Social Icons

Featured Posts

This is default featured slide 1 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

This is default featured slide 2 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

This is default featured slide 3 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

This is default featured slide 4 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

Thursday, 13 April 2017

12 PETUA HILANGKAN BATUK SECARA ALAMI



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wrth

Apa khabar saudara/i yang dikasihi hari ni. Sihat??? Atau demam dah baik tetapi selsema dah batuk masih belum hilang. Dah bermacam ubat yang dah cuba samada dari klinik kerajaan, swasta atau farmasi. Tetapi masih belum sembuh. 
Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa kewajipan kita hanya berusaha ya, yang menyembuhnya dengan izin Allah.

Ada tak yang nak mencuba cara alami iaitu menggunakan bahan2 yang semulajadi dan ada di dapur kita.

Meh ummi kongsikan:

PETUA HILANGKAN BATUK

1. MINUM AIR SUAM

Minum air suam lebih sebab ia akan tolong cairkan kahak kat tekak. Kalau batuk kering pulak, ia akan lincirkan tekak jadi tak ada rasa gatal gatal sangat. Memang doktor pun galakkan minum air suam banyak banyak. Jangan nak minum minuman berkafein sebab nanti tekak akan jadi kering. Begitu juga air sejuk yang dicampur ketulan ais.

2. BERKUMUR DENGAN AIR GARAM.

Campur 1 sudu teh garam dengan air suam, kacau rata. Pastu berkumur dalam  15 saat. Petua ini boleh legakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan bantu  keluarkan  kahak di tekak.

3. HALIA + LEMON + MADU

Tumbuk lumat halia, ambik airnya. Campurkan air halia dengan madu, jus lemon dan air biasa. Semua bahan kita agak agak ja. Minum air ni sekerap yang boleh tapi kena suam ya.


4. AIR REBUSAN HALIA

Rebus halia dalam besar ibu jari kita dengan 2 gelas air. Guna ibu jari tangan ja, tak payah sampai ke kaki. Biar sampai tinggal se gelas. Minum suam suam. Kalau nak sedap, boleh tambah madu.


5. BAWANG PUTIH

Ambik 1 ulas bawang putih, pastu bakar dalam  beberapa minit dan makan gitu ja. Eh, sebelum makan, buang dulu eh kulit dia. Jangan korang telan lak.


6. LIMAU NIPIS + KICAP + GARAM

Perah beberapa titis jus  limau nipis pada satu sudu kicap dan sikit garam. Pastu telan terus.


7. AIR BELIMBING (TANPA GULA)

Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula. Kalau campur gula nanti mujarabnya kurang.


8. NENAS

Blend nenas dengan air sikit. Kalau dapat, blend dengan empulur dia sekali. Pastu sila tapis. Jangan minum dengan hampas hampas pulak. Karang tercekik. Boleh simpan dalam fridge. Time nak minum, boleh letak madu sikit.


9. KUNYIT + LADA HITAM + MADU

Campur 1 sudu teh serbuk kunyit dengan 1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk dalam 1 cawan air mendidih. Biar didih lagi dalam 2-3 minit. Tunggu suam, masukkan 1 sudu makan madu. Minum masa suam.


10. MADU

Makan 1 sudu makan madu asli sebelum tidur.


11. BUAH NAGA

Makan separuh biji pagi pagi sebelum sarapan.

12. MADU + LEMON + PUDINA

Rebus daun pudina dengan segelas air, pastu bila suam, tambah madu dan lemon secukup rasa.


Banyak kan petua yang ada. Jadi sesiapa yang dah letih dengan uhuk uhuk, boleh lah pilih mana mana petua yang agak sesuai.

Petua ni ikut keserasian juga. Yang penting usaha. Kalau rasa bermunafaat, sila lah SHARE ya.


Kalau kesemua 12 petua dah amalkan tetapi masih tak sembuh juga, meh

www.wasap.my/0125705394. Ummi akan kongsikan cara mengambil nutrisi
yang diperlukan untuk melegakan batuk


Thursday, 23 March 2017

PENAWAR KANSER


بسم الله الرحمن الر حيم

Assalamualaikum wrth.

