You're 20 years old with 20 years experience' . Saya terfikir, boleh ka saya merasai seperti 20 tahun semula.

    Mesej 3  : ' Jagalah Solat dan kesihatan anda'. Yang ni datang dari ayah saya dan buat saya terfikir sejenak, teruk sangat ke keadaan saya sekarang.

    MEMORI HARI JADI


    Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2013, pada hari jadi saya , dalam perjalanan pulang , saya tertidur dan 'kemalangan'. Di hospital, saya dapat tahu yang bahu saya patah. Tapi syukur saya masih hidup, tapi saya sedih saya sambut 'birthday' saya di hospital.

    Jelas dari peristiwa yang dah 2 tahun berlaku, tetapi saya masih tak berubah.
    Saya pergi jumpa doktor untuk dapat kepastian. Saya dapati saya ada tekanan darah yang tinggi, kolesterol yang sangat tinggi hingga mesin yang mengukur kadar kolesterol tidak dapat beri bacaan.


    Tapi yang memeranjatkan saya doktor beritahu yang saya ada 'masalah tidur' / sleep apnea / narkolepsi. Keadaan di mana saya boleh tidur pada bila2 masa dan apa jua keadaan.

    Bila saya tidur malam, bekalan oksigen tidak mencukupi ke otak disebabkan aliran oksigen terganggu ( lemak banyak ). Jadi otak akan beri signal ke jantung , supaya pump lebih darah yang beroksigen ke otak. Dan ini berlaku setiap 15 saat, sepanjang malam sampai saya bangun. Jadi sebenarnya, saya tidur sepanjang malam, setiap malam dan membuat saya sentiasa mengantuk.


    UBAT UNTUK KURUS
     
    Saya pernah diet sebelum ni iaitu 6 bulan sebelum saya kahwin, saya ambil keputusan untuk kuruskan badan sebelum hari perkahwinan saya.


    Saya ambil ubat. Ubat ini buat saya hilang selera makan, heart rate jadi laju. Hasilnya pada hari perkahwinan saya, saya dapat turun berat badan hingga ke 80kg. Malangnya, selepas 2 minggu saya dapat balik berat badan lama saya dan jadi gemuk semula. Ini 11 tahun dulu ( 2003 ).

    JOIN NECK.
     
    Pada hari raya puasa tahun lepas , saya dapat whatsApp daripada seorang ejen NECK. Selepas saya baca e-book Neck dari MF, saya terus berminat nak cuba sebabnya semuanya online. Dan saya pada masa tu memang sangat sibuk di ofis.


    Selepas 2 minggu berat saya dari 113 turun ke 108 kg. 5 kg turun, saya yakin apa yang saya belajar/amal dari NECK ni berkesan.


    Masa saya kecik, ibu saya seorang suri rumah sepenuh saya, bagi makan 5 kali sehari , saya main waktu petang, dan kena marah bila tidur lewat.


    Siapa sangka dalam Neck ni suruh saya buat benda yang sama, kena makan , minum , tidur dan senaman. Saya diperkenalkan dengan 2 benda yang saya tidak pernah buat, makan sayur dan supplemen.

    Dulu saya makan nasi campur, bermakna pinggan penuh dengan nasi, selepas tu campur dengan lauk. Sekarang saya makan sayur campur, bermakna , penuhkan sayur, nasi suku ( separuh dari separuh bila beli dikedai) dan lauk.


    100 HARI BERSAMA NECK


    Selepas 100 hari saya dapat turun 10 kg. Selepas tu saya bergerak sendirian, saya masih amalkan 3 supplimen , ESP , herbalax dan multi vitaman dalam diet saya.

    Saya ada join Kumpulan Diet lain selepas tu, tapi pada asasnya saya dah tahu apa yang perlu saya buat, cuma program diet lain ni , ada aktiviti bersama di hari minggu , seperti hiking, circut training dan dan sebagai. 

    Pada hari biasa , saya sudah ada disiplin diri utk workout dengan sendiri, yang saya belajar dari NECK.

    2 exercise yang sentiasa saya amalkan adalah abs training dan HIIT. Sebab tidak kira di ofis , taman , gym , di mana saya ada, saya boleh buat dan memang burn calories sebanyak2 banyak nya.


