OMEGA OH OMEGA

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan 

diberkati selalu hendaknya dalam kehidupan seharian.

Apa yang akan terlintas di fikiran anda ,bila ada yang menyebut Omega
Adakah ia satu jenama jam tangan atau jam dinding. Sebenarnya hari ini, ummi nak berkongsi salah satu produk Shaklee iaitu  Omega Guard.



Kandungan Omega Guard

Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Kelebihan omega guard berbanding minyak ikan yang lain adalah;

1.   Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut sejuk (sardin, 
      mackerel,herring,anchovies) di perairan Jepun. Ia bukan
     daripada hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat
     dari  ketumpatan hati minyak ikan.

2.   Omega Guard dihasilkan menggunakan kaedah ultratulen bergred 
      farmaseutikal teknologi terkini. Kaedah ini adalah suatu proses
      penyulingan proprietari tiga molekul iaitu untuk mengekstrak asid
      lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Di samping
      itu kaedah ini juga menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,
      raksa (merkuri ), kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated 
      biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik ). 
     
      Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang yang lain menggunakan
      kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan,
      yang mana kaedah tersebut bukan sahaja memusnahkan sesetengah
      nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang
      membahayakan kesihatan.

       
Kenapa kita perlu ambil Omega Guard

Asid Lemak Omega 3 yang merupakan asid lemak penting tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan.
Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

Manafaat Utama Omega Guard

1.  Membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk
     menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul
     daripada punca andropos (bagi lelaki). Bagi wanita, ia mengimbangi 
     perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan 
     PMS , untuk kulit licin dan kemerah-merahan.

2.  Membantu mencegah penyakit saluran darah dan mengurangkan risiko
     serangan jantung (strok). DHA dan EPA membantu mengekalkan tahap
     kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL.
     Apabila kolesterol rendah ,ia dapat menhindar pembekuan darah
     di dalam badan.

3.  Membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
     Dengan itu dapat membantu dalam masalah asma (penyakit lelah),
     bronkitis. alahan kulit, psoriasis, hepatitis dan SLE.

4.  Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu
     perkembangan memori. DHA adalah nutrien utama untuk otak,
     sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya 3 bulan terakhir
     perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu
     mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA membantu 
     meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara
     penglihatan dan pendengaran.
kredit to mama2r.com
                                



5.  Kanser - kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu
     mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan usus besar. Ia
     juga boleh membantu merangsang kesihatan hati selepas
     pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi
     dengan lebih efektif.

6.  Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis).
     Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh
     membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

7.  Membantu megurangkan tekanan (stress) dan insomnia.
     Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai
     keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam 
     perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan,
     anxiety (kebimbangan ), insomnia, autism dan kanak-kanak hiperaktif.  


Perbandingan Produk
    
kredit to sakinahmk.blogspot.com.    





 
   Berdasarkan jadual di atas , walaupun total minyak ikan satu kapsul
   Pristin 1200 mg tetapi total Omega-3nya hanya 660mg. Sebaliknya
   satu kapsul Omega Guard 1000 mg membekalkan 905 mg Omega-3.


Siapa Yang Sesuai/ Perlu Omega Guard - klik di sini

Testimoni Pengguna

Kedua topik di atas akan ummi kongsikan dalam entri seterusnya. Sekian dulu untuk kali ini.
         
Jika tidak keberatan, jika tidak menyusahkan anda, jika anda rasa entri ini adalah suatu yang bermanfaat dan perlu disebarkan, mohon anda tekan button SHARE.

                                          
                           Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai
                                          untuk anda dan seisi keluarga ?
                           Ingin menjana pendapatan 3,4 dan 5 angka sebulan
 
                                  dengan hanya duduk di rumah ?
                                 (bergantung pada usaha anda)

                                                 Hubungi  SHOPIAH untuk :

                                                  FREE CONSULTATION


                                                 AFFORDABLE PRICE and

                                          BUSINESS OPPORTUNITY WITH


              
   TheMostFantasticMillionairesInShaklee (MFMS) Empire


                               

                                                   Shaklee ID  :  963897
                                                sopieabdn64@gmail.com
                                  012-5705394 (SMS, WhatsApp @Telegram)


ISLAM HIDUP MATIKU


BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamu'alaikum buat anda yang sudi mengunjungi blog Mardhatillah.
Didoakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati serta diberkati Allah selalu hendaknya.