Apa khabar semua sahabat di alam maya ummi hari ni.
Semoga kita semua sentiasa direhai dan diberkati Allah di dalam segala kerja buat kita seharian.
Kali ini ummi ini berkongsi tentang Penawar #kanser dengan surah Al Fiil yang mana ummi dapat dalam group whatsapp semalam. Siapa yang ada kenalan atau saudara mara yang ada masalah #kanser, #cyst, atau #fibroid, boleh la SHARE post ni. Mudah-mudahan post ni bermanfaat untuk diorang.

==============================
PENAWAR KANSER dengan surah Al-Fiil
==============================

Setiap kali lepas sembahyang bacalah

Surah Al Fatihah - 1 kali
Surah Al Ikhlas - 3 kali
Selawat ke atas nabi - 3 kali
Surah Al Fil - 21 kali

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Rasulullah SAW, bagindabersabda yang bermaksud :

"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Oleh itu, ketika dikenakan ubat pada penyakit, maka ia sembuh dengan izin Allah Azzawajalla."

Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fiil.

----------------------------------------
S U R A H  A L - F I L

Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfiil
Alam yaj 'al kaidahum fitadhliil
Waarsala 'alaihim toiran ababiil
Tarmihim bihija ratim minsijjiil
Faja'alahum ka 'asyfim makkuul

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ

Maksudnya:

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah..?

(Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)

Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka..?(2)

Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan..! (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras..!(4)

Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat..!(5)

------------------------------------------------

Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser

1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.

2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.

3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!
     
        (Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan      
        tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir    
        Surah Al-Fil itu)

*** Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.

*** Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.

*** Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.

***Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

#PS: Dr H pesan "Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt".

Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimenafaatkan. Amiin.

Terima kasih Ustaz ADAM S.H.

Sunday, 19 March 2017

PESANAN BUAT SEMUA WANITA


BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth.
Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah. Ummi doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya.

Hari ni ummi ingin berkongsi satu status dari Facebook #DR HAMID ARSHAT.

Tentu semua mengenali beliau kan. Beliau dah berusia 72 tahun. Sebaya dengan ayah ummi ni. Mempunyai pengalaman yang tersangat banyak di dalam merawat pesakit terutama wanita. Beliau adalah seorang PAKAR PERBIDANAN dan SAKIT PUAN.

PERUBATAN DENGAN CARA MENCEGAH (PREVENTIVE MEDICINE)
adalah antara isi pesanan yang beliau kongsikan di laman sosial tersebut.

Ramai doktor yang mengakui, mereka tidak ada ilmu ini. Sepanjang lima atau enam tahun pengajian awal dalam ilmu perubatan, mereka tidak diajar dan belajar tentangnya. Dek kerana itu tidak heranlah kita dapati doktor pun ada yang mengidap penyakit KRONIK akibat tidak amalkan gaya hidup sihat, OBESITI, amal makanan kurang nutrisi dan tak bersenam.

Kebanyakan doktor hanya pandai merawat penyakit dengan ubat (drug) dan kurang ILMU MENCEGAH PENYAKIT.

"DOKTOR DILATIH UNTUK MERAWAT PENYAKIT,SAYA BERMINAT DALAM MEMPERBAIKI KESIHATAN"--Dr.Forrest C.Shaklee.Sr.

==============================

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih digabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan di tempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengetahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca seperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diproses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - banyakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan hendaklah dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Terbaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(protin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, kurma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum jus cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam di sekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang seperti soya yang mengandungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13.Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul di mana2 saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan di dalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan qadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan cara gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh seperti berjalan kaki, jogging, menunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga. Exercise memberikan banyak khasiat kesihatan, manafaat dan kebaikan bagi kehidupan seseorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
17. Lakukan 'deep breathing exercise' di mana2 saja, sambil duduk atau berdiri; di pejabat atau di rumah ; di pejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.

Duduk di kerusi, pusingkan menghadap ke belakang atau ke sudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca Subhanallah dan lafaz istighfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksijen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat ke atas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidrat. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut.

22. Amalkan makan multivitamins (seperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan.

Keperluan vitamin dan logam meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedah. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsur seperti antioxidants, fiber, kolagen, peptides dan amino asid banyak dijual di pasaran.

Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds (mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"

Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'

Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

=====================

Banyak kan pesanan beliau buat kita yang bernama wanita. Terima kasih 
Dr Hamid Arshat atas pesanan yamg sangat bermakna.


