CABARAN MASTER - PART 2

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog Mardhatillah.
Semoga semua diredhai dan dirahmati Allah sentiasa hendaknya.

Hari ni ummi yang akan menyambung Cabaran Master - Part 2 : Apa yang bestnya terjebak dengan bisnes kali ini. Hingga terungkai janji dah tak nak buat bisnes MLM. Siap kena perli (ya ka? ) dengan anak dan suami. Sorry ya anak2 ummi dan juga jauzi. Sesiapa yang belum membaca Cabaran Master - Part 1


 Back to Basic
 Satu-satunya bisnes Multi Level Marketing yang ummi join, menekankan supaya berpegang teguh  dengan amalan-amalan yang sebenarnya menjadi saham di akhirat. Macam mana ummi tahu? Kan dah banyak MLM yang ummi join sebelum ni.Selalunya materiallah yang menjadi modal untuk menarik seorang join bisnes samada pakej pelancongan keluar negara atau bonus kereta mewah. 
 Antara amalan wajib yang ditekankan:

1.  Solat wajib pada awal waktu.
Tahukah semua bahawa bila kita mengerjakan solat pada awal waktu, masa kita akan terasa     panjang. Banyak kerja dapat diselesaikan. Kerja dapat dijalankan secara lancar. Kenapa ya?
Bila kita menjaga hak Allah iaitu segera mengabdi diri kepadaNya apabila selesai azan dilaungkan , maka Dia akan memudahkan segala urusan hidup kita. Yakinlah!!! 

2.  Solat Taubat. 
Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa perlu lakukan solat taubat. Dalam kehidupan seharian, kita tak terlepas melakukan dosa. Kita bukan sepertimana Rasulullah yang maksum dari melakukan  dosa.Tau tak dosa yang kita lakukan adalah menjadi hijab pada doa kita kepada Allah.

3.  Solat Tahajjud 
     Solat yang dilakukan pada sepertiga malam (lebih kurang pada pukul 3 atau 4 pagi)



4.  Solat Dhuha





5.  100 ayat al-Quran sehari

 

6.  Istighfar, Selawat, Zikir dan Doa.





Selawat


Zikir dan doa


 

 Semua amalan di atas bukan hanya WAJIB untuk orang yang baru join saja tau tetapi tetap ditekankan tanpa mengira pangkat mereka dalam organisasi, usia, tempoh berkecimpung dalam shaklee dan jumlah income. Sebab jika diabaikan perlahan-lahan tanpa sedar maka, perlahan-lahan jugalah mereka akan 'runtuh' dalam bisnes ini.  Tanpa amalan basic, ia ' umpama rumah tanpa tiang'.

Walaupun sebelum join bisnes ini ummi dah amalkan kebanyakan darinya tetapi sebenarnya banyak lagi yang perlu diperkemaskan. Ummi amat berharap ia akan menjadi saham akhirat bila ada anak-anak didik dalam bisnes ini mengamalkan dengan sebab kita menjadi pencetusnya.

TETAPI perlu diperingatkan juga apa yang dilakukan hendaklah SEMATA-MATA kerana Allah bukan sebab nak dapat sales dan sebab upline suruh.

"Ya Allah, andai ini adalah jalan untuk aku rapat denganMu, dapat memberi kebaikan kepada ramai orang, Kau permudahkan dan lapangkan perjalanan bisnes ini untukku Ya Allah, Amiin".

Niat yang betul

Persoalan yang sering ditanya oleh mentor:

 Sebab apa nak buat bisnes ini?

Yang pertama adalah dengan niat nak membantu lebih ramai orang supaya hidup lebih sihat.
Pertama kali ummi kenal produk dan bisnes ini, rasa sangat tercabar bila mereka yang dah berjaya
bukanlah berada dalam bidang perubatan. Kebanyakan adalah enginner dan guru. Ummi sebagai ahli farmasi merasakan sepatutnya ummilah yang berkongsi maklumat tentang kebaikan produk kesihatan ini.

Kedua adalah untuk membantu lebih ramai orang mendapat pendapatan melalui bisnes ini.

