السلام عليكم ورحمت الله و بركا ته
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Mardhatillah.
Salam10 Syawal 1439H. Dah selesai ka puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Ummi masih berbaki sehari saja lagi. Insya Allah esok boleh selesaikan sebab tak da jemputan walimah. Boleh sekali kan dengan puasa sunat hari isnin.
Jom ummi kongsikan ilmu '' Kenapa Perlu Suplemen - dari kacamata Ahli Farmasi"
Ilmu ni telah ummi kongsikan dalam group telegram # ProjekBuatDuitRm1500MFMS pada 12 April 2018.
Sebenarnya semasa ikuti kursus pengajian Sains Farmasi dulu, memang belajar tentang makanan tambahan/ suplemen/ vitamin.
Apa yang dipelajari dulu bahawa cukuplah kita dapat keperluan vitamin dari pemakanan seharian kita dengan mengikut piramid makanan.
Jadi bila dah ambik cukup protein, sayur dan buah2an tak perlu dah ambil suplemen. Itulah juga yang tertanam dalam fikiran ummi dulu2. Maka tak hairan ya kalau masih ramai kita jumpa orang yang masih pegang prinsip ni. Samada dia doktor ka, ahli farmasi ka atau nutritionist.
Nak tau tak bila ummi mula mengamalkan suplemen? Nanti ummi ceritakan ya.
Jom kita tengok dulu kenapa kita perlu suplemen/ makanan tambahan/ vitamin.
Ada 16 sebab yang ummi dapat senaraikan.
1. Makanan yang kita ambik sehari biasanya tak dapat bagi cukup vitamin/nutrisi untuk mencegah penyakit dari hinggap pada badan kita. Dos vitamin dari makanan biasanya tak cukup tinggi bagi mencegah penyakit dan anti penuaan.
Contohnya ibu hamil , perlu nutrisi yang tinggi bagi pastikan tumbesaran yang sihat untuk janin dan juga kesihatan ibu. Next entri ummi akan kongsikan apa suplemen yang perlu unyuk ibu hamil ya.
Warga emas/tua sering dikaitkan dengan kurangnya pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium.
Remaja terutamanya yang perempuan perlu nutrisi lebih berbanding orang dewasa disebabkan pertumbuhan yang cepat baik dari segi fizikal, biokimia dan juga emosi.
2. Gaya hidup masakini ysng mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri mengakibatkan masalah kesihatan.
3. Amalam pemakanan yang tidak sihat seperti ambik kafein berlebihan, makanan tinggi kandungan lemak, gula dan garam telah mengganggu penyerapan mineral dan simpanan dalam tubuh. Tabiat minuman terlalu panas, ambil terlalu byk kopi, teh, jeruk dan rempah boleh sebabkan rembesan cecair penghadaman serta serapan vitamin dan mineral dari makanan berkurangan. Itu antara sebab kita perlu jarakkan pengambilan suplemen bila ambik minuman yang berkafein ni.
4. Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar ambik makanan segera yang mana kandungan nutrisi makanan telah kurang atau hilang sama sekali. Makanan segera ni tinggi kandungan MSG yang merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
5. Buah2an dan sayuran yang kita makan pun mungkin tercemar. Baja sintetik dan racun perosak yang digunakan menyebabkan buah2an dan sayuran terjejas kualiti. Kekurangan nutrien juga disebabkan oleh pengurusan tanah yang lemah.
6. Tau tak ayam yang kita makan pun telah disuntik dengan ubat sintetik, salbutamol, hormon dan antibiotik supaya membesar dgn sihat. Nak tau betul tak boleh tanya Master Firdaus. Kan dia tauke ayam. Hihi. Tak hairan setengah orang alahan dengan ayam daging ni. Sebab bila dia makan ayam kampung ok ja.
7. Pengambilan :
i) Julap/ laksatif/ ubat sembelit yang berlebihan, juga menganggu penyerapan vitamin dan mineral seperti magnesium di dalam tubuh.
ii) Alkohol- yg terlalu byk menyebabkan rosak hati dan pankreas, organ penting untuk penghadaman dan metabolisma. Penggunaan alkohol yg byk dan kerap meningkatkan keperluan bdn terhdp vitamin B, asid folik, vit A, Vit C, Zink, Magnesium dan Kalsium.
iii) Antibiotik
Walaupun berguna utk melawan jangkitan tetapi juga membunuh bakteria baik di dalam usus.
iv) Pil perancang boleh kurangkan penyerapan asid folik dan tingkatkan keperluan vitamin B6, Vit C, Zink.
