Pendaftaran STAM

Assalamualaikum,

Hari ini awal pagi lagi ummi dah keluar dari rumah, bertolak ke Maktab Mahmud Alor Setar. Ummi ke situ bukan nak mengajar ya tetapi menghantar anak perempuan yang sorang tu untuk mendaftar ke tingkatan 6 untuk STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).

Sebenarnya ini pengalaman pertama juga bagi ummi kerana 3 anak sebelum ini tak pernah mengambil STAM. Benarlah kata Pengetua dan Guru Penyelaras,ada ibubapa yang tak tahu tentang sistem pembelajaran STAM ini.

Tentu anda tertanya-tanya ya, kenapalah perlu lagi ummi dan ibubapa yang lain hadir untuk pendaftaran ini,
Sepatutnya anak-anak yang berumur 18 tahun ni dah boleh  berdikari.
Rupanya pihak pengurusan sekolah/maktab ingin memberikan taklimat untuk pengetahuan dan pemantauan ibubapa terhadap anak-anak selama setahun mereka disini.

                         Taklimat dari Guru Cemerlang STAM 2013
                         ( berlangsung di Dewan Maktab Mahmud)

Anak-anak juga dikehendaki berikrar antaranya tidak akan ponteng kelas sebanyak 5 hari terkumpul sebulan. Kemudian menandatangani aku janji di depan waris dan guru kelas.

I
                         Ikrar dari pelajar2 seramai lebih kurang 400 orang

Buat pengetahuan yang belum pernah tahu tentang sistem peperiksaan STAM ni, mai ummi ceritakan sikit kat sini. Ummi pun baru tau hari ni. STAM ini diperkenalkan pada tahun 2000. Maktab Mahmud hanya memulakannya pada tahun 2002.

STAM melibatkan 10 subjek yang akan dinilai selama setahun pembelajaran. Semuanya diajar dalam bahasa Arab. Antaranya Hadis melibatkan 30 hadis dan pelajar perlu menghafal sekurang-kurangnya 10 hadis. Selain itu Al Quran yang melibatkan ayat-ayat tertentu yang perlu dihafal oleh pelajar.

Pelajar2 perlu lulus kesemua 10 subjek untuk mendapat Sijil ini. Sekiranya seoang pelajar itu score A/Mumtaz untuk 9 subjek tetapi gagal 1subjek, maka beliau tetap tidak layak mendapat sijil ini. Beliau terpaksa mengulang subjek tersebut pada tahun berikutnya hingga lulus, barulah layak mendapat Sijil ini.

Sebenarnya pelajar yang mengambil STAM ini beruntung berbanding STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) kerana jangka masa satu tahun saja diperlukan berbanding dua tahun untuk STPM.

Mereka yang lulus cemerlang boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di universiti tempatan ,swasta atau timur tengah samada ke Mesir , Jordan dan lain2.


MUSAFIR ILMU - CERITA 2

Assalamu'alaikum wrth.

Untuk tidak menghampakan anak-anak dan adik-adik iparku yang mengharapkan kesinambungan catatan yang kerdil ni, moga ianya dapat memberi sedikit ilmu yang bermanafaat dan menjadi amal yang diterima olehNya.

Sambungan....Musafir Ilmu

Gambar - gambar di Tambun Lost World


Berbaju merah si abang berumur 15 tahun manakala si bongsu berumur 12 tahun.
Tentu bagi yang tak mengenali, hairan kan kenapa adik lebih besar dari abang .
Untuk pengetahuan semua, si abang adalah pengidap talasemia major semenjak berumur 6 bulan.
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia hingga ke saat ini.
Walaupun hospital merupakan rumah keduanya ,alhamdulillah telah dapat meghafaz 13 juz alquran (suatu cabaran juga buat umminya ni masih tak meningkat jumlah hafazannya) dan keputusan PMR baru-baru ini mendapat 9A.

Anak ummi 2 orang ni dah melanggar peraturan pakaian dalam kolam renang, tak pakai track suit sebaliknya jean.
Jangan ikut amalan ni ya adik-adik dan kawan-kawan.



Si bongsu sedang belajar menahan nafas.











Kami memperuntukkan masa untuk anak-anak berada di sini selama hampir satu jam setengah.

 Perjalanan seterusnya bermula 11.30 pagi.

 Seterusnya kami singgah di R& R Ulu  Bernam untuk makan tengahari dan solat jamak takdim.