Tentu pembaca tertanya-tanya apa yang ingin ummi kongsikan tentang tajuk entry kali ini. Sebenarnya ia adalah nama sebuah pusat jagaan iaitu Pusat Jagaan IHMK (Islam Hidup Mati Ku ). Ianya bernaung di bawah Pertubuhan Kembali Bersinar Malaysia iaitu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).


















Ummi berkesempatan mengunjungi pusat tersebut pada hari rabu minggu lepas bersama-sama Ketua Wanita Pertubuhan Wanita Ikram Alor Setar dan Ketua Muslimat Pas Kubang Pasu.

Pusat Jagaan IHMK ini dikendalikan oleh Puan Rohani bt Hassan. Beliau yang mempunyai 7 orang anak rela terpisah dengan suami dan anak-anak demi menguruskan anak yatim, fakir miskin, remaja insaf juga oku. Suami dan anak sulungnya juga mengendalikan rumah/pusat jagaan seperti yang beliau jalankan. Mereka hanya dapat berkumpul sekeluarga pada hari raya.

Betapa masih ada insan yang berhati mulia seperti beliau sanggup menghabiskan masa dalam hidupnya untuk mengambil peduli tentang anak-anak ini.

Pusat jagaan yang baru setahun beroperasi ini tidak lagi mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menurut Puan Rohani , beliau telah cuba mendapatkannya tetapi ianya masih dalam proses.

Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita pulalah untuk menghulurkan sumbangan yang termampu.
Agar ianya menjadi pencen kubur kita.

Terdapat 9 orang anak remaja dan 12 orang anak kecil di Pusat Jagaan IHMK.



Kunjungan kami bertiga bertujuan menghulurkan sedikit bantuan berupa makanan kering dan sejumlah wang. Terkini pusat ini menghadapi masalah kewangan iaitu sewa rumah yang tertunggak
Rm 650 untuk rumah sebelumnya. Sebelum ini, beliau menyewa 2 buah rumah untuk menempatkan
anak-anak remaja seramai 12 orang.









Pusat jagaan IHMK menerima semua bentuk sumbangan termasuk bahan makanan kering dan basah,
bahan pencuci, bahan bacaan, pampers tenaga, kemahiran dan sebagainya.

Jika tidak keberatan, jika tidak menyusahkan anda, jika anda rasa entri ini adalah suatu yang bermanfaat dan perlu disebarkan, mohon anda tekan button SHARE.
Namun, jika anda rasa entri ini tidak bermanfaat, anda tidak perlu berbuat demikian.

Semoga apa yang ummi kongsikan ini akan dapat membantu dan memberi inspirasi kepada kita semua untuk sama-sama mencari keredhaan Allah.


BERTUAHNYA KITA KERANA GST

BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum wrth kepada semua yang sudi berkunjung ke  blog Mardhatillah.
Didoakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya.

Hari ini ummi nak berkongsi maklumat dari seorang penulis yang juga merupakan seorang ahli peniagaan. Beliau adalah orang yang akan terlibat secara langsung dengan GST dan amat terkejut dengan realiti yang akan berlaku apabila GST dilaksanakan. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya masih kabur tentang GST ini dan ramai yang tidak merasa terkesan.

 615x300

"Beberapa hari lepas, saya telah pergi kursus GST di kastam Kelana Jaya. Tiada tujuan lain melainkan ingin mendaftar kerana saya merupakan seorang ahli perniagaan.
Di sini saya akan ceritakan bagaimana GST dilaksanakan, rupanya ianya amat menguntungkan 
kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit tetapi TIDAK kepada pengguna. Setelah saya tamat berkursus dengan bangga! Cara pengiraan GST adalah begini:

Contoh....

Sebiji aircond yang dibuat oleh pengilang ,segala bahan materialnya akan dikenakan cukai GST sebanyak 6% dari harga asalnya , sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan dikenakan cukai GST 6% untuk setiap material , ini menjadikan sebuah aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM700.00 , ia akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM784.00.

