Reunion USM PHARMACY Batch 88/89

السلام عليكم ورحمه الله وبركل ته

Apa khabar semua?
Ummi doakan moga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati dalam kehidupan di dunia ni.
Pada 6 hari lepas, 10/8/2018 ummi berkesempatan hadirkan diri join reunion bersama sahabat yang pernah belajar dalam jurusan Sains Farmasi di USM.


                    Kek yang ditempah. Tulisan RU tu kami buat sendiri. Hehe

Perjumpaan ni hanya untuk geng ibu-ibu sahaja. Ini merupakan perjumpaan pertama kami setelah berpisah mengikut haluan masing-masing selama 30 tahun.

Daripada 12 orang  yang hadir hanya 4 orang sahaja ummi tak pernah langsung berjumpa setelah graduate pada tahun 1988.



                     12+1 Bergambar sebelum balik ke negeri masing2

Jom ikuti rentetan perjalanan ummi ke destinasi yang dipilih dan dipersetujui bersama, Pulau Lagenda, LANGKAWI.

====

Hari Pertama 10hb Ogos 2018

Ummi bertolak dari rumah pukul 9 pagi sebab berjanji untuk berjumpa dengan kawan pada jam 9.30pagi di Jo Cendol, Jalan Changloon. Tumpang kereta Merc seorang kawan, Saedah dari Sungai Petani. Turut sekali satu kereta ialah Hasmah (Yong) , Shatirah (Kak Long) dan Azam (anak Yong).

Kami teruskan perjalanan melalui highway ke Kangar untuk singgah di rumah sorang lagi kawan, Nik Mah untuk park kereta Merc di situ. Seterusnya Nik Mah hantar kami menaiki kereta Citranya ke Jeti Kuala Perlis.

Kami bertemu Siti Hajar dan anaknya Kamalia di Jeti. Beliau dan anaknya di hantar oleh suami. Mereka sekarang menetap di Shah Alam. Ummi dah pernah berjumpa beliau beberapa kali sebelum ini, namun kali terakhir adalah lebih 10 tahun yang lalu.

Kami sampai tepat 10.30 pagi di mana feri dah nak bertolak. Terus dapatkan tiket yang berharga rm18 seorang.


           Bergambar di dalam feri, Yong, Saedah, Kak Long, ummi dan Siti Hajar


                                  Ummi, Siti dan anaknya, Kamalia

Alhamdulillah kami tiba di Pulau Langkawi pukul 12 tengahari. Sempat lagi bergambar setelah turun dari feri. Hehe





Vellfire telah siap parking di tempatnya untuk kami gunakannya sepanjang 2 hari 1 malam di Langkawi.  Nak tau berapa sewanya tak... Rm 300/hari. Ok la kan untuk kami yang ramai ni.

Jom ummi belanja gambar Vellfire.
                              Ni gambar hari last sebelum bertolak balik

Masing masing dah merungut lapar. Maka destinasi seterusnya adalah Medan Selera di Pekan Kuah berhampiran Pusat Beli Belah Haji Ismail Group (HIG) untuk makan tengahari.


                          Ni gambar group ke 2 singgah kat Medan Selera.

Semasa rakan rakan lain menjamu selera, ummi ke toilet dan terus ke gerai pakaian berhadapan komplek HIG. Sambil usha tu sempat la beli baju kelawar  dan kain batik. 

Selesai makan, 1.39 tengahari kami terus ke Airport Padang Matsirat untuk mengambil kawan kami (lupa nak snap gambar. Lagipun airport tengah berserabut sebab tengah under construction untuk upgrade ke International Airport). 

Sebelum tu, Azam dah kami turunkan kat Masjid Al Huda untuk solat Jumaat.


                                 


                                Menunggu dalam vellfire di airport

Nik Nurma dah lama menunggu dari pukul 1 tengahari lagi di airport. Tak lama kemudian Roshayati (Tok) turut sampai dalam 2.30 petang. Namun Rosiah masih belum menjejakkan kaki di airport.

Manakala di jeti, Nik Mah dan Juria dah sampai juga. Kami yang tak boleh jamak solat ni agak gusar sebab dah agak lewat. 
Justeru, kami bercadang ke Resort ( check in pukul 3 petang) sebelum berpatah balik ambik Nik Nurma dan Tok yang menunggu Rosiah di airport, seterusnya baru ke Jeti. 

Atas kesilapan teknikal masa nak keluar dari airport, maka kami terlewat sedikit untuk keluar daripada kawasan airport. Nasib baik dapat call dari Tok yang memberitahu Rosiah dah sampai. Jadi kami sempat patah balik ambik Rosiah, Nik Nurma dan Tok dahulu sebelum beredar daripada airport. Alhamdulillah.
Ada hikmah juga atas masalah masa nak keluar tadi, rupanya.

Akhirnya kami check in di "The Daun Resort" di Pantai Chenang jam 3.45 petang. Rupanya tak ada pantai pun kat resort ni. Huhu. Tempahan melalui internet, tu yang tak jangka tak da pantai pun.


                             Yong, Kak Long, Siti, Ummi dan Liza Noor

Kat belakang tu rumah penginapan yang diberi nama daun seperti Kemangi, Serai dan Inai.




Kami berpecah kepada 3 kumpulan ketika menetap di sini. Lain lain rumah yang ada ialah Pandan, Sireh, Kaduk dan Kesom.


                                  Bergambar depan rumah Kemangi


                         Tingkat atas rumah Kemangi, tempat ummi tinggal


                                           Masih di tingkat atas, rumah Kemangi


                                   Tingkat bawah rumah Kemangi


                 Ada jakuzi kat rumah ni tau. Tapi tak sempat guna pun kerana                               kekangan waktu.
                       Bergambar di antara rumah Kemangi dan Pandan


                                     Bergambar depan rumah Inai



                                              Gambar di dalam rumah Pandan


                       Rumah Sireh. Nampak tak pokok sireh kat depan tu.

Di resort sini lagi sorang rakan join kami. Liza Noor yang dah sampai awal pagi lagi ke Langkawi bersama famili ( suami dan 3 anaknya). Anak dan suaminya akan bermalam di tempat rakan suaminya. Liza adalah antara yang dah 30 tahun tak pernah ummi jumpa. Merupakan rakan sekelas dan satu dorm masa Matrik Perlis. Tambahan lagi duduk bersebelahan ummi dalam kelas M4.


Saedah sebagai pengerusi, juga driver vellfire bergegas pula untuk ambik Nik Mah dan Juria yang dah lama sampai di jeti Kuah. Juga Wan Azizah yang telah sampai sehari awal bersama 2 anaknya.
                                  Juria dan Nik Mah di dalam feri

Kami yang tinggal kat resort berehat sekejap sebelum bersiap untuk attend dinner kat The Coconut pada jam 6.30 petang. Tempat ini dipilih kerana berhampiran pantai. Dalam 10 minit juga perjalanan ke situ dari resort tempat kami menginap.

Nik, Juria, Ros, Wan terus ke tempat untuk dinner. Kami sempat bergambar lagi di luar rumah sementara menunggu vellfire sampai.


  



                                 Wan Azizah, Nik Nurma dan Juria

Kami sampai lebih kurang pukul 7 malam. Daging kambing, ayam sedang dibakar.



Makan ringan dulu



Rosiah dan Nik Mah teringin naik buai




Apabila masuk saja waktu maghrib kami ke bilik penginapan di situ untuk solat berjemaah. Ni hanya yang solat tunai saja. Satu bilik ditempah khusus untuk solat bagi rombongan kedua yang ikut ambik Nik Mah dan Juria tadi.


                                  Kek yang ditempah pada awalnya

Antara hidangan untuk dinner adalah nasi goreng cina, laksa kuala Perlis, daging kambing, ayam, sosej dan udang bakar. Turut disediakan buah rambutan dan tembikai. Selain tu makanan ringan seperti kerepek dan keropok dari Terengganu.





                                   Keropok lekor dari Terengganu

Makan malam ni turut dihadiri oleh suami Liza Noor dan 3 anaknya. Juga 2 anak Wan Azizah. Selain tu anak dan menantu Saedah yang bertugas di hospital Langkawi juga turut serta. Kebetulan mereka menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5. Ada kek lagi tapi cupcake la. Hihi.