 Kalau nak diikutkan dengan pendapatan tetap (makan gaji) dah lebih mencukupi untuk kehidupan keluarga ummi yang memilih hidup secara sederhana. Bila memikirkan lebih ramai yang perlu ummi tolong samada dari segi sudut kesihatan masyarakat dan saudara mara yang pendapatan mereka dikategorikan di bawah paras kemiskinan maka perjuangan ini perlu diteruskan.

 Majoriti mereka yang telah berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam bisnes ini dengan bonus 6 angka menghampiri 1 juta adalah masih muda (baru berusia 30an).
Ummi amat berharap dengan terlibatnya ummi dalam bisnes ini dapat membuka minda anak-anak ummi sendiri terutamanya, anak saudara dan anak-anak muda yang agar minat berniaga. kita tahu kan berniaga adalah sunnah Rasulullah.

Disamping itu juga nak berkongsi kebaikan produk dimana produk Shaklee adalah selamat, berkesan dan mesra alam.
Produk Shaklee selamat kerana :
 i)  Lebih 83,000 ujian kualiti dilakukan setiap tahun
 ii) Lebih 350 ujian telah dijalankan ke atas bahan-bahan botani yang baru.

Produk Shaklee berkesan kerana :
i) menggunakan bahan-bahan semulajadi dan paling tulin  
 ii) disokong oleh buktian saintifik dan klinikal yang terdapat di dalam lebih 90 terbitan 'peer-review.

Bekerja Secara Jemaah

Menyertai bisnes MLM kali ini ummi dimasukkan dalam beberapa kumpulan whatsapp (sekarang dah berpindah ke telegram).

Kami saling belajar (dari ahli yang lebih tahu) dan mengajar ( kepada ahli yang baru join).

Mentor selalu menekankan kalau sesiapa yang nak berjaya hendaklah megikut orang yang dah berjaya. Jadi tidaklah kita terlanggar tembok dan rasa syok sendiri.

Kadangkala bila kita 'down' akan ada rakan-rakan yang memberikan motivasi untuk teruskan
perjuangan untuk memberi kepada lebih ramai yang memerlukan.


Mentor dan Ilmu

Sesiapa saja yang menyertai group Jutawan ini iaitu #Mfms TheMostHappeningGroupInMalaysia
sememang bertuah kerana ada mentor yang telah menghabiskan berpuluh ribu ringgit untuk belajar
berbagai ilmu tentang bisnes. Ilmu yang beliau pelajari dikongsikan secara percuma kepada anak didik dibawah susur galurnya secara percuma. Bertuah sesiapa yang join group ini kan!

Rugilah sesiapa yang tak mahu ikut amalkan apa yang telah siap terhidang di depan mata. Orang yang berjaya biasanya betul-betul ikut rapat-rapat (duplicate) apa yang mentor lakukan sampai berjaya.

Blog adalah satu medium yang amat baru bagi ummi. Bila mentor beritahu untuk berjaya di dalam bisnes online perlu ada blog, maka terpaksalah ummi belajar satu2nya teknik tak pernah ummi mimpikan untuk terlibat. Dahlah semasa zaman persekolahan dari peringkat rendah, subjek yang paling tak suka adalah karangan.

Selagi lagi ummi terpaksa belajar ilmu yang baru bagi peringkat umur ini di mana kebanyakan rakan-rakan seangkatan tak rela lagi mempelajarinya. Sampai satu tahap berbulan-bulan ummi tak update blog sebab banyaknya yang tak tahu , tak ada anak atau rakan terdekat yang boleh diminta tunjuk ajar.

Alhamdulillah , baru-baru bila diwujudkan group Blogger oleh Founder Mfms ummi mencabar diri join didalam group tersebut. Dapatlah ummi belajar sedikit sebanyak tentang menghasilkan artikel/perkongsian yang bagus di dalam blog.

Harapan ummi dengan menulis di blog ini ia menjadi ilmu yang bermanafaat, bila ada mengamalkannya menjadi saham di akhirat.

Sekian sahaja buat kali ini.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk seisi keluarga?.

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

                                                      HUBUNGI SAYA UNTUK:                                                                          
                                                                FREE CONSULTATION!!!
           
                                                                 BEST PRICE!!!
               
                                               BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



                                                     SHOPIAH  :  012-5705394.
                                                      Email: sopieabdn64@gmail.com

                                                                      PERCUMA

                                                             Ebook motivasi usahawan
                                                      
                                                                 

                                                              DOWNLOAD DI SINI 
                                                    
                                                     


Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 
 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman .Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di atas

SMOOTHIES APPLE

Assalamualaikum untuk semua pembaca blog Mardhatillah.