Akhirnya kami sampai ke tempat tujuan utama musafir ini iaitu KEM RIMBA TAMU,Hulu Tamu di Batang Kali pada jam 3 petang.


                                       
                                    


Dah ramai peserta yang mendaftar kerana waktu pendaftaran adalah  10 pagi hingga 5 petang. Peserta-peserta terdiri dari anak-anak ahli IKRAM dan juga terbuka kepada bukan ahli dari seluruh Semenanjung Malaysia dan juga dari Sabah dan Sarawak. Peryertaan pada tahun ini adalah seramai lebih 100 orang.

Setelah selesai urusan pedaftaran dan penempatan ke dorm, maka kami tinggalkan puteri kami dengan segunung harapan .

Kami tidak berlama di sini kerana nak cepat bertolak balik agar tidak terlalu lewat sampai ke rumah.
Kita hanya merancang tetapi Allah jua sebaik-baik perancang. Perjalanan balik tidak selancar waktu pergi.
Kami tersekat di Bertam, Pulau Pinang hampir 2 jam kerana berlaku kemalangan melibatkan treler yang membawa muatan terbabas merentangi lebuhraya. Oleh kerana kamera handphone yang tak berapa canggih kerana pencahayaan yang tak berapa elok tak dapat la nak dimuatkan gambar kemalangan tersebut di sini.



Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah akan diusahakan supaya puteriku menulis di blog ini pengalaman beliau mengikuti program MHI 2013/14. Doakan supaya beliau mahu berkongsi ilmu-ilmu yang diterima.


Wassalam..

MUSAFIR ILMU

Dah lama tak update blog Mardhatillah ni. Dah 3 bulan. Lama tu.
Banyak benda nak cerita tapi tak tercerita.
Hari ni nak cerita tentang Musafir Ilmu.

Pada 14 hb Disember , kami sekeluarga memulakan perjalanan sebelum subuh dari Utara tanahair menuju Batang Kali. Turut serta ibu dan ayah tercinta .

Musafir kali ni adalah menghantar satu-satu anak perempuan ke program MHI.
Meh dan cerita sikit tentang MHI ini bagi sesiapa tak pernah dengar sebelum ni.
MHI singkatan Madrasatul Hayah Ikram atau Sekolah Kehidupan Ikram.
Program ini anjuran NGO iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia untuk pelajar lepasan SPM .

Program telah masuk tahun ketujuh . Merupakan program komprehensif dan intensif yang
menggabungkan konsep teori dan praktikal bertunjangkan nilai-nilai Islam.
Ia diadakan selama sebulan.

Harapan kami moga selepas mengikuti program ni:
1  ] Anak-anak akan terbina saksiyah diri yang mantap dan menjadi anak solehah dan musleh.
2  ]Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam masyarakat
3  ]Meneruskan perjuangan dakwah melalui wadah Ikram

Sebenarnya kalau nak senaraikan harapan2 tu banyak la sangat yang diharapkan.
Kalau sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut tentang MHI dan modul program boleh  lawati blog madrasatulhayahikram.blogspot

Berbalik kepada musafir ini, kami singgah di Hentian Tol Pendang untuk solat subuh. Kemudian meneruskan
perjalanan dan berhenti untuk sarapan di R & R Bukit Merah.
Abi dan anak perempuannya bersarapan pagi di  R & R Bukit Merah

Ibarat sambil menyelam minum air, kami singgah di World Lost of Tambun untuk tunaikan hasrat anak kelima dan keenam yang nak berjalan-jalan semasa cuti sekolah ni.

Ramainya manusia kat tempat-tempat untuk bersantai begitu. Walaupun bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sana agak mahal, rupanya orang Melayu tak kisah sangat.

Hanya anak kelima dan si bongsu yang masuk bersama abinya. Ibu dan ayah tak mau ikut masuk kedalam. Jadi diriku dan anak perempuan menemani mereka di luar sambil menikmati pemandangan di bawah pepohon .


Berhenti dulu di sini. Nantikan sambungannya.....