PREVENTION IS BETTER THAN CURE

Marilah kita, para wanita sekelian berusaha MENCEGAH PENYAKIT dengan mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT, PEMAKANAN SEIMBANG dan MENGAMBIL SUPLEMEN YANG BAIK.


Ummi sendiri memilih suplemen #SHAKLEE yang TERBUKTI SELAMAT,SEMULAJADI dan BERKESAN sejak 100 tahun lagi untuk keperluan keluarga ummi.

Suplemen SHAKLEE adalah MAMPU MILIK dan sesuai untuk seisi keluarga sama ada kanak-kanak, dewasa dan orang tua.



ANDA PERLUKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK KESIHATAN ANDA DAN KELUARGA?

Ingin menjana pendapatan 3,4-5angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi ummi;

www.wasap.my/60125705394

FREE CONSULTATION

AFFORDABLE PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE 





SILA SHARE KE GROUP LAIN, moga menjadi amal yang memberi manafaat.

Saturday, 8 October 2016

VITAMIN PERCUMA SHAKLEE



BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth.
Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah.

Ummi doakan semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. 
Ummi ingin berkongsi peluang dengan semua iaitu:

Sempena bulan OCTOBER 2016 ini, SHAKLEE menawarkan VITAMIN percuma untuk semua yang masih belum menjadi ahli SHAKLEE lagi.Tawaran ini TERHAD sehingga 15 OCTOBER 2016 sahaja!!!!!


  


Bagaimana nak dapatkan VITAMIN PERCUMA ini?

PILIH 2 cara berikut  ------ >>>

Cara PERTAMA:

Buat belian produk SHAKLEE Minimum 100 uv ( +- RM330) dalam 1 RESIT + bayar YURAN KEAHLIAN RM 69

 Anda dapat PERCUMA SEBOTOL LECITHIN BERNILAI RM52.50!!!

Cara KEDUA:

Buat  belian produk SHAKLEE  Minimum 200 uv (+- kurang RM 660) dalam 1 RESIT


ANDA DAPAT PERCUMA 1 BOTOL VITAMIN
 VITAMIN C SR
 bernilai RM 92.50
*PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE
bernilai RM 69
*BONUS TUNAI bernilai RM 30!!

JUMLAH PENJIMATAN HAMPIR RM 200!!

Ayuh jangan bertangguh lagi!

Tinggal 6 hari sahaja lagi

Hubungi ummi segera SHOPIAH (012-5705394)

Tentu anda tertanya apa yang bestnya jadi ahli shaklee ni ya.!




 Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Shopiah untuk:


FREE CONSULTATION

AFFORDABLE PRICE AND

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!! 


Wassalam.
 

Saturday, 30 July 2016

AIDILFITRI 2016



BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum wrth

Hari ni dah 7 Syawal (12 Julai 2016), dan hari terakhir bagi sesiapa yang terus berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. bagi yang belum mulakan tu, cepat-cepat ya. Jangan tangguh lagi. Sedar tak sedar,cepat saja masa berlalu. Jangan sampai terlepas. Amat rugi tau.
 
Tak terlewat lagi rasanya untuk ummi ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat pengunjng blog Mardhatillah.
"Taqabballallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan.

Ummi ingin berkongsi sambutan aidil fitri tahu ni. Berbeza la sikit berbanding dulu.
Setiap tahun memang giliran beraya di rumah mertua di Pahang. Redha la kan sebab dah sepanjang tahun duduk di Kedah.

Ummi sekeluarga kecuali bang Ngah ( pertama kali beraya di Mesir) bertolak ke Pahang pada pagi 4 Julai 2016. Alhamdulilah perjalanan lancar, tiada traffic jem.
Ni yang best ni duduk di Utara. Bila balik kampung di Selatan tanahair, jarang sekali kena tempuhi kesesakan di jalanraya. Alhamdulillah.

Ummi ambil kesempatan ni juga untuk singgah di Shaklee Seberang Jaya untuk
beli suplemen untuk anak dan yang dipesan oleh customer. Tak ketinggalan juga claim pin untuk Pangkat SUPERVISOR dan SENIOR SUPERVISOR.













Kami singgah di bazar Ramadhan Temerloh untuk beli tambahan juadah untuk berbuka puasa dan juga buah-buahan untuk majlis selepas raya.