Semoga semuaa sihat sejahtera , diredhai dan dirahmati Allah sentiasa.

Hari ni ummi nak berkongsi resepi sarapan sihat . Buat khas untuk anakanda istimewa ummi sebelum ke hospital.
Biasalah routine dia ,tiap-tiap 3 minggu perlu untuk tranfuse darah bagi penyakit thalassemia majornya tu..

Ni resepinya :

2 cawan air tapisan GET CLEAN WATER
2 sudu besar ESP
2 sudu besar Meal Shakes
1 sudu kecil Vivix
1 biji apple hijau ( potong dadu)


  Semua bahan di atas diblend.




Inilah hasilnya




Selamat mencuba semua
.


 Semoga anakanda dan juga ummi akan lebih bertenaga hari ini ......



BUDAYA MELAYU VS AJARAN NABI

BismillahirRahmanirRahiim

Assalamualaikum buat anda yang sudi meluangkan masa membaca blog Mardhatillah .
 Moga ada manafaatnya dan dapat menambah sedikit ilmu yang dapat diamalkan dalam kehidupan seharian anda.

Hari ni ummi nak berkongsi tentang budaya kita orang Melayu yang majoriti lakukan berbanding apa yang nabi kita Rasullullah saw ajar atau praktikkan dalam kehidupannya.
Siapalah kita berbanding baginda yang telah Allah janjikan syuga Firdaus yang tertinggi.


Ustaz Zahazan Mohamad:
 Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAR, seorang isteri tidak diwajibkan menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukan, ia hanyalah
sebagai kesopanaan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan ) melakukannya. 
Maka sangatlah adil kalau suami bekerja,memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya manakala isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.

Itu isteri zaman ibu-ibu kita. Sekarang isteri sama-sama keluar bekerja di luar rumah mencari nafkah, maka sudah seharusnya para suami turut membantu kerja rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil.

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yang Rasulullah ajarkan. Saiyidatina Aisyah meriwayatkan Rasulullah ketika di rumahnya, bagindalah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.... 


Ustaz Nizam Kadir dalam satu forum mengatakan:

1.  Suami kena rajin, sampai siapkan makanan untuk isterinya hingga isteri boleh makan.

2.  Siapkan pakaian sampai tolong iron baju isteri.

3.  Siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami yang buat

Habis isteri ???

Isteri siapkan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis.

Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab itu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab itu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ini bukan tugas isteri. Tetapi hari ini perempuan buat kerja sampai tidak ada langsung masa rehat. Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat, mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Budaya kita orang Melayu bila nampak suami buat kerja lebih sikit terutama kerja-kerja rumah, kita kata isteri dia queen control, padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. At last penat dapat, dosa pun dapat. Tulah agaknya ramai perempuan yang masuk neraka.


Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumahtangga Tuan Hj Hussim, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah.
Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya. Katanya :
"Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecil,
 sayalah tukang cuci punggung anak-anak,
 salin lampin sampai anak pancut kat muka,
 sayalah tukang basuh baju lampin semua... tu kerja saya.
Isteri saya kata, "abang, malam-malam abang ambik alih buat kerja tu semua, ok"... kita sama-sama kerja.

"Saya nak bagi tahu, dalam hidup berumahtangga, suami kena rajin, tak boleh malas.
Lani dah senang, baru saya cari pembantu rumah kat isteri saya.
Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumahtangga selama ini.
Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku."


Kesimpulannya:
 
 Menjadi ISTERI tidak penat, jika suami faham tanggungjawab.

Menjadi SUAMI tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu...sama-sama memuliakan antara satu sama lain

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA KITA SEMUA.

CABARAN MASTER - Part 1 (Bagaimana boleh terjebak dengan bisnes)

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum buat semua yang membaca blog ini,anak-anak ummi,saudara mara,rakan-rakan susur galur #MFMSThe Most Happenning Shaklee Group In Malaysia dan rakan-rakan fb .
 Semoga semua diberkati dan dirahmati Allah .

Dah berbulan tak update blog ni yang dengan susah payah dibina, dah bersawang & ber'hantu' agaknya ya.