Sambil makan kami bertaaruf, berkongsi kisah terkini setelah tamat pengajian hinggalah hampir pukul 12 malam.








Kami kembali ke The Daun Resort untuk merehatkan diri.

Sebelum tidur ummi tak lupa suplemen, kolagen jaga otot dan sendi, ostematrix dan juga omegaguard. Semestinya suplemen Shaklee. Jika ada yang nak suplemen Shaklee bolehlah kontek ummi ya. Boleh dapat best price. 




Hari Kedua 11hb Ogos 2018

Seawal 4.30 pagi ummi dah terjaga. Terdengar salakan anjing berdekatan dengan resort.  Solat subuh berjemaah kami tunaikan di rumah masing masing disebabkan ruang setiap rumah yang sempit untuk himpunkan kami seramai 13 orang. Group rumah Inai berkesempatan check bacaan Al Fatihah dan sedikit tazkirah. Dengarnya masing masing mengalirkan air mata. 

Pukul 8.30 pagi kami bersiap untuk sarapan. Riuh rendah bila semua berkumpul di tempat makan.









Saedah dan Juria



Bergambar lagi sebelum meninggalkan resort



Group pertama beredar pukul 10.30 pagi ke Pekan Kuah untuk shopping di Kompleks HIG termasuk Rosiah yang akan naik flight pada pukul 12 tengahari. Disebabkan tak semua boleh dimuatkan dalam vellfire maka ummi bersama Yong, Kak Long, Siti dan anaknya setia menanti di resort untuk second trip.

Alhamdullilah ada satu rumah lagi yang tak check out. Jadi kami balik semua untuk landing landing kat situ.

Lama juga kami tunggu untuk Saedah ambik kami. Rupanya dia tersesat disebabkan masih letih dan mengantuk.

Kami akhirnya tiba pukul 12.30 tengahari kat Kompleks HIG. Sepatutnya Vellfire perlu dihantar jam 1 tengahari. Jadi group kami cepat cepat shopping apa yang perlu saja. Tak sempat la nak round satu kompleks.


Ni saja yang ummi beli.Tu pun hampir rm 90 juga.

Group pertama tadi dah siap membeli belah dan terus ke medan selera berhampiran.

Setelah semua selesai makan, kami terus ke jeti Kuah. Sampai sana hampir jam 2.30 petang. Beratur beli tiket jam 3.30 petang, kemudian singgah di surau di situ untuk solat Zohor.

Semasa nak ke tempat menunggu feri dan melalui pemeriksaan kastam, Yong dan Mak Long telah diminta menunjukkan resit pembelian barang. Disebabkan kami datang tak sampai 3 hari maka segala pembelian dikenakan cukai termasuk coklat juga.  Itu yang kastam bagi tau. Betul ka...

At last kena la juga cukai sorang rm 10 bagi belian Rm 200. Huhu. Kak Long banyak beli biskut saja pun. Tu yang nampak ketara pada mata kastam kot.

Ramainya hari ni yang naik feri berbanding hari kami datang kelmarin. Tempat duduk mostly penuh. Hujung minggu rasanya sebab ada yang nak balik kerja di Tanah Besar.

Akhirnya feri sampai di jeti Kuala Perlis jam 5.10 petang. Nik Mah bawa kami ke Masjid Terapung untuk solat Asar di situ.




Kami tak dapat menumpang Merc Saedah kali ni sebab, dia dan Juria masih stay sehari lagi kat Langkawi. 

Selesai solat di masjid terapung, kami sempat bergambar sebelum ke stesyen keretapi Arau. Kami sampai dah pukul 6.30 petang. Alhamdulillah ada Komuter jam 6.44 petang. Azam tolong belikan tiket untuk kami berempat.


                                      Stesyen keretapi Arau
                                            Menunggu keretapi
                                              Dalam komuter

Alhamdulillah selamat sampai di Stesyen Anak Bukit 7.03 malam. My hubby dah sedia menunggu di stesyen. 

Sekian dulu coretan ummi kali ni. Semoga ada manafaatnya.
Wassalam.

* Nak tau berapa bayaran penginapan semalam kami kat resort boleh ja wasap ummi 012-5705394.

Home SWEET Home ~~

0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...