Seramai 6 keluarga telah sampai di rumah mak di Pahang. Termasuk keluarga ummi dah ada 7 keluarga. masih 3 kelaurga yang belum sampai. Manakala 3lagi   ipar akan beraya di rumah mertua masing-masing. Sempat la ummi tolong menghidangkan juadah untuk berbuka.

                                Beginilah suasana berbuka setiap tahun bila ramai berkumpul


Hari Ke 2 (5 Julai 2016 bersamaan 30 Ramadhan)

Dah jadi suatu tradisi di  rumah mak Pahang, sate merupakan hidangan wajib untuk pagi hari raya. kebiasaannya 6 ekor ayam diperuntukkan untuk sate manakala daging pula sebanyak 4 kilo. Awal-awal pagi lagi anak-anak lelaki yang remaja juga turun padang untuk membantu.

Kaum ibu pula sibuk untuk siapkan rendang, nasi himpit. Tugas ummi boleh dikatakan setiap tahun, buat ketupat pulut. 

Lupa la pula ummi nak ambil gambar ketupat yang dah siap dimasak. 

Sebelah petangnya pula menyiapkan juadah untuk berbuka. Antaranya ayam goreng tepung, lebihan tulang dan sedikit isi dari proses  buat sate ayam.
                              Ni chef kecil kami, Abdur Rahman Al Amin

Menu lain adalah meehoon sup. Pulut mangga resepi dari utara.

Pabila hampir berbuka barulah keluarga yang sangat ditunggu-tunggu sampai iaitu keluarga abang sulung. Kebiasaannya ada saja masakan untuk berbuka yang dibawa oleh kak ipar. Yang pastinya nasi dagang bersama kari ikan tongkol tidak pernah ketinggalan.
  
Setelah berbuka dan solat maghrib maka bermulalah pula sessi cucuk daging ayam dan daging pada bilah lidi.

Setelah solat Isyak adalah sessi membakar pula.



Hari Raya 6 Julai 2016

Sebelum subuh isteri abang yang sulung dah bangun untuk masak nasi minyak
untuk dimakan sebelum ke masjid untuk solat sunat Aidil Fitri. Ada yang bantu siapkan acar timun dan karot. Juga panaskan sate.

Pada pukul 8.15 pagi, kami sekeluarga bersama mak ke masjid yang tak jauh dari rumah untuk solat Aid.

Sekembali dari masjid adalah masa untuk anak-anak sedara
bersalaman dan menerima duit raya. 
                                               9 dari 22 orang anak sedara

 Dah ramai berkumpul ni, maka mak sarankan buat doa selamat untuk arwah ayah.

Ramai juga jirantetangga yang berkunjung ke rumah mak.

Selepas asar, barulah ummi dan 4 pasangan ipar duai berkesempatan berkunjung ke rumah jiran yang hampir. Dah hampir maghrib barulah kami balik ke rumah.



Hari Raya Ke 2, Khamis 7 Julai 2016

Ummi dan abi dah bangun sebelum subuh untuk bersahur. Walaupun semua masih dalam mood hari raya, kami tetap memulakan Puasa Sunat Enam hari bulan Syawal pada hari ni. Cukuplah sehari berdepan dengan juadah yang berbagai disuap ke mulut. Kesian dengan perut yang terpaksa berkerja keras memproses berbagai makanan yang dimasukkan padanya. 

Jadi tak hairanlah kalau baru seminggu Ramadhan berlaku, ada yang berat naik mendadak sampai 3 kg. Betul ke betul. Tak percaya tak pa. 

Hari ni ada ipar yang dah bersiap untuk balik ke rumah mertua masing-masing.

Ada yang mertua mereka tinggal di Kuantan, Jengka, Terengganu manakala tiga pasangan lagi tinggal berdekatan saja.

Akhirnya pada petangnya tinggallah hanya 3 keluarga sahaja lagi di rumah mak.

Pukul 3 petang ummi dan abi keluar ke Kerayong untuk membeli sedikit keperluan untuk majlis yang akan berlangsung pada Sabtu iaitu hari Raya ke Empat. Juga barang-barang dapur terutamanya sayur dan ayam.

Petang tu juga adik ipar dan keluarga baru sampai dari Nilai. 

