Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan diberkati selalu hendaknya dalam
kehidupan seharian.
Hari ini ummi nak berkongsi satu ceramah yang disampaikan oleh ustaz Abdullah Khairi yang bertajuk "Siapa Kita". Ummi sangat terkesan tentang pertanyaannya ' Apa yang telah kita lakukan selama 25, 30 ,40 dan...'. Kalau pertanyaan itu pada ummi angkanya 50 iaitu merujuk kepada umur kita setakat hari ini.
'Lakukan' di sini bermaksud mengIslamkan seseorang samada dari seorang bukan Islam menjadi Islam. Juga boleh bermaksud jika di dalam keluarga kita, dari mengamalkan Islam separuh kepada sepenuhnya di dalam aspek kehidupan. Contoh yang Ustaz Abdullah bagi adalah isteri dan anak-anak yang tak masih tidak menutup aurat dengan betul (tugas suami atau bapa yang menyuruh atau menegur isteri dan anak-anak perempuan).
Pertanyaan ini berdasarkan kisah seorang guru berbangsa Cina (rakan yang mengajar satu sekolah dengan Ustaz) yang berjaya mengIslamkan 34 orang termasuk ibu, bapa dan semua adik-beradik
beliau.
Sebenarnya kisah Cikgu ini bukan sesenang yang kita ingatkan. Cikgu Yap mengambil masa selama 4 tahun untuk mengIslamkan ibu dan adik beradik beliau.
Nak dengar dulu tak, bagaimana Cikgu Yap mula mengucap Syahadah 4 tahun sebelum itu. Kisahnya begini :
Beliau berjumpa Ustaz Abdullah kerana inginkan penerangan tentang Sains dan Al Quran. Ustaz
mengajak beliau ke library dan terangkan tentangnya hampir sejam. Selesai saja penerangan dari ustaz terus beliau ingin mengucap Syahadah. Ustaz berpesan supaya rahsiakan dulu keislaman dari ibubapa beliau.
Apabila balik saja ke rumah, beliau lantas beritau ibubapa yang dia telah memeluk Islam. Apa lagi, kerana marah bapanya telah mengunci beliau di dalam se buah bilik. Beliau dapat melarikan diri melalui bumbung dan terus pergi berjumpa ustaz..
Ustaz menasihatkan supaya Cikgu Yap membeli makanan , balik ke rumah dan makan bersama-sama kedua ibu bapa beliau. Tetapi makan bersama tidak pernah berlaku selama hampir 4 tahun sebab setiap kali beliau duduk di meja makan ,ibu dan bapanya akan bangun dan tidak mengendahkannya.
Ditakdirkan Allah bapanya diserang stroke. Bagi bangsa Cina, orang yang sakit dibiarkan seorang diri untuk mati kerana bagi mereka jika bersama pesakit akan mendatangkan sial. Sepanjang sakit di hospital Cikgu Yap menjaga bapanya seorang diri.
Bila bapanya hampir nazak, beliau membisikkan kalimah syahadah di telinga bapanya. Bapanya membuka mata dan melihat padanya tanpa mengucap apa-apa. Beliau merayu sebanyak tiga kali supaya bapanya ucapkan kalimah tersebut hinggalah akhirnya bapanya menutup mata buat kali terakhir. Sebelum menutup mata kali terakhir, bapanya memandang pada Cikgu Yap sambil mengganguk-anggukkan kepala sebanyak tiga kali.
Beliau beritau ustaz yang beliau yakin bapanya telah Islam dan ingin disemadikan secara Islam. Tetapi kata Ustaz, susah sebab tiada bukti. Adat orang Cina mayat disimpan selama seminggu sebelum dibawa ke perkuburan orang Cina. Setelah selesai , semua ahli keluarga keletihan sebab selama seminggu bersekang mata dan tidur nyenyak pada malam hari tersebut.
Ibu Cikgu Yap bermimpi pada malam tersebut melihat bapanya di sebuah taman yang sangat cantik dan menyebut-yebut satu ucapan yang ibunya tidak tahu apa maksudnya. Ibunya terus kejutkan Cikgu Yap dan bertanya , apakah yang telah beliau lakukan pada bapanya sepanjang menjaganya semasa sakit di hospital.
Cikgu Yap menceritakan saat bapanya hampir meninggal, beliau mengajarkan Syahadah. Bila beliau sebut saja ucapan Syahadah itu, ibunya mengiyakan bahawa ucapan itulah yang beliau dengar suaminya ucap di dalam mimpinya. Cikgu Yap menyatakan ucapan itulah yang mengesahkan Islamnya seseorang.
Lantas ibunya menyuruh Cikgu Yap mengajarkan ucapan Syahadah pada beliau. Setelah itu ibunya mengejutkan semua adik-adik Cikgu Yap dari tidur. Semua adik beradiknya terima menganut Islam pada malam tersebut. Begitulah kisahnya...
Kalau semua pembaca belum puas membaca coretan kisah di atas, bolehlah dengarkan video di bawah :
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai
untuk anda dan keluarga ?
Ingin menjana pendapatan 3,4 dan 5 angka sebulan
dengan hanya duduk di rumah ?
(bergantung pada usaha anda)
Hubungi SHOPIAH untuk :
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH
MFMS (Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee)
Empire
TheMostHappenningShakleeGroupInMalaysia
Shaklee ID : 963897
sopieabdn64@gmail.com
012-5705394 (SMS, WhatsApp @Telegram)
0 comments:
Post a Comment