    Pada anda yang  nak turunkan berat badan, bila anda daftar NECK , anda akan dapat belajar cara untuk kurus dan sihat, dengan mudah dan betul. Belajar berdikari dan sentiasa disupport oleh rakan-rakan dalam group. Itu yang penting dan hingga kini saya masih belum left Group 7 saya.


    Inilah program yang akan mengubah anda ke lifestyle yang sihat. Terima kasih.

    ***********

    Mari kita sama-sama doakan Rizal istiqamah apa yang dilakukan dalam mngamalkan gaya hidup sihat demi pesanan bapanya.






                                        Gambar terbaru Rizal


     





                   Gambar semasa program 100 hari bersama Neck 7


    EBOOK NOW EVERYONE CAN KURUS 

    Anda tercari-cari program nak kurus? Tak tau cara yang mana berkesan?

    Dah banyak kali mencuba tapi tak berjaya?

    Baca Ebook ini dulu




                     DAPATKAN PERCUMA

    Ebook ini yang Rizal telah baca sehingga beliau boleh
    mengubah dirinya.

    Jika anda berminat boleh WhatsApp atau Telegram ummi 012-5705394

    1. Taip " Saya Nak Kurus "
    2. Tulis nama penuh
    3. Tulis Email.

    Ummi akan berikan PERCUMA ebook ini kepada anda.

    Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

    Sekiranya anda suka entri ini sila tekan butang LIKE dan SHARE supaya ramai

    lagi dapat manafaatnya.


    cc to Team NECK, Hafizah
     









12 TIPS UNTUK KURUS DAN RAMPING


BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth.
Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah. Ummi doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya.


Coretan kali ini ummi ingin berkongsi 12 tips untuk kurus dan ramping.
Untuk sentiasa ramping bukanlah satu perkara yang mudah bagi anda yang mempunyai masalah berat badan yang tidak menentu.
Namun begitu, janganlah anda risau.

Bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya”.

Ada juga cara untuk membantu anda agar tetap kelihatan ramping.

Jadikan cara tersebut sebagai rutin harian anda.

1. Berjalan kaki dapat membantu anda menurunkan berat badan.

Pastikan anda berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk   membakar lemak badan terutama di bahagian kaki anda.
Selain itu, anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan latihan naik turun tangga.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk sistem pencernaan, malah juga dapat menurunkan kadar kolesterol badan dan mencegah barah payudara. Amalkan tabiat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.


3. Minum segelas air kosong sebelum makan akan memberikan anda rasa kenyang sekali gus menghindarkan rasa lapar yang berlebihan. Biasakan diri dengan meminum air kosong sebanyak 8 gelas atau lebih tiap-tiap hari.





4. Lakukan senaman yang sesuai mengikut bahagian badan setiap kali anda bangun dari tidur pada waktu pagi.


a. Perut
    Duduk dengan mengangkat kedua-dua lutut. Secara perlahan-lahan, gerakkkan badan ke belakang sehingga merasa renggang. Kekalkan posisi ini sehingga perut terasa dan kemudian kembali ke posisi tadi. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.


b. Lengan
    Semasa anda berdiri, pegang beban yang seberat sekilogram dengan tangan kanan. Naikkan tangan kanan secara lurus ke atas. Kemudian, pegang pangkal lengan kanan di bawah ketiak dengan tangan kiri demi membantu menampung beban itu. Selepas itu, bengkokkan siku dengan beban mengarah ke kepala. Lakukan proses ini sebanyak lima kali untuk setiap tangan.


c. Kaki
   Berbaring secara mengiring ke kanan.Tahan kepala dengan tangan kanan. Kemudian angkat kaki kiri ke atas sehingga kira-kira 45 darjah dan turunkannya semula. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali ke kanan dan lima kali ke kiri.


5. Membataskan diri daripada mengambil makanan berlemak atau bergoreng. Biasakan diri dengan makanan yang dikukus dan direbus.


6. Mengambil sarapan setiap hari. Bagi anda yang tidak bersarapan, anda akan cepat lapar dan seterusnya mendorong anda mengambil makanan dengan banyak pada waktu tengah hari.


7. Biasakan diri makan banyak kali tapi dengan jumlah yang sikit. Jangan biarkan diri makan sekali sahaja tetapi dalam jumlah yang banyak.


