INSPIRASI KISAH KEHIDUPAN PELAJAR TERBAIK SPM 2014

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth.

Pada 3 Mac 2016 lalu telah diumumkan keputusan  SPM 2015. Pelajar terbaik dan juga sekolah terbaik di negeri-negeri juga banyak dipaparkan di media sosial samada di tv, surat khabar dan lain-lain.

Perkongsian ummi kali ini mungkin agak ketinggalan kerana mengambil inspirasi dari kisah pelajar terbaik SPM setahun yang lalu, 2014. Mungkin ramai yang telah melupakannya.

*********** 

 
Pelajar Terbaik SPM 2014 adalah dari Sek.Men.Keb.Taman Keramat iaitu
Al-Hafiz Muhammad Luqmanul Hakim bin Haji Abd.Latif.


Beliau telah menghafaz 30 JUZ Al-Quran.

♦Keputusan SPM 2014:  6A+, 3A


A+(Pendidikan Islam, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi)
A( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Fizik)



♦Ibunya Hajjah Nurul Jannah binti Ibrahim: Seorang suri rumah semenjak usia 32 tahun( bekas Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur)


♦Ayahnya Haji Abd.Latif bin Ishak: pesara pada usia 43 tahun ( bekas Manager Malaysian Helicopter Services MHS Aviation Sdn Bhd)


♦Sekolah:

 
▪ Tahun 1: Sek.Ren.ISLAM Al-Amin  (SRIAA)
▪ Tahun 2-4: Pusat Tahfiz Darul Hafizin
▪ Tahun 4 September: Mengikut keluarga ke Mesir mengambil Kursus Asas Bahasa Arab di Markaz Nil Kaherah, Mesir
▪ Tahun 5:  Sek Rendah Islam Al-Amin
▪ Tahun 6:  Mengikut keluarga ke Yaman dan bersekolah di sana beberapa bulan
▪ Tahun 6 : Menyambung persekolahan di SRIAA


* Persekolahannya tidak tetap dan sering tidak ke sekolah. Namun, beliau berterusan menghafaz di rumah sehingga tamat 30 Juz Al-Qur'an pada usia 12 tahun


▪ Ting.1: Bersekolah di Sek.Men.Islam Al-Amin untuk beberapa bulan kemudian berhenti sekolah bagi memberi tumpuan kepada hafazan di rumah
▪ Ting.2-3: Hafazan di rumah
▪ Ting.3:    Mengambil tuisyen di Maths Clinic
*Beliau tidak menduduki peperiksaan UPSR dan PMR
▪ Ting. 4-5:Sek.Men.Keb.Taman Keramat.

♦Pencapaian:


* Memperolehi Syahadah 30 Juz dari Ustaz Ghazali di Madrasah Al-Yamani di     
 Kampung Baru
* Menerima elaun Skim Galakan Hafazan Baitulmal MAWIP sejak tahun 2011
* Menyertai dan memenangi Pertandingan Hafazan di sekitar Taman Keramat
* Menjadi Imam Solat Tarawih di surau berhampiran rumahnya
* Mendapat No.1-3 setiap kali menduduki peperiksaan sama ada di sekolah rendah mahupun menengah
* Tingkatan 4 dan 5 banyak memperolehi anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran

♦Amalannya:


* Solat berjemaah di rumah bersama keluarga( menjadi imam sekiranya ayah dan abangnya tiada di rumah)
* Rajin Solat Berjemaah di surau berhampiran
* Sentiasa mengulangi hafazannya pada setiap malam sebelum tidur
* Hobinya di waktu petang: Study group/ bermain bola sepak bersama rakan sekolahnya
* Mengambil kelas tuisyen di malam hari
* Membuat tugasannya di rumah.

