السلام عليكم ورحمت الله وبر كا ته
Pernahkah anda mengambil sumber protein dari soya?
Hari ni ummi nak berkongsi 4 mitos tentang soya atau ESP ( Energizing Soy Protein) keluaran Shaklee.
Ilmu ni sebenarnya telah dikongsikan oleh rakan biz ummi, Puan Azie dalam kelas online di group telegram kami.
Pertama:
Mitos : Soya bukan sumber protein yang baik.
Fakta: Vegans dah explore semua makanan protein. Malah kacang soya adalah dikenali sebagai protein lengkap, yang bermaksud ia mengandungi semua asid amino penting yang perlu kita dapatkan dari makanan kerana ia tidak boleh dibuat oleh tubuh.
Kedua:
Mitos : Soya penyebab kanser
Fakta:
a) Kanser payudara
Kanser payudara disebabkan estrogen, dan ya, soya boleh bertindak seperti estrogen. Tetapi tidak ada kaitan langsung yang mengatakan soya boleh menyebabkan kanser.
Diet tradisional Jepun sehari 25-50 mg isoflavones (phytoestrogens) dalam 2-3 hidangan soya. Hampir 10,000 orang pesakit kanser payudara, mereka makan lebih banyak soya selepas diagnosis. Hasilnya, pengurangan 25% pada 7.4 tahun selepas diagnosis.
Baca sini,
b) Kanser prostat
Kajian China mendapati bahawa mereka yang consume soya mempunyai kemungkinan yang paling rendah untuk pembentukan kanser prostat, dan, lebih banyak lagi, soya dapat mengurangkan risiko kanser merebak ke seluruh tubuh.
Baca sini
c) Kanser ovari
Beberapa kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan isoflavones dikaitkan dengan pengurangan kanser ovari. Kajian The Japan Collaborative Cohort Study, yang terdiri daripada 64,327 wanita, mendapati bahawa pengambilan tauhu mungkin mempunyai tindakan pencegahan terhadap kanser ovari.
Baca sini,
Ketiga:
Mitos : Soya mengganggu kesuburan
Fakta: Jawatankuasa Jabatan Keamanan pada tahun 2003 melaporkan tidak ada bukti bahawa orang yang secara teratur makan banyak soya, seperti orang Cina dan Jepun, telah mengubah perkembangan seksual atau kesuburan yang merosot.
Perlu diingat bahawa China adalah negara yang paling ramai penduduk di dunia, dengan lebih daripada 1.3 bilion warganegara, dan telah memakan soya selama lebih dari 3,000 tahun.
Boleh baca detail ya,
First
Second
Third
Keempat:
Mitos : Lelaki minum soya jadi lembut (ada breast)
Fakta: Hanya 1 saja kes study ke atas lelaki berusia 60 tahun ada breast, serta disfungsi seksual, selepas ambil tiga liter susu soya setiap hari selama enam bulan. Gejala-gejala itu hilang selepas pengurangan pengambilan soya.
Tapi tak diketahui sejarah lelaki ini atau sama ada sebarang komplikasi dari ubatan.
Kajian kes ekstrem tak hirau lah,cuma satu kes study saja kan. Pengambilan soya kelihatan sangat selamat pada paras normal dan sederhana, bahkan di atas paras penggunaan lelaki Asia yang agak tinggi.
Masalah mungkin timbul apabila soya digunakan pada tahap 10x kali daripada normal selama beberapa bulan pada suatu masa.
Ramai orang mendakwa bahawa penggunaan soya akan mengubah hormon seks pada lelaki. Dalam beberapa kajian yang mengkaji protein soya atau suplemen isoflavone, lelaki tidak mengalami perubahan ketara dalam testosteron, testosteron bebas, estrogen, hormon seks mengikat protein globulin, atau kualiti air mani.
Baca sini
Untuk pengetahuan semua soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah Non-Gmo.
Nak tau lebih lanjut tentangnya dan kebaikan ESP ni boleh rujuk link
Nak dapatkan produk shaklee dengan harga special boleh kontek ummi ya.
www.wasap.my/60125705394
RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???
BismillahirRahmaanirRahiim Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...
0 comments:
Post a Comment