Hari Raya Ke tiga, Jumaat 8/7/2016

Musafir dan berziarah hari raya ke Muar. Nantikan kisahnya di entri lain ya.

        

 
 

   




 



 

Saturday, 19 March 2016

BILA BERUSIA 50 TAHUN


BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth.

Hari ni jumaat, 9 Jamadil Akhir 1437. Genaplah hari ni 53 tahun umur ummi 

berdasarkan tahun hijriyah. Kalau berdasarkan umur baginda Rasullah masa

berbaki hanyalah 10 tahun. Telah terlepas 52 butir mutiara di tangan.


Ummi ingin berkongsi 10 nasihat dari Prof. Dr Harlina Shiraj untuk yang dah

berumur 50 tahun ke atas seperti ummi ni. Manakala yang dah berumur 50 tahun

beliau nasihatkan mula-mulalah berlatih. Yang dah hampir 50 tahun boleh

bersedia. Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak

ayah jika mereka masih hidup.


 1. Fokus kita pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk
 cari harta saja.

 2. Rancang macam mana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan
 hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong ( Jom zauji, Ismail Embong, kita pi melancong..)
 
 Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

 3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

 4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

 5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

 6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

 7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.

 8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain.                  Lapangkan minda dan hati.

 9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yang lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT)

 10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini. 

 Akhit sekali, baca pelan2" A L L A H " ........, Aku cinta dan memerlukan Engkau, bersihkanlah hatiku dengan KUASA-Mu ........ Lindungilah Rumahku, keluargaku & orang2 tercinta ".   

Sekian buat kali ni. Wassalam.

Monday, 7 March 2016

NARKOLEPSI - INSAFKAN RIZAL


        BismillahirRahmaanirRahiim

       Assalamualaikum wrth.
       
       Entri kali ini, mari kita belajar satu istilah baru dalam bidang perubatan.

       APA ITU  NARKOLEPSI

       Narkolepsi adalah gangguan yang disebabkan ketidakupayaan otak untuk      
       mengawal tidur. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba di mana keinginan untuk           tidur tidak boleh ditahan-tahan dan paling membimbangkan bila sedang              memandu.

    KISAH RIZAL

  • Inilah yang berlaku pada Rizal, 41 tahun peserta Neck  Batch 7.
    Beliau tertidur semasa memandu menyebabkan kemalangan hingga patah bahunya. Semoga perkongsian syahdu beliau dapat menjadi ikhtibar pada semua.

    **************


    3 MESEJ
     
    Tahun lepas ( 2015 )  saya masuk umur 40 tahun. Saya dapat 3 mesej.

    Mesej 1 : ' Life began at 40' , daripada pemerhatian saya, jika saya tidak buat apa dari sekarang, ' my life will end before turn 41'.
      
    Mesej 2 : ' You're 20 years old with 20 years experience' . Saya terfikir, boleh ka saya merasai seperti 20 tahun semula.

    Mesej 3  : ' Jagalah Solat dan kesihatan anda'. Yang ni datang dari ayah saya dan buat saya terfikir sejenak, teruk sangat ke keadaan saya sekarang.

    MEMORI HARI JADI


    Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2013, pada hari jadi saya , dalam perjalanan pulang , saya tertidur dan 'kemalangan'. Di hospital, saya dapat tahu yang bahu saya patah. Tapi syukur saya masih hidup, tapi saya sedih saya sambut 'birthday' saya di hospital.

    Jelas dari peristiwa yang dah 2 tahun berlaku, tetapi saya masih tak berubah.
    Saya pergi jumpa doktor untuk dapat kepastian. Saya dapati saya ada tekanan darah yang tinggi, kolesterol yang sangat tinggi hingga mesin yang mengukur kadar kolesterol tidak dapat beri bacaan.


    Tapi yang memeranjatkan saya doktor beritahu yang saya ada 'masalah tidur' / sleep apnea / narkolepsi. Keadaan di mana saya boleh tidur pada bila2 masa dan apa jua keadaan.

    Bila saya tidur malam, bekalan oksigen tidak mencukupi ke otak disebabkan aliran oksigen terganggu ( lemak banyak ). Jadi otak akan beri signal ke jantung , supaya pump lebih darah yang beroksigen ke otak. Dan ini berlaku setiap 15 saat, sepanjang malam sampai saya bangun. Jadi sebenarnya, saya tidur sepanjang malam, setiap malam dan membuat saya sentiasa mengantuk.