Menyahut cabaran Master MFMS untuk menulis pengalaman bersama Shaklee, maka diriku terpanggil untuk berkongsi bagaimana boleh terjebak dalam bisnes ini.

Sejak dari umur 20an, ummi telah disahkan mengidap Rheumatoid Arthritis (insyaallah bila berkelapangan akan dituliskan tentang penyakit ini).
Maka sebagai ahli farmasi,ummi sebenarnya tak mengamalkan ubat-ubatan moden yang terdapat di hospital/farmasi.

Sebabnya bila diteliti kembali,semua ubat2 untuk rawatan penyakit RA ada kesan sampingan pada darah. Ummi juga ada anemia, pernah ditegur pensyarah kerana muka yang pucat.

Rupanya bila dah berkahwin dan melahirkan anak ke 5,barulah diketahui ummi adalah pembawa thalassemia(thalassemia trait).

Ummi memang suka mencari supplemen2 yang boleh mengurangkan simptom2 penyakit RA ummi.
Banyak jugalah MLM yang telah ummu join . Pada tahun 2010,ummi join dgn syarikat MLM bumiputra Islam yang cuba membina tapak dalam industi MLM.
Bila syarikat tersebut ada masalah, maka tekad di hati dah tak mahu terlibat dengan mana2 MLM lagi. Lebih2 lagi ada terbaca tulisan seorang ustaz ,kebanyakan MLM adalah tidak mematuhi syariah.

Sebenarnya dah lama ummi mengikuti blog mariafirdaus bermula dari blog muhdkamil,sampailah bila ummi terbaca entri tentang ibunya terpaksa menjalani pembedahan pada lutut akibat osteoporosis. Ummi tak nak perkara yang sama berlaku pada ummi jika diizinkan Allah sampai kepada umur 60 an.

Untuk pengetahuan semua,sebelum ini memang ummi ada mengambil suplemen glucosamine yang terdapat di farmasi tetapi kebanyakannya tak serasi (menganggu sistem badan melibatkan hormon)
dengan ummi.

Bermulalah ummi sebagai pengguna suplemen shaklee dengan mengambil SET SENDI/LUTUT pada 21 Ogos 2013.dengan free keahlian di bawah Empire MariafirdausMillonaireInShaklee. Kami(ummi dan Master Maria) tak pernah pun berjumpa lagi hingga ke saat blog ini ditulis. Hebat tak penangan blog dan mudah tak, kalau sesiapa nak berbisnes secara online???



Setelah mengamalkan secara konsisten selama 2 minggu, alhamdulillah sakit pada pinggang ummi(kesan pembedahan melahirkan anak bongsu pada 13 tahun lalu, dari ubat bius ) tak lagi dirasai.
Tujuan makan set sendi untuk jaga lutut sebaliknya sakit lain pula yang dapat diubati.

Apabila kita memperolehi  kebaikan daripada produk ni ,tak kan la nak simpan sorang2 kan. Ummi berkongsi kebaikan dengan rakan-rakan yang seangkatan usia untuk masalah yang sama ini.

Alhamdulillah bermula dengan bonus 2 angka pada bulan pertama- pembelian suplemen dengan free keahlian meningkat bulan kedua dengan bonus 3 angka seterusnya 4 angka.
Tetapi bukan duit ini yang menjadi motivasi dan dititikberatkan bila sesiapa yang join group MariafirdausMillonaireInShaklee (tunggu entri Cabaran Master - Part 2)

Sekian dulu untuk entri ini. Doakan moga ummi kental semangat untuk menulis bagi berkongsi kebaikan untuk semua pembaca blog ini. Moga2 ia menjadi ilmu yang bermanafaat dan diterima sebagai amal  salehyang diterima Allah. Aamiin

Insyaallah Part 2 akan menyusul..

                                                                 
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk seisi keluarga?.

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

                                                      HUBUNGI SAYA UNTUK:                                                                          
                                                                FREE CONSULTATION!!!
           
                                                                 BEST PRICE!!!
               
                                               BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


                                                     SHOPIAH  :  012-5705394.
                                                      Email: sopieabdn64@gmail.com

                                                                      PERCUMA

                                                             Ebook motivasi usahawan
                                                      
                                                                 

                                                              DOWNLOAD DI SINI 
                                                    
                                                     


RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...