 8. Tidur mencukupi adalah baik untuk tubuh. Penelitian yang dilakukan di The University of Chicago membuktikan bahawa tidur dapat mempercepat metabolisme badan sebanyak 40%.

9. Biasakan diri dengan minum teh hijau sekurang-kurang tiga cawan sehari. Hasil kajian yang dilakukan oleh The University of Swizerland mendapati bahawa teh hijau dapat membantu membakar kalori di dalam badan.


10. Ringankan tangan anda dengan membersihkan rumah setiap pagi. Aktiviti ini dapat membantu membakar kalori dalam badan.


11. Elakkan makan baki lauk-pauk yang tidak dapat dihabiskan. Mungkin anda ingin berjimat tetapi perut anda bukan tong sampah. Makanlah ketika anda benar-benar lapar sahaja dan berhentilah makan sesudah kenyang. Jika anda rasa sayang untuk membuang makanan yang berlebihan, simpannya saja dalam peti sejuk untuk keesokan hari.


12. Amalkan tabiat memberus gigi setiap kali selepas makan. Ini dapat membantutkan tabiat mengunyah makanan yang bukan didorong oleh rasa lapar. Anda tentu rasa malas hendak makan kerana perlu memberus gigi setiap kali selepas makan.


Macam mana best ke best tips ni?
Sila amalkan ya.


Kredit to Team NECK



Agen Neck

Shopiah

012-5705394
 
*Jika ada rasa entry ini memberi manfat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE.Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

TERIMA KASIH sudi membaca.

KISAH MAI DENGAN NASI

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth.

Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah. Ummi

doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu

hendaknya.

Jom baca kisah Mai dan nasi..


Mai tergesa-gesa masuk ke ofisnya selepas habis meeting.

Mai tengok jam di dinding pejabatnya. Dah jam 3 petang.

Mai tersandar penat di kerusi.. penat sebab stress bekerja. Meeting hari-hari.

Tapi,  hasilnya tetap sama. Tak pernah ada kesudahan.. selepas satu, satu

masalah.

Tiba-tiba dia terdengar ada bunyi.

"Kruk.. krak, kruk, krak"

Dari mana bunyi tu, sambil meraba-raba perutnya yang semakin membuncit.

"Ooo.. perut, aku rupanya.

Patutlah. Dah lapar ya. Alahai sian perut ni."


Mai duk berfikir.. "Hurmm.. nak makan apa, time macam ni.

Tak pa lah. Aku pi solat dulu. Nanti, aku fikirkan."


****Beberapa minit kemudian, selepas solat*****


Mai menuju ke pintu lift untuk turun ke bawah.


Laju betul jalannya.. agaknya dah tak tahan sangat laparnya. Hehehe..

Dia ke gerai depan bangunan mencari Mak Cik Nab penjual pisang dan keropok

goreng yang paling sedap kat situ.


Diborongnya, keropok lekor goreng RM6, pisang goreng RM6, Air Batu Campur

special (ABC).

Bagusnya Mai ni, suka jamu rakan-rakan ofis sekali.

Begitulah Mai.

Seharian bekerja dari pagi ke petang, kadang ke malam.. Hanya sempat alas perut

dengan keropok dan pisang Mak Cik Nab.

Kenal sangat dah Mak Cik Nab dengan Mai Montel.

Kawan baiknya, selalu membebel kat Mai.

"Kau ni, Mai.. aku tengok. Makin montel. Kau, kata kau diet. Tapi, tak da kesan

 pun. Setiap hari kau makan benda ni ja (sambil tunjukkan pisang goreng).


Musykil aku ni.


Kau tak mahu pergi jumpa doktor ka. Dah bertahun diet.. sama ja.

Manalah tahu ada masalah lain.

Aku pernah dengar orang kata.. kalau nak diet kena makan nasi. Bukan makan ni.

Kau tak nak cuba ka?

Aku pun dah letih ni. Diet ikut kau.. sama ja kita.

Baru-baru ni, aku ada baca satu program tau. Program kurus online.


Apa lah ke benda nama tu.. Cam mana time-time gini, aku boleh tak ingat.


Hurmmm....


Haa..


Now Everyone Can Kurus (NECK) namanya. Tergeliat lidah aku nak menyebutnya.


Diaorang kata.. nak kurus, wajib makan nasi. Tak perlu tahan lapar. Makan 5 kali

sehari.


Cam best, ja Mai.


Pastu, kan.. aku skodeng lah daiorang.


Dah ramai, wei.. Dah ramai.."


Mai pelik.. "Ramai apa?"


"Ramai yang kurus..sebab diaorang makan nasi.


Geram aku.. yang saiz cam aku pun ada.


Kau, tengok ni.. tu nasi yang diaorang makan (sambil tunjuk gambar nasi peserta

NECK). Kau tak, terliur ke Mai?"






"Kau, biar betul...''


Aku tahan perut separuh nak gila.. sedap-sedap, diaorang makan dan boleh

kurus.


Aku tak percaya.


Kau bagi contact diaorang kat aku."


Aku nak tanya diaorang, apa rahsia dan masalah aku tak kurus, kurus.."


"Nah! ni no. dia Shopiah : 012-5705394. Kau try whatsApp dia. Apapun , nanti

 kau jangan lupa aku ya. "


Mana tahu, raya nanti kita slim sama-sama. Melaram cam anak dara. Teringin

juga aku.."


Apa jadi kat Mai dan kawannya?


Nak tahu?


Jom! WhatsApp/telegram : 012-5705394 untuk cerita lanjut.


Agen# NECK.

Now Everyone Can Kurus (#NECK).


Program Coaching Online No. 1 di Malaysia.


Kredit to Sakinah

TESTIMONI NECK #BATCH 2

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth.
Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah. Ummi doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya.

Pada kali ini ummi ingin berkongsi result peserta neck# batch 2 setelah 2 minggu program berjalan.
Bulan ni dah #batch 13 neck..Maaf la, draft sebelum ni tersimpan selama hampir setahun.



1. Turun berat badan.

    Memang yang ini diimpikan oleh semua peserta

2. Perut semakin kecil.

    Betul ka betul ni. Macam mana boleh tau. Ini berdasarkan ukur lilit pinggang

    mereka.

3. Peha  semakin mengecil.

     Hinggakan seluar anak pun boleh kongsi.

Nak tip tak bagaimana mereka berjaya . Tip nya amat mudah. Semua boleh lakukan di rumah. Tak perlu ke gym pun.

Ada 11 tip mudah.

1. Lakukan 10 minit Senaman Kardio.
2. Lakukan Senaman Lunges secara berterusan
3. Senaman Bebanan
4. Jumping Squat
5. Senaman aerobik sekurang2nya 2 kali seminggu
6. Elakkan makanan kalori tinggi
7. Memilih makanan sihat
8. Disiplin dengan senaman dan makanan.
9. Detoks
10.Dapatkan suplemen yang baik
11.Amalkan gaya hidup yang sihat.  

Tu ja..Mudah ja kan. Hehe

Link Now Everyone Can Kurus

Anda nak kurus? Tak tahu caranya?
Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya?
Baca link di bawah dulu.


Mohon anda klik 3 link di bawah ini untuk mengetahui
bagaimana ramai peserta NECK berjaya turunkan berat badan
sebelum ini.

NECK - Online Monitoring And Coching For Weight Loss Programme

Kelebihan NECK :

- Makan 5 Kali Sehari
- Wajib Makan Nasi Setiap Hari
- Tak Perlu Pergi Ke Gym
- Senaman Hanya Dari Rumah

Jom baca info NECK di sini :

Link 1 : Maklumat Program NECK:
www.bitly.com/infoneck1

Link 2 : Syarat penyertaan NECK:
www.bitly.com/infoneck2

Link 3 : Mengapa Saya Guna Apa Yang Saya Guna
www.bitly.com/infoneck3


Dah habis baca link kat atas tu. Dah faham atau masih blur lagi,
jangan segan atau malu..Cepat whatsapp/Telegram ummi, Shopiah (012-5705394)

Ummi doakan " Anda Sihat dan Kurus"

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca.
Semoga ada manafaatnya.

Sekiranya anda suka entri ini sila tekan button Like dan Share supaya  ramai lagi yang dapat manafaatnya.

TESTIMONI PROGRAM NOW EVERY ONE CAN KURUS




BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah
dan kasih sayangNya serta diberkati selalu hendaknya.

Tentu pembaca blog yang mengikuti entri sebelum ini tahu kan..
tentang program #neck yang telah dilancarkan oleh Mentor MFMS Team
pada 13 hb JANUARI 2015. Klik disini

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...