Untuk tidak menghampakan anak-anak dan adik-adik iparku yang mengharapkan kesinambungan catatan yang kerdil ni, moga ianya dapat memberi sedikit ilmu yang bermanafaat dan menjadi amal yang diterima olehNya.
Sambungan....Musafir Ilmu
Gambar - gambar di Tambun Lost World
Berbaju merah si abang berumur 15 tahun manakala si bongsu berumur 12 tahun.
Tentu bagi yang tak mengenali, hairan kan kenapa adik lebih besar dari abang .
Untuk pengetahuan semua, si abang adalah pengidap talasemia major semenjak berumur 6 bulan.
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia hingga ke saat ini.
Walaupun hospital merupakan rumah keduanya ,alhamdulillah telah dapat meghafaz 13 juz alquran (suatu cabaran juga buat umminya ni masih tak meningkat jumlah hafazannya) dan keputusan PMR baru-baru ini mendapat 9A.
Anak ummi 2 orang ni dah melanggar peraturan pakaian dalam kolam renang, tak pakai track suit sebaliknya jean.
Jangan ikut amalan ni ya adik-adik dan kawan-kawan.
Si bongsu sedang belajar menahan nafas.
Kami memperuntukkan masa untuk anak-anak berada di sini selama hampir satu jam setengah.
Perjalanan seterusnya bermula 11.30 pagi.
Seterusnya kami singgah di R& R Ulu Bernam untuk makan tengahari dan solat jamak takdim.
Akhirnya kami sampai ke tempat tujuan utama musafir ini iaitu KEM RIMBA TAMU,Hulu Tamu di Batang Kali pada jam 3 petang.
Dah ramai peserta yang mendaftar kerana waktu pendaftaran adalah 10 pagi hingga 5 petang. Peserta-peserta terdiri dari anak-anak ahli IKRAM dan juga terbuka kepada bukan ahli dari seluruh Semenanjung Malaysia dan juga dari Sabah dan Sarawak. Peryertaan pada tahun ini adalah seramai lebih 100 orang.
Setelah selesai urusan pedaftaran dan penempatan ke dorm, maka kami tinggalkan puteri kami dengan segunung harapan .
Kami tidak berlama di sini kerana nak cepat bertolak balik agar tidak terlalu lewat sampai ke rumah.
Kita hanya merancang tetapi Allah jua sebaik-baik perancang. Perjalanan balik tidak selancar waktu pergi.
Kami tersekat di Bertam, Pulau Pinang hampir 2 jam kerana berlaku kemalangan melibatkan treler yang membawa muatan terbabas merentangi lebuhraya. Oleh kerana kamera handphone yang tak berapa canggih kerana pencahayaan yang tak berapa elok tak dapat la nak dimuatkan gambar kemalangan tersebut di sini.
Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah akan diusahakan supaya puteriku menulis di blog ini pengalaman beliau mengikuti program MHI 2013/14. Doakan supaya beliau mahu berkongsi ilmu-ilmu yang diterima.
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment