Pendaftaran STAM

Assalamualaikum,

Hari ini awal pagi lagi ummi dah keluar dari rumah, bertolak ke Maktab Mahmud Alor Setar. Ummi ke situ bukan nak mengajar ya tetapi menghantar anak perempuan yang sorang tu untuk mendaftar ke tingkatan 6 untuk STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).

Sebenarnya ini pengalaman pertama juga bagi ummi kerana 3 anak sebelum ini tak pernah mengambil STAM. Benarlah kata Pengetua dan Guru Penyelaras,ada ibubapa yang tak tahu tentang sistem pembelajaran STAM ini.

Tentu anda tertanya-tanya ya, kenapalah perlu lagi ummi dan ibubapa yang lain hadir untuk pendaftaran ini,
Sepatutnya anak-anak yang berumur 18 tahun ni dah boleh  berdikari.
Rupanya pihak pengurusan sekolah/maktab ingin memberikan taklimat untuk pengetahuan dan pemantauan ibubapa terhadap anak-anak selama setahun mereka disini.

                         Taklimat dari Guru Cemerlang STAM 2013
                         ( berlangsung di Dewan Maktab Mahmud)

Anak-anak juga dikehendaki berikrar antaranya tidak akan ponteng kelas sebanyak 5 hari terkumpul sebulan. Kemudian menandatangani aku janji di depan waris dan guru kelas.

I
                         Ikrar dari pelajar2 seramai lebih kurang 400 orang

Buat pengetahuan yang belum pernah tahu tentang sistem peperiksaan STAM ni, mai ummi ceritakan sikit kat sini. Ummi pun baru tau hari ni. STAM ini diperkenalkan pada tahun 2000. Maktab Mahmud hanya memulakannya pada tahun 2002.

STAM melibatkan 10 subjek yang akan dinilai selama setahun pembelajaran. Semuanya diajar dalam bahasa Arab. Antaranya Hadis melibatkan 30 hadis dan pelajar perlu menghafal sekurang-kurangnya 10 hadis. Selain itu Al Quran yang melibatkan ayat-ayat tertentu yang perlu dihafal oleh pelajar.

Pelajar2 perlu lulus kesemua 10 subjek untuk mendapat Sijil ini. Sekiranya seoang pelajar itu score A/Mumtaz untuk 9 subjek tetapi gagal 1subjek, maka beliau tetap tidak layak mendapat sijil ini. Beliau terpaksa mengulang subjek tersebut pada tahun berikutnya hingga lulus, barulah layak mendapat Sijil ini.

Sebenarnya pelajar yang mengambil STAM ini beruntung berbanding STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) kerana jangka masa satu tahun saja diperlukan berbanding dua tahun untuk STPM.

Mereka yang lulus cemerlang boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di universiti tempatan ,swasta atau timur tengah samada ke Mesir , Jordan dan lain2.


0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...