BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum wrth.
Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah. Ummi doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya.
Coretan kali ini ummi ingin berkongsi 12 tips untuk kurus dan ramping.
Untuk sentiasa ramping bukanlah satu perkara yang mudah bagi anda yang mempunyai masalah berat badan yang tidak menentu.
Namun begitu, janganlah anda risau.
Bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya”.
Ada juga cara untuk membantu anda agar tetap kelihatan ramping.
Jadikan cara tersebut sebagai rutin harian anda.
1. Berjalan kaki dapat membantu anda menurunkan berat badan.
Pastikan anda berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk membakar lemak badan terutama di bahagian kaki anda.
Selain itu, anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan latihan naik turun tangga.
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk sistem pencernaan, malah juga dapat menurunkan kadar kolesterol badan dan mencegah barah payudara. Amalkan tabiat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
4. Lakukan senaman yang sesuai mengikut bahagian badan setiap kali anda bangun dari tidur pada waktu pagi.
a. Perut
Duduk dengan mengangkat kedua-dua lutut. Secara perlahan-lahan, gerakkkan badan ke belakang sehingga merasa renggang. Kekalkan posisi ini sehingga perut terasa dan kemudian kembali ke posisi tadi. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.
b. Lengan
Semasa anda berdiri, pegang beban yang seberat sekilogram dengan tangan kanan. Naikkan tangan kanan secara lurus ke atas. Kemudian, pegang pangkal lengan kanan di bawah ketiak dengan tangan kiri demi membantu menampung beban itu. Selepas itu, bengkokkan siku dengan beban mengarah ke kepala. Lakukan proses ini sebanyak lima kali untuk setiap tangan.
c. Kaki
Berbaring secara mengiring ke kanan.Tahan kepala dengan tangan kanan. Kemudian angkat kaki kiri ke atas sehingga kira-kira 45 darjah dan turunkannya semula. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali ke kanan dan lima kali ke kiri.
5. Membataskan diri daripada mengambil makanan berlemak atau bergoreng. Biasakan diri dengan makanan yang dikukus dan direbus.
6. Mengambil sarapan setiap hari. Bagi anda yang tidak bersarapan, anda akan cepat lapar dan seterusnya mendorong anda mengambil makanan dengan banyak pada waktu tengah hari.
8. Tidur mencukupi adalah baik untuk tubuh. Penelitian yang dilakukan di The University of Chicago membuktikan bahawa tidur dapat mempercepat metabolisme badan sebanyak 40%.
9. Biasakan diri dengan minum teh hijau sekurang-kurang tiga cawan sehari. Hasil kajian yang dilakukan oleh The University of Swizerland mendapati bahawa teh hijau dapat membantu membakar kalori di dalam badan.
10. Ringankan tangan anda dengan membersihkan rumah setiap pagi. Aktiviti ini dapat membantu membakar kalori dalam badan.
11. Elakkan makan baki lauk-pauk yang tidak dapat dihabiskan. Mungkin anda ingin berjimat tetapi perut anda bukan tong sampah. Makanlah ketika anda benar-benar lapar sahaja dan berhentilah makan sesudah kenyang. Jika anda rasa sayang untuk membuang makanan yang berlebihan, simpannya saja dalam peti sejuk untuk keesokan hari.
12. Amalkan tabiat memberus gigi setiap kali selepas makan. Ini dapat membantutkan tabiat mengunyah makanan yang bukan didorong oleh rasa lapar. Anda tentu rasa malas hendak makan kerana perlu memberus gigi setiap kali selepas makan.
Macam mana best ke best tips ni?
Sila amalkan ya.
Kredit to Team NECK
Agen Neck
Shopiah
012-5705394
*Jika ada rasa entry ini memberi manfat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE.Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
TERIMA KASIH sudi membaca.
0 comments:
Post a Comment