MISWAK - SUNNAH NABI yang hampir dilupakan

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan 

diberkati selalu hendaknya dalam kehidupan seharian.
Hari ini ummi nak berkongsi tentang satu amalan/sunnah Rasulullah SAW yang hampir dilupakan iaitu Miswak.

APA ITU MISWAK


Bagi yang tak pernah mendengarnya, mai sini ummi nak habaq.

Miswak atau siwak juga lebih dikenali dengan nama kayu sugi. Kayu siwak yang biasa digunakan adalah daripada sejenis kayu 'Ud Al-Arak". Kayu ini biasanya terdapat di Semenanjung Arab.

Amalan bersiwak/bersugi kini jarang-jarang sekali dilakukan oleh kita sebagai seorang Islam.
Ia sebenarnya merupakan sunnah/amalan Rasulullah SAW yang sering dilakukan sebelum menyempurnakan setiap pengambilan wuduk bagi menunaikan solat.

Kenapa Rasulullah SAW begitu mementingkan amalan siwak, serta menggalakkan umatnya sentiasa mengamalkannya :

           Dari riwayat Abu Hurairah ra daripada Rasulullah SAW:

          "Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku
           perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu" 
          (Muttafaq'alaihi). Al-Bukhari 1/283 nombor hadis (13458)
            dan dari Muslim 1/220 hadis 42/252.

 Daripada Saiyidatina Aisyah r.a. bahawasanya Rasullullah SAW bersabda:

                     


Add caption
                                     


                     







 (An-Nasaie 1/10, Ibnu Khuzaimah 1/70 nombor hadis 135)




KENAPA BERSIWAK PENTING DALAM ISLAM ?

    Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
  " Jadikan bersiwak itu satu amalan, kerana bersiwak itu menyihatkan 
     mulut dan merupakan sesuatu yang disukai Yang Maha Pencipta"
    (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

 "Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan 
   percakapan sia-sia, menggunakan miswak, duduk di dalam majlis 
  orang-orang saleh dan duduk di dalam majlis para ulama". 
                                                                          (Thibbi Nabawi)


RAHSIA KAYU SUGI DAN BERSIWAK
   
Berbagai penemuan ilmiah telah wujud dari sudut sains berkaitan katu siwak serta hikmahnya kepada kesihatan mulut dan gigi.
Beberapa kajian yang telah dikaji dan direkodkan oleh Profesor Doktor Abdullah Abdul Ar-Razak Mas'ud As-Sa'id di dalam bukunya yang bertajuk "Siwak,Perhatian Berat Dalam Pengamalannya Untuk Kesihatan Gigi" antaranya adalah:

1)  Secara saintifiknya mempunyai bahan anti-kulat. Juga sebagai bahan
     lawas untuk peghadaman. Malah kini terkenal di dalam penggunaan 
     anti pengaliran darah ( pembekuan darah ).
     Doktor Abdullah Abdul Razak menegaskan bahawa kayu siwak adalah 
     bersih serta ciri-ciri yang terkandung di dalamnya boleh membersihkan 
     gusi serta gigi manusia serta merawat luka kecil yang terdapat pada 
     gigi  kita serta menghalag pengaliran darah daripadanya.

2) Terdapat bahan yang mempunyai perkaitan dengan sejenis minyak 
     yang dinamakan "Sinigrin (minyak biji sawi atau mustard). Bau 
     minyak ini sangat kuat di samping rasanya pahit dan hangat seperti
      apa yang dirasai oleh sesiapa yang pertama kali menggunakan kayu 
      siwak. Kajian membuktikan miyak "sinigrin" boleh membantu 
      membunuh beberapa jenis kuman.

3)   Kajian oleh seorang ketua bagi Institut Kajian Kuman dan Wabak 
      di salah sebuah universiti di Jerman (Rostod Universiti) bahawa 
      kesan daripada bahan yang terdapat di dalam kayu siwak sama
      seperti kesan "Penisillin" (sejenis antibiotik) yang membantu malah 
      boleh membunuh  kuman dan salah satunya kuman "Staphylococcus".
      Perkara di atas juga dipersetujui oleh salah seorang hakim syarie 
      di Universiti Karachi Pakistan, Profesor Abdul Hamid yang mengatakan 
      bersiwak boleh membunuh lima (5) jenis kuman yang terdapat 
      pada mulut kita.

4)   Kajian yang lain mengatakan tumbuhan perubatan "Ud Al-Arak" 
      adalah sejenis tumbuhan yang strukturnya terdiri daripada fiber 
      yang mengandungi sodium karbonat. Sodium Karbonat ini  banyak 
      kelebihannya di dalam penghasilan ubat gigi. Kini setelah kajian 
      lebih meluas dilakukan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai 
     "Tannic Acid" telah dihasilkan daripada struktur kayunya. "Tannic Acid"
      boleh menghalang jangkitan pada gusi dan juga menghalang 
      pembentukan karies gigi.


CARA MENGGUNAKAN KAYU SUGI ATAU SIWAK 
 


 Video di atas adalah mengenai Gadis Inggeris yang mempromosikan cara-cara mengunakan siwak. Ada sedikit kesilapan yang beliau lakukan ,berbanding dianjurkan oleh Islam iaitu  cara yang sebenarnya memegang kayu siwak. 





BILA MASANYA PERLU UNTUK BERSIWAK

1.  Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

2.  Memasuki rumah dan bersama keluarga.
    Saiyidatina Aisyah ketika ditanya tindakan dilakukan Nabi s.a.w. apabila
    tiba di rumah, beliau  berkata : "Apabila baginda memasuki rumah,
    perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak."
                                                                           (Hadis riwayat Muslim)

3.  Bangun dari tidur.
     Huzaifah ibn Al Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun 
     pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak
     secara sempurna.                                        (Hadis riwayat Al Bukhari)

4.  Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan
     makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh 
     yang lama. 

5.  Ketika ke masjid.
     Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat 
     digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. 
     Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 31 yang bermaksud
      "Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah 
        berhias pada tiap kali kamu ke tempat solat"

6.  Apabila membaca al_Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya 
     majlis zikirullah(mengingati Allah.


FADHILAT BERSUGI/BERSIWAK

i -  Memudahkan menyebut syahadah ketika sakratulmaut
ii-  Keluasan pada kehidupan (tenang)
iii- Memurahkan rezeki
iv- Menghindarkan sakit dalam kepala
v-  Menghilangkan kahak
vi- Menguatkan gigi
vii-Mencerahkan mata
viii-Memudahkan hafazan
ix- Menyucikan hati
x-  Menambahkan kebajikan
xi- Menyukakan malaikat
xii-Menghinakan syaitan
xiii-Menghilangkan karang gigi
xiv-Memudahkan hancur makanan
xv- Mustajab doa
xvi-Mencerahkan muka
xvii-Disanjung oleh malaikat selepas solat  

Wallahu'alam.   
       
                               Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai
                                          untuk anda dan keluarga ?
                           Ingin menjana pendapatan 3,4 dan 5 angka sebulan
 
                                  dengan hanya duduk di rumah ?
                                 (bergantung pada usaha anda)

                                                 Hubungi  SHOPIAH untuk :

                                                  FREE CONSULTATION


                                                 AFFORDABLE PRICE and

                                          BUSINESS OPPORTUNITY WITH

              
   TheMostFantasticMillionairesInShaklee (MFMS) Empire


                               

                                                   Shaklee ID  :  963897
                                                sopieabdn64@gmail.com
                                  012-5705394 (SMS, WhatsApp @Telegram)




0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...