Kemudian penglang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond meningkat kepada RM 831.00.

 Seterusnya , pemborong pula akan menjual kepada peruncit dengan cukai GST 6% ditambah dengan mengambil keuntungan RM50 menjadikan harga aircond 1.0 hp itu kepada RM 831.00+ RM 50 + 6% GST = RM 933.90 

Peruncit pula akan menjual kepada pemasang dengan menambah keuntungan RM50 + RM 933.90 + 6% GST = RM1042.40.

Diikuti pemasang pula akan mengenakan bayaran pemasangan sebanyak RM250 + RM1042.40 + 6% GST =RM1369.60

* Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebuah aircond 1.0 hp hingga terpasang di rumah anda adalah RM1369.60/100 x 70 = RM 958.70  sahaja!
 INI bermakna anda WAJIB menambah RM 411.00 lagi setelah GST dilaksanakan pd 1 APRIL 2015 di kongsi-kongsikan oleh kerajaan,pembekal,pengilang,pemborong,peruncit dan pemasang!

Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna sahaja tidak boleh claim ,bunyinya seperti indah bukan? Tetapi sebenarnya pengguna terpaksa membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yang memang telah kaya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini .Rakyatlah yang akan tanggung semuanya!

Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di Malaysia , maka secara realitinya, 3/4 rakyat Malaysia akan dikenakan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan bermula 1 April 2015 nanti..

Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barang sekalipun. Ini akan menyebabkan kecairan wang  dalam negara tidak berlaku, ekonomi dalam negara akan lembab, permintaan kurang dan pengeluaran akan berlebihan kemudian kerajaan akan tumbang!

Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang  lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi . Ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar GST akan gulung tikar.

Rumusannya, inilah gaya kapitalis terbaru dalam menjerut leher rakyat marhain di Malaysia. Cukai ini dipaksa sebanyak 30% ke atas rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah dan cukup-cukup makan.



Tetapi mungkin juga ada yang berkata , " kami tak guna aircond" .Tetapi cuba bayangkan bila harga alat ganti kenderaan dikenakan 6%?? Secara tak langsung ,kita dapat banyangkan apa sahaja yang dibawa oleh kenderaan itu akan turut naik walau serbuk kari sekalipun...

Persoalannya, di manakah pakar-pakar ekonomi kita yang kononnya hebat hingga perkara sebegini jelas penindasannya boleh berlaku?"

Tolong ambil serius  perkara ini sebelum segala-galanya terlewat.

Apa tindakan anda apabila terpaksa berhadapan dengan situasi perbelanjaan isi rumah yang sudah pasti akan meningkat. Menyalahkan dan menudung jari saja tidak menyelesaikan masalah.

Di sini ummi ingin mempelawa sesiapa yang berminat dan ingin merubah hidup yang biasa-biasa kepada LUAR BIASA. JOM..Cari Side Income bersama-sama.


                                               Ingin menjana pendapatan 3,4 dan 5 angka 
                                                     dengan hanya duduk di rumah ?
                                                      (bergantung pada usaha anda)

                                                Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai
                                                       untuk anda dan seisi keluarga ?

                                                        Hubungi  SHOPIAH untuk :

                                                           FREE CONSULTATION
                                                 AFFORDABLE PRICE and
                                          BUSINESS OPPORTUNITY WITH
                                MFMS  (Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee)
                                                                Empire
                               TheMostHappenningShakleeGroupInMalaysia 

                                                   Shaklee ID  :  963897
                                                sopieabdn64@gmail.com
                                  012-5705394 (SMS, WhatsApp @Telegram)

 

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE DI BAWAH MFMS EMPIRE

BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum wrth kepada semua yang sudi berkunjung ke  blog Mardhatillah.
Didoakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya.

Alhamdulillah, Produk Shaklee memang mendapat sambutan yang amat baik bagi yang menggunakannya.

Terutamanya Set Hamil,  Set Bersalin dan Set Menyusu. Tak kurang juga Set Sendi, Set Kesihatan Jantung, Set Kecantikan Kulit, Set Resdung , Set Slimming dan banyak lagi. Syukur Alhamdulillah.

