Assalamualaikum buat anda yang sudi melawat blog Mardhatillah.
Semoga berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu hendaknya.
Amalan berqurban adalah sesuatu yang disukai dan dicintai oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW dalam Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.
"Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT daripada Bani Adam ketika Hari Raya 'Aidul Adha selain menyembelih haiwan qurban".
Hari ini 11 Zulhijjah 1435, umat Islam di Malaysia masih menyambut 'Aidul Adha dengan melaksanakan qurban samada dengan menyembelih lembu/kerbau atau kambing. Pagi ini masjid kariah ummi menetap menyembelih sebanyak 8 ekor lembu dan se ekor kambing.
Walau bagaimanapun, ummi tak berkesempatan turut serta mengambil bahagian untuk qurban di sini
kerana telah penuh quota sejak awal lagi.
QURBAN 1
Alhamdulillah pada tahun ini ummi tetap dapat menyertai Pertubuhan Ikram Malaysia (Alor Setar )dengan kerjasama Perkim Alor Setar melaksanakan qurban di Masjid Al 'Ali, Seberang Perak, Alor Setar. Sesiapa orang Kedah yang tak tahu di mana letaknya masjid tersebut, mai sini ummi nak habaq. Jarak antara masjid ini lebih kurang 150 meter dari rumah kelahiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir.
Hujan membasahi bumi Kedah sejak awal pagi hari pertama 'Aidul Adha. Proses penyembelihan dilaksanakan kelmarin (10 Zulhijjah 1435) jam 10 pagi dalam huran renyai-renyai.
Daging qurban yang telah dilapah kemudiannya ditimbang dan diagihkan kepada muallaf yang tinggal di kawasan sekitar.
QURBAN 2
Alhamdulillah ummi juga berkesempatan menyahut seruan Pertubuhan Ikram Malaysia (Pusat) di dalam melaksana qurban di negara umat Islam seluruh dunia yang dinamakan Qurban Kasih Ummah. Bersama Aqsa Syarif Berhad, pelaksanaan qurban ini telah memasuki tahun ke 15 dan dilaksanakan di 15 buah negara umat Islam.
Bagi sesiapa yang berminat untuk melaksanakan pada tahun hadapan boleh layari www.ramadan-qurban.org
Ummi telah memilih Syria di mana haiwan yang akan dikorbankan adalah seekor kambing.
Alhamdulillah update dari Aqsa Syarif bahawa ibadah qurban telah selamat dilaksanakan kelmarin.
Alhamdulillah qurban rakyat Malaysia melalui Ikram4Syria (QKU-Qurban
Kasih Ummah) telah disempurnakan oleh Ataa Relief. Jumlah kurban 285
ekor kambing dan 14 Aqiqah. Semuga Allah terima ibadah qurban tuan-puan
semua
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).
Ikram4Syria adalah agensi di bawah MyCARE.
Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).
Ikram4Syria adalah agensi di bawah MyCARE.
Walau di mana saja ibadat qurban ini dilaksanakan ,ianya bukanlah menjadi persoalan tetapi yang pentingnya ialah keikhlasan dalam melakukannya.
Pengorbanan hanya dapat dilakukan oleh orang yang terpilih oleh Allah SWT. Tiadalah kesanggupan melakukannya melainkan ke atas orang yan benar-benar bertaqwa dan juga bertawakkal kepada Allah sahaja.
"Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.
Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaiknya) orang-orang yang berusahasupaya baik amalnya." ( Surah al Hajj ayat 37)
Sekian dulu buat kali ini. Semoga apa yang ummi kongsikan ada manafaatnya buat semua.
Sekian dulu buat kali ini. Semoga apa yang ummi kongsikan ada manafaatnya buat semua.
0 comments:
Post a Comment