    UBAT UNTUK KURUS
     
    Saya pernah diet sebelum ni iaitu 6 bulan sebelum saya kahwin, saya ambil keputusan untuk kuruskan badan sebelum hari perkahwinan saya.


    Saya ambil ubat. Ubat ini buat saya hilang selera makan, heart rate jadi laju. Hasilnya pada hari perkahwinan saya, saya dapat turun berat badan hingga ke 80kg. Malangnya, selepas 2 minggu saya dapat balik berat badan lama saya dan jadi gemuk semula. Ini 11 tahun dulu ( 2003 ).

    JOIN NECK.
     
    Pada hari raya puasa tahun lepas , saya dapat whatsApp daripada seorang ejen NECK. Selepas saya baca e-book Neck dari MF, saya terus berminat nak cuba sebabnya semuanya online. Dan saya pada masa tu memang sangat sibuk di ofis.


    Selepas 2 minggu berat saya dari 113 turun ke 108 kg. 5 kg turun, saya yakin apa yang saya belajar/amal dari NECK ni berkesan.


    Masa saya kecik, ibu saya seorang suri rumah sepenuh saya, bagi makan 5 kali sehari , saya main waktu petang, dan kena marah bila tidur lewat.


    Siapa sangka dalam Neck ni suruh saya buat benda yang sama, kena makan , minum , tidur dan senaman. Saya diperkenalkan dengan 2 benda yang saya tidak pernah buat, makan sayur dan supplemen.

    Dulu saya makan nasi campur, bermakna pinggan penuh dengan nasi, selepas tu campur dengan lauk. Sekarang saya makan sayur campur, bermakna , penuhkan sayur, nasi suku ( separuh dari separuh bila beli dikedai) dan lauk.


    100 HARI BERSAMA NECK


    Selepas 100 hari saya dapat turun 10 kg. Selepas tu saya bergerak sendirian, saya masih amalkan 3 supplimen , ESP , herbalax dan multi vitaman dalam diet saya.

    Saya ada join Kumpulan Diet lain selepas tu, tapi pada asasnya saya dah tahu apa yang perlu saya buat, cuma program diet lain ni , ada aktiviti bersama di hari minggu , seperti hiking, circut training dan dan sebagai. 

    Pada hari biasa , saya sudah ada disiplin diri utk workout dengan sendiri, yang saya belajar dari NECK.

    2 exercise yang sentiasa saya amalkan adalah abs training dan HIIT. Sebab tidak kira di ofis , taman , gym , di mana saya ada, saya boleh buat dan memang burn calories sebanyak2 banyak nya.


    Pada anda yang  nak turunkan berat badan, bila anda daftar NECK , anda akan dapat belajar cara untuk kurus dan sihat, dengan mudah dan betul. Belajar berdikari dan sentiasa disupport oleh rakan-rakan dalam group. Itu yang penting dan hingga kini saya masih belum left Group 7 saya.


    Inilah program yang akan mengubah anda ke lifestyle yang sihat. Terima kasih.

    ***********

    Mari kita sama-sama doakan Rizal istiqamah apa yang dilakukan dalam mngamalkan gaya hidup sihat demi pesanan bapanya.






                                        Gambar terbaru Rizal


     





                   Gambar semasa program 100 hari bersama Neck 7


    EBOOK NOW EVERYONE CAN KURUS 

    Anda tercari-cari program nak kurus? Tak tau cara yang mana berkesan?

    Dah banyak kali mencuba tapi tak berjaya?

    Baca Ebook ini dulu




                     DAPATKAN PERCUMA

    Ebook ini yang Rizal telah baca sehingga beliau boleh
    mengubah dirinya.

    Jika anda berminat boleh WhatsApp atau Telegram ummi 012-5705394

    1. Taip " Saya Nak Kurus "
    2. Tulis nama penuh
    3. Tulis Email.

    Ummi akan berikan PERCUMA ebook ini kepada anda.

    Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

    Sekiranya anda suka entri ini sila tekan butang LIKE dan SHARE supaya ramai

    lagi dapat manafaatnya.


    cc to Team NECK, Hafizah
     










 

COPYRIGHT

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
 
Blogger Templates