BUDAYA MELAYU VS AJARAN NABI

BismillahirRahmanirRahiim

Assalamualaikum buat anda yang sudi meluangkan masa membaca blog Mardhatillah .
 Moga ada manafaatnya dan dapat menambah sedikit ilmu yang dapat diamalkan dalam kehidupan seharian anda.

Hari ni ummi nak berkongsi tentang budaya kita orang Melayu yang majoriti lakukan berbanding apa yang nabi kita Rasullullah saw ajar atau praktikkan dalam kehidupannya.
Siapalah kita berbanding baginda yang telah Allah janjikan syuga Firdaus yang tertinggi.


Ustaz Zahazan Mohamad:
 Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAR, seorang isteri tidak diwajibkan menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukan, ia hanyalah
sebagai kesopanaan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan ) melakukannya. 
Maka sangatlah adil kalau suami bekerja,memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya manakala isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.

Itu isteri zaman ibu-ibu kita. Sekarang isteri sama-sama keluar bekerja di luar rumah mencari nafkah, maka sudah seharusnya para suami turut membantu kerja rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil.

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yang Rasulullah ajarkan. Saiyidatina Aisyah meriwayatkan Rasulullah ketika di rumahnya, bagindalah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.... 


Ustaz Nizam Kadir dalam satu forum mengatakan:

1.  Suami kena rajin, sampai siapkan makanan untuk isterinya hingga isteri boleh makan.

2.  Siapkan pakaian sampai tolong iron baju isteri.

3.  Siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami yang buat

Habis isteri ???

Isteri siapkan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis.

Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab itu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab itu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ini bukan tugas isteri. Tetapi hari ini perempuan buat kerja sampai tidak ada langsung masa rehat. Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat, mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Budaya kita orang Melayu bila nampak suami buat kerja lebih sikit terutama kerja-kerja rumah, kita kata isteri dia queen control, padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. At last penat dapat, dosa pun dapat. Tulah agaknya ramai perempuan yang masuk neraka.


Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumahtangga Tuan Hj Hussim, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah.
Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya. Katanya :
"Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecil,
 sayalah tukang cuci punggung anak-anak,
 salin lampin sampai anak pancut kat muka,
 sayalah tukang basuh baju lampin semua... tu kerja saya.
Isteri saya kata, "abang, malam-malam abang ambik alih buat kerja tu semua, ok"... kita sama-sama kerja.

"Saya nak bagi tahu, dalam hidup berumahtangga, suami kena rajin, tak boleh malas.
Lani dah senang, baru saya cari pembantu rumah kat isteri saya.
Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumahtangga selama ini.
Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku."


Kesimpulannya:
 
 Menjadi ISTERI tidak penat, jika suami faham tanggungjawab.

Menjadi SUAMI tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu...sama-sama memuliakan antara satu sama lain

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA KITA SEMUA.

0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...