BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamu'alaikum buat anda yang sudi mengunjungi blog Mardhatillah.
Didoakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati serta diberkati Allah selalu hendaknya.
Tentu pembaca tertanya-tanya apa yang ingin ummi kongsikan tentang tajuk entry kali ini. Sebenarnya ia adalah nama sebuah pusat jagaan iaitu Pusat Jagaan IHMK (Islam Hidup Mati Ku ). Ianya bernaung di bawah Pertubuhan Kembali Bersinar Malaysia iaitu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Ummi berkesempatan mengunjungi pusat tersebut pada hari rabu minggu lepas bersama-sama Ketua Wanita Pertubuhan Wanita Ikram Alor Setar dan Ketua Muslimat Pas Kubang Pasu.
Pusat Jagaan IHMK ini dikendalikan oleh Puan Rohani bt Hassan. Beliau yang mempunyai 7 orang anak rela terpisah dengan suami dan anak-anak demi menguruskan anak yatim, fakir miskin, remaja insaf juga oku. Suami dan anak sulungnya juga mengendalikan rumah/pusat jagaan seperti yang beliau jalankan. Mereka hanya dapat berkumpul sekeluarga pada hari raya.
Betapa masih ada insan yang berhati mulia seperti beliau sanggup menghabiskan masa dalam hidupnya untuk mengambil peduli tentang anak-anak ini.
Pusat jagaan yang baru setahun beroperasi ini tidak lagi mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menurut Puan Rohani , beliau telah cuba mendapatkannya tetapi ianya masih dalam proses.
Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita pulalah untuk menghulurkan sumbangan yang termampu.
Agar ianya menjadi pencen kubur kita.
Terdapat 9 orang anak remaja dan 12 orang anak kecil di Pusat Jagaan IHMK.
Kunjungan kami bertiga bertujuan menghulurkan sedikit bantuan berupa makanan kering dan sejumlah wang. Terkini pusat ini menghadapi masalah kewangan iaitu sewa rumah yang tertunggak
Rm 650 untuk rumah sebelumnya. Sebelum ini, beliau menyewa 2 buah rumah untuk menempatkan
anak-anak remaja seramai 12 orang.
Pusat jagaan IHMK menerima semua bentuk sumbangan termasuk bahan makanan kering dan basah,
bahan pencuci, bahan bacaan, pampers tenaga, kemahiran dan sebagainya.
Jika tidak keberatan, jika tidak menyusahkan anda, jika anda rasa entri ini adalah suatu yang bermanfaat dan perlu disebarkan, mohon anda tekan button SHARE.
Namun, jika anda rasa entri ini tidak bermanfaat, anda tidak perlu berbuat demikian.
Semoga apa yang ummi kongsikan ini akan dapat membantu dan memberi inspirasi kepada kita semua untuk sama-sama mencari keredhaan Allah.
0 comments:
Post a Comment