MUSAFIR ILMU

Dah lama tak update blog Mardhatillah ni. Dah 3 bulan. Lama tu.
Banyak benda nak cerita tapi tak tercerita.
Hari ni nak cerita tentang Musafir Ilmu.

Pada 14 hb Disember , kami sekeluarga memulakan perjalanan sebelum subuh dari Utara tanahair menuju Batang Kali. Turut serta ibu dan ayah tercinta .

Musafir kali ni adalah menghantar satu-satu anak perempuan ke program MHI.
Meh dan cerita sikit tentang MHI ini bagi sesiapa tak pernah dengar sebelum ni.
MHI singkatan Madrasatul Hayah Ikram atau Sekolah Kehidupan Ikram.
Program ini anjuran NGO iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia untuk pelajar lepasan SPM .

Program telah masuk tahun ketujuh . Merupakan program komprehensif dan intensif yang
menggabungkan konsep teori dan praktikal bertunjangkan nilai-nilai Islam.
Ia diadakan selama sebulan.

Harapan kami moga selepas mengikuti program ni:
1  ] Anak-anak akan terbina saksiyah diri yang mantap dan menjadi anak solehah dan musleh.
2  ]Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam masyarakat
3  ]Meneruskan perjuangan dakwah melalui wadah Ikram

Sebenarnya kalau nak senaraikan harapan2 tu banyak la sangat yang diharapkan.
Kalau sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut tentang MHI dan modul program boleh  lawati blog madrasatulhayahikram.blogspot

Berbalik kepada musafir ini, kami singgah di Hentian Tol Pendang untuk solat subuh. Kemudian meneruskan
perjalanan dan berhenti untuk sarapan di R & R Bukit Merah.
Abi dan anak perempuannya bersarapan pagi di  R & R Bukit Merah

Ibarat sambil menyelam minum air, kami singgah di World Lost of Tambun untuk tunaikan hasrat anak kelima dan keenam yang nak berjalan-jalan semasa cuti sekolah ni.

Ramainya manusia kat tempat-tempat untuk bersantai begitu. Walaupun bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sana agak mahal, rupanya orang Melayu tak kisah sangat.

Hanya anak kelima dan si bongsu yang masuk bersama abinya. Ibu dan ayah tak mau ikut masuk kedalam. Jadi diriku dan anak perempuan menemani mereka di luar sambil menikmati pemandangan di bawah pepohon .


Berhenti dulu di sini. Nantikan sambungannya.....

Related Posts:

  • BILA BERUSIA 50 TAHUNBismillahirRahmaanirRahiim Assalamualaikum wrth. Hari ni jumaat, 9 Jamadil Akhir 1437. Genaplah hari ni 53 tahun umur ummi  berdasarkan tahun hijriyah. Kalau berdasarkan umur baginda Rasullah masa berbaki hanyalah 10… Read More
  • AIDILFITRI 2016 BismillahirRahmaanirRahiim Assalamualaikum wrth Hari ni dah 7 Syawal (12 Julai 2016), dan hari terakhir bagi sesiapa yang terus berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. bagi yang belum mulakan tu, cepat-cepat ya. Jangan tang… Read More
  • VITAMIN PERCUMA SHAKLEE BismillahirRahmaanirRahiim Assalamualaikum wrth. Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah. Ummi doakan semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati A… Read More
  • NARKOLEPSI - INSAFKAN RIZAL        BismillahirRahmaanirRahiim        Assalamualaikum wrth.                Entri kali ini, mari kita belajar satu istila… Read More
  • PESANAN BUAT SEMUA WANITABismillahirRahmaanirRahiim Assalamualaikum wrth. Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah. Ummi doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya. Hari ni ummi ingin … Read More

0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...