8. Persekitaran yang tercemar samada oleh asap kenderaan , asap kilang, asap rokok dan immunisasi yang lemah akibat kekurangan vitamin dan mineral menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.
9. Fad diet- Diet ganjil yang tidak mengandungi kesemua kumpulan makanan.
i) Diet kurang lemak jika diamalkan secara ekstrim boleh sebabkan kurangnya vit A, D dan E
ii) Diet vegetarian yang tidak ambil daging dan sumber haiwan lain boleh sebabkan kurangnya vit B 12 yang menyebabkan anemia.
10. Merokok menyebabkan iritasi terhadap salur penghadaman dan meningkatkan keperluan vitamin C
11.Makanan terlebih masak ( over cook) atau terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan vitamin B, C dan E.
12. Masalah penghadaman di mana penghadaman yang tidak efisien boleh menghadkan vitamin dari diserap oleh tubuh. Tidak mengunyah dengan sempurna dan makan dengan terlalu cepat menyebabkan saiz makanan yang lebih besar dari normal untuk membenarkan tindakan lengkap oleh enzim penghadaman. Biasanya pengguna gigi palsu yang hadapi masalah ni.
13. Kemalangan dan penyakit.
Luka terbakar menyebabkan kehilangan protin, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatan keperluan bagi zink, vitamin E dan nutrisi yang penting dlm mekanisme pembaikan sel.
14. Alahan makanan - Bagi orang yang ada alahan kepada gluten atau laktosa boleh sebabkan kehilangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamin, riboflavin dan kalsium.
15. Zat dari makanan juga mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan semasa penyediaan. Jadi bila masuk ke mulut kita dah berkurangan.
16. Mengurangkan risiko penyakit 3 serangkai dan juga kanser.
i) Penyakit kardiovaskular
1/4 ( 25%) serangan jantung berlaku pada mereka yang berumur 50 tahun ke bawah.
Usia purata untuk dapat serangan jantung adalah 58.5 tahun.
Manakala 78% adalah lelaki. Kenapa agaknya ya.
Ni statistik yang dibuat pada 2014.
ii) Diabetes atau kencing manis.
Tau tak yang kelaziman untuk hidap diabetes di Malaysia lebih tinggi berbanding populasi dunia. Agak2 sebab apa ya.
Diabetes ni ada 2 jenis. Berita baiknya jenis 2 boleh dilambatkan atau di CEGAH dengan
a) mengawal berat badan
b) pemakanan sihat ( yang kurang kalori)
c) senaman
iii) Kanser - penyakit yang paling digeruni sebab datang secara senyap. 1/4 penduduk Malaysia menghidap kanser menjelang umur 75 tahun. Kajian 2015.
Keistimewaan Shaklee adalah mereka mengutamakan kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan lebih SIHAT.
Jadi produk yang dihasilkan bukan saja terhad kepada penjagaan NUTRISI tetapi juga penjagaan KESIHATAN, KECANTIKAN ( skin care) dan Penjagaan RUMAH.
Ke arah KESIHATAN yang lebih baik perlu merangkupi 3 perkara:
1. Makan Secara Sihat.
Banyak mengambil buah2an (3 hidangan) , sayuran ( 2 hidangan dengan warna yang berbeza), bijirin penuh ( suku dalam 1 hidangan) dan produk susu bebas lemak. Pilih ikan dan kekacang lebih berbanding daging). Katakan tidak pada makanan segera yang berlambak di pasaran.
2. Bersenam dan dapatkan berat badan ideal untuk mengurangkan risiko penyakit kronik.
3. Pengambilan suplemen secara bijak dan pelbagai.
i) Pastikan protin yang kita ambik sehari2 cukup. Nak mudah dan cepat, waktu pagi bancuh ja Esp
ii) Multivitamin yang seimbang dengan sekurang2nya 450 mg kalsium dan vitamin D
iii) Omega 3, EPA dan DHA penting terutama utk baiki tdk balas metabolik dan keradangan.
iv) Anti oksidan seperti vit C dan E bantu lindungi sel2 dari penuaan.
v) vitamin B untuk bantu lindungi DNA
Nak tau juga ka bila ummi mula mengamalkan suplemen?
Pada tahun 1989 semasa ummi sedang buat housemanship kat Hospital Alor Setar ummi telah didiagnos mengidap RA ( Rheumatoid Arthritis).
Apa yang doktor preskrip ialah Naproxen ( drug/dadah) yang bertindak sebagai antiinflamasi dan juga painkiller.
Memang sejak kecik pun ummi tak suka dengan ubat hatta Panadol pun. Bila demam suka biarkan sembuh dengan sendiri.
Bila dah ada anak, boleh dikatakan tak pernah jumpa doktor bila diorang demam. Hanya ke klinik untuk ambik suntikan imunisasi saja yang diwajibkan untuk baby. Ubat untuk demam hanya '"stand by saja. Lebih suka guna tepid sponging/'jelum'dengan air daun2 seperti bunga raya, melur dll. Bila diorang membesar memang suplemen saja yang dibekalkan untuk ke asrama dan universiti. Baik unttk demam, batuk, selsema dsbnya.
Pernah juga ummi dapat komen dari kawan seorang doktor, apalah mak seorang farmasi belajar tentang ubat2an tetapi ambik suplemen.
Ni komen dari seorang yang tak faham akan konsep yang ditekankan oleh Dr Shaklee:
"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, tetapi kita adalah dalam 2 bidang yang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan."
Semua tau tak setiap ubat tu ada kesan sampingannya. Kalau pi farmasi cuba perhati kat almari, akan tertera label POISON - maksudnya akan menjadi racun yang mendatangkan kesan buruk pada organ badan kita jika ambik melebihi dos yang dicadangkan.
Berbalik pada ubat yang doktor bagi tadi, sebelum makan ummi check dulu apa SE (side effect) ubat tu. Antaranya ganggu sistem darah. Dahlah ummi ni anemia/pembawa thalasemia. Jadi ummi carilah suplemen yang dapat membantu kurangkan gejala RA. Pernah tengok tak bgaimana teruknya keadaan pesakit RA (Rheumatoid Arthritis).
Ni baru bahagian tangan. Kalau kaki jawabnya susah la nak berjalan.
Ummi tak mau lagi jadi teruk begini. Apa yg ummi amalkan adalah EPO ( Evening Primrose Oil) dan cari anti oksidan yang berbagai sebelum bersua dengan produk shaklee. Dah tentu sekarang Gla complex antara yang wajib ummi ambik.
Anak sulung ummi yang sekarang dah berumur 27 tahun, pula mengidap psoriasis semasa umurnya 9 tahun. Penyakit ini terjadi akibat gangguan autoimun, iaitu sistem kekebalan tubuh yang keliru menyerang sel-sel kulit yang sihat. Antara faktornya adalah keturunan, stress dan pengambilan ubat2an. Tetapi kes anak ummi ni stress adalah faktornya. Kenapa kata begitu? Masa tu ummi suri rumah sepenuh masa. Ada la masa luang setiap hari check semua homework sedetailnya seawal darjah 1 lagi. Result periksa final darjah 1, 99.9 %. Sebenarnya ada kisah disebaliknya kenapa nak sangat dia cemerlang. Bila anak terkena penyakit tu, baru ummi insaf. Huhu. Tak mau bagi anak2 stress dah. Hehe.
Manakala anak ke lima adalah pengidap thalassemia major. Rawatannya adalah blood tranfusion semenjak umur 7 bulan. Alhamdulillah sekarang dah berumur 20 tahun. Masa umur 17 tahun doktor di Hospital Sultanah Bahiyyah sibuk untuk injek hormon tumbesaran sebab dia belum puberti. Memang ummi refuse. Kesian dia kena bebel degan doktor (MO saja pun, bukan Pakar) sebab tolak rawatan tu. Jadi ummi terus bagi anak amalkan Zink complek. Hingga akhirnya selepas setahun kalau tak silap, bila dibuat ujian darah, paras hormon testosteron dah normal dalam badan. Bertambahlah keyakinan ummi pada suplemen SHAKLEE ni. Suplemen wajib untuk anak ni adalah folic acid dan vit c.
Gambar anak ke 5 pada 5 September 2015
Selain dari amalkan suplemen untuk maintain RA dari menyerang, ummi juga amalkan suplemen untuk menjaga dari sakit lutut ( osteoarthritis). Dah 4 tahun ummi amalkan. Alhamdulillah tak la lagi sakit lutut hingga terpaksa solat dengan duduk atas kerusi sebab tak mampu untuk turun sujud.
Sedangkan ada ja rakan ummi yang dah terpaksa solat seperti itu.
NEXT entri ummi akan kongsikan tentang suplemen ni ya.
Cukup dulu perkongsian kali ni. Terima kasih sudi membaca. Silakan SHARE. Moga jadi ilmu yang bermanafaat untuk semua.
Sumber rujukan.
Slide dari Shaklee Academy
0 comments:
Post a Comment