ADAB-ADAB MUSAFIR

Dah set dalam jadual setiap minggu, di pagi jumaat mesti menghadiri majlis ilmu untuk mencari bekalan untuk ke sana, tempat tinggal yang kekal abadi.
Jadi pagi tadi telah ikuti kuliah yang telah disampaikan oleh Ustaz Fahmi Zam Zam.
Tajuk kuliah beliau ialah 'Adab-adab dalam bermusafir'. Seseorang dianggap bermusafir bila melakukan perjalanan melebihi 90 km. Orang yang bermusafir yang bertujuan maksiat cthnya melihat orang memakai seluar pendek [tgk perlawanan bola sepak] tidak mendapat keistimewaan utk menjamak dan mengqasarkan solatnya sebab melakukan benda yang haram.
Musafir terbahagi 2 iaitu;
                        1] Musafir pada zahir iaitu safar kita di atas muka bumi ini.
                        2] Musafir batin iaitu berjalan menuju Allah. Sekiranya ibadah solat kita tidak bertambah baik dari semenjak akil baligh dan akhlaq kita juga tidak bertambah baik, maka dikategorikan sebagai seorang yang tidak pernah melakukan safar pada batin.

1] Apabila kita hendak bermusafir,adalah disunatkan melakukan solat sunat musafir. Kebiasaan masyarakat kita apabila melakukan haji atau umrah saja mengerjakan solat suant ini sedangkan menziarahi anak yang belajar melebihi perjalanan 90 km kita terlepas pandang tentang solat ini. Jom kita jangan lupa amalkan selepas ini.

    Faedah/kelebihan musafir:  a] apabila bermusafir kerana menuntut ilmu maka kelebihannya "seperti keluar berjihad fi sabilillah". Beliau memberikan cth Imam Syafie terkena penyakit buasir kerana bermusafir mencari ilmu. Beliau maegajar dgn duduk di atas tempayan disebabkan penyakitnya itu. Penyakit itu tidak menjadi alasan untuk tidak mengajar . Dengan sikap ulama2 yang mempunyai jiwa2 beginilah yang telah membangun umat yang hebat pada masa dulu.
                                                b] dapat mengetahui perangai kita dan orang lain.
Bagaimana untuk kita mengenal seseorang pada 3 perkara:  i] rajin beribadah iaitu sealu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah
                                                                                          ii] pernah bermusafir bersama-sama. Dengan ini akan terzahir sifat samada pentingkan diri atau sebaliknya.
                                                                                          iii] perbelanjaan yang melibatkan duit.
                                                c]  mengambil iktibar dari sesuatu yang dilihat.  contohnya ziarah kubur anbiya,orang saleh, makam rasullah dan berdoa untuk mereka. Dengan ini moga diakhirat akan mendapat syafaat darinya.

EBook “Sorry Bos!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja” PERCUMA!!

Sebelum saya berbicara lebih panjang lebar, izinkan saya bertanya 4 soalan kepada anda:

1) Adakah kenaikan harga minyak 20 sen baru baru ini memberi kesan kepada hidup anda?
2) Adakah anda mahu membaca kisah kejayaan seorang ‘engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes?
3) Adakah anda mahu tahu peluang-peluang bisnes yang mudah dijalankan di Malaysia?
4) Adakah anda mahu tahu tips bagaimana untuk berjaya dalam bisnes dengan mudah?

Jika jawapan anda “Ya”. Izinkan saya berkongsi dengan anda sebuah EBOOK yang istimewa.

“Sorry Bos!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”


Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook luar biasa. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.

Bacalah, hayatilah kisah susah payah perjuangan seorang usahawan wanita untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya.

Di belakang beliau, ada seorang suami yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya, semata mata untuk melihat cita cita isterinya untuk berhenti kerja dan menjadi Working At Home Mum (W.A.H.M) tercapai.

Bukan mudah untuk berjaya!!! Kejayaan usahawanita ini pasti menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang lain untuk turut berjaya. Berjaya di dunia dan di akhirat.

Sekiranya anda mahu tahu cara mudah untuk berjaya dalam perniagaan, bacalah ebook ini. Mudah mudahan, akan ada seorang dua di kalangan pembaca ebook ini menjadi seorang jutawan suatu hari nanti. Dan semoga orang itu adalah ANDA!!!

Setebal 144 muka surat. Padat dengan nasihat, motivasi dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh kita semua.

Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Dapatkan EBOOK ini secara percuma di : www.ebookniaga/sorryboss/sopie

Jika tidak keberatan, saya mohon agar anda dapat SHARE status ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya.

Wassalam.

LANGKAH BERMULA

Assalamualaikum wrth.
Wahai Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Segala puji dan syukur hanya bagi Allah, ikhlaskanlah apa yang hambaMu tuliskan ini semata-mata keranaMu dan hanya mencari keredhaanMu.

Blog ini sekadar berkongsi ilmu dan maklumat bersama anak-anak, suami, saudara-mara, rakan taulan samada yang dikenali atau bakal dikenali.

Wassalam.

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...