♦Latar belakang keluarga:


* Merupakan anak ke-8 dari 10 orang adik- beradik
* Ibu dan ayahnya mengutamakan hafazan Al-Qur'an sejak mereka masih kecil di samping kesemua adik-beradiknya telah pandai membaca al-Qur'an dan khatam al- Qur'an sejak di usia awal persekolahan
* Ayahnya melazimi mentasmik hafazan beliau dan adik- beradik selepas Solat Maghrib di mana seorang demi seorang dipanggil untuk ditasmik mengikut tahap hafazan masing- masing
* Keluarganya amat mengambil kira soal pemakanan agar tidak memakan makanan yang haram dan syubhah di samping mengamalkan tamar dan kismis pada waktu pagi.
* Menutup televisyen sejak 10 tahun yang lalu bagi mengelakkan kelalaian dan maksiat yang terdapat padanya
* Melazimi solat berjemaah sekeluarga untuk setiap waktu solat
* Ibu bapanya sentiasa memantau perkembangan pelajaran dan hafazan anak-anak selain sentiasa menyemarakkan amalan membaca dan cintakan ilmu dalam kehidupan
* Ibu bapanya telah menubuhkan HIFZ, kelas hafazan dan bahasa Arab untuk kanak-kanak berusia 4-10 tahun pada tahun 2011 di rumah mereka. Kini, HIFZ mempunyai 100 orang pelajar dan dibantu 6 orang guru

Adik-beradiknya:


* Kakaknya Nurul Hidayah ( lulusan Degree Mechanical Engineering,UTP), bekerja di JIMAH Power Plant. Kini sedang menguruskan perancangan home tuition Al-Qur'an yang diusahakan bersama suaminya Mohd.Fadzil bin Ramli

* Kakaknya, Ustazah Nurul Hayati (lulusan Degree Syariah Law and Jurisprudence, KUIS). Kini membuka Tahfiz dan Akademik Madrasah Nizhomulhayah dan pengurus di syarikat home office Maktabah Nizam bersama suaminya, Ustaz Nizamuddin bin Isemaail.

* Kakaknya Ustazah Nurul Hazirah ( lulusan ACCA B.Sc.Applied Accounting Oxford Brooke's Univ.) Kini,merupakan tenaga pengajar di HIFZ bersama suaminya Ustaz Mohd.Taufik bin Bakeri di samping menyambung pengajian Islam di Universiti Malaya.

* Kakaknya, Dr.Nurul Hasanah ( lulusan Perubatan Universiti Kaherah, Mesir) kini bertugas di Hospital Taiping dan merancang untuk memberi tumpuan kepada dakwah dan bisnes bersama suaminya Ustaz Emran bin Ahmad di Syarikat Urwatun Wusqo Enterprise milik mereka.


* Kakaknya, Nurul Hakimah kini sedang menyambung pengajian di tahun 4 Perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir dan merancang untuk menyambung pengajian dalam Alternative Medicines. Beliau telah menghafaz 5 Juz Al-Qur'an dan sedang masih meneruskan hafazannya.


* Abangnya, Abdul Hafizul Haq kini sedang menyambung pengajian dalam Political Science and International Relations di Bursa Orhangazi Univ (BOU) di Turki. Beliau telah menghafaz 30 Juz Al-Qur'an dan sering menjadi Imam solat Tarawih di surau berhampiran rumah mereka.

* Kakaknya, Nurul Hamizah kini sedang menyambung pengajian dalam bidang Medicine di Cyberjaya Univ.College of Medical Sciences. Beliau merupakan Pelajar Terbaik SPM 2013 Sek.Men.Keb.Puteri, Wilayah dengan memperolehi 11A(8A+, 1A, 2A-). Beliau juga telah menghafaz sebanyak 20 Juz Al-Qur'an.

* Adiknya, Ahmad Khairul Haaziq kini sedang berada di Ting.3 Sek.Men.Islam Al-Amin setelah berhenti sekolah untuk memberi tumpuan pada hafazan di rumah. Beliau telah menghafaz 10 Juz Al-Qur'an.

* Adik bongsunya, Nurul Hanisah adalah Pelajar Cemerlang 2014 UPSR 5A dan PEKERTI 8A dari SRIAA dan kini tidak bersekolah untuk memberi tumpuan kepada hafazan Al-Qur'annya di rumah.

Demikian secebis kisah yang mungkin boleh dicontohi oleh para ibu bapa dan menjadi inspirasi buat huffaz.
 

* Ibu bapa yang memberi perhatian pada pendidikan dan tarbiyah anak- anak akan melahirkan generasi pencinta Al-Qur'an. Al-Qur'an bukan sahaja dibaca dan dihafaz tapi amalannya turut diterjemahkan dalam kehidupan sehari-hari.

 Insyaa Allah.

Terima kasih masih sudi membaca.

0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...