Sebenarnya Shaklee ada banyak lagi produk dan vitamin kesihatan yang lain. Sesuai untuk kanak-kanak, lelaki, wanita dan orang tua. 

Kiranya produk Shaklee ni memang sangat sesuai untuk semua golongan dan seisi keluarga. 



Alhamdulillah, berdasarkan maklumbalas dari pengguna/pelanggan, memang ramai yang sudah merasai kesannya. Mereka berpuas hati dengan set yang mereka makan.

Alhamdulillah, ramai di antara pelanggan, bila nak buat repeat sale, mereka terus berminat untuk jadi ahli. 

Memandangkan ramai yang bertanya bagaimana hendak menjadi ahli Shaklee, jadi dalam entry kali ini ummi nak berkongsi tentang bagaimana caranya dan kebaikan menjadi ahli Shaklee terutamanya di bawah #MFMS EmpireTheMostFantasticMillionairesShakleeInMalaysia.




CARA MENJADI AHLI SHAKLEE
 
Ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:-

1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 Postage. Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi katalog, panduan tentang produk dan business manual.


ATAU                     
 
2) Buat pembelian dalam 1 RESIT sebanyak 200 point UV (Unit Value), iaitu bersamaan dengan RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM65) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+) iaitu penjimatan sehingga RM100+.

Anda boleh hubungi ummi untuk mendaftar, atau gunakan Shaklee ID :  963897  SHOPIAH sebagai SPONSOR. 


MAINTAIN POINT DAN BONUS                                                                                                                      
Nak jadi ahli Shaklee adalah sangat mudah.
 
Cuma daftar jadi ahli, gunakan produknya, kumpul points dan bila anda dapat certain points dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Best kan. Makan sendiri saja pun dah boleh dapat bonus. 

Jadi bonus tu dah boleh cover kos produk yang anda makan setiap hari. Kan dah jimat kat situ.

Just nak share, yuran keahlian yang anda bayar tu cuma SEKALI SEUMUR HIDUP. Tak payah renew every year. Boleh pakai seumur hidup.

Kalau anda cuma nak makan sendiri, tak payah maintain points bulanan atau minimum belian. 

Cuma gunakan produk, dan share dengan kawan-kawan dan saudara-mara saja. Kalau mereka berminat, boleh beli dengan ID anda. Anda boleh beli pada harga yang murah. Iaitu 25% lebih murah daripada harga pasaran.

Tapi kalau anda ingin mulakan bisnes dan dapat CASH BONUS, barulah anda perlu mempunyai points tertentu setiap bulan.  

 
KELEBIHAN MENJADI AHLI DI BAWAH MFMS

1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli iaitu 25% kurang dari harga pasaran.

2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus juga.

3) BERPELUANG membuat bisnes Shaklee (online dan offline) dengan bantuan MENTOR. Jadi tak perlu la langgar tembok berkali-kali  untuk berjaya.

4) ACCESS kepada SPECIAL SECRET GROUP MFMS untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee.
 
5) Berpeluang untuk mendapatkan
ebook ISTIMEWA.                                                                 
             DOWNLOAD DI SINI 
                                                    

                                                                                                                                                 
 6) Mereka yang register dengan ummi, ummi akan masukkan mereka dalam group MFMS Shaklee di Facebook. Dalam group ini, anda akan didedahkan dengan rahsia bagaimana menjalankan bisnes secara online. Di sini juga, anda dapat membaca testimoni Rahsia Kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan online ini.

Di situ, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat. Apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini.
Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam group itu, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya.
Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda ke atas. Tak ada orang yang nak tolak anda ke bawah.
Sebab itulah saya rasakan, senang buat business online ni. Dengan bantuan mentor yang dah expert dan lama dalam perniagaan ni. Ikut saja cakap dan cara mereka.


 7) Anda akan diberikan video SPECIAL yang dibuat oleh mentor iaitu Pengasas MFMS yang mendedahkan pelbagai rahsia kejayaan mereka dalam bisnes Shaklee.



8) Anda juga berpeluang untuk mendapatkan berbagai ilmu di sebuah BLOG RAHSIA khas untuk ahli group MFMS sahaja .
 

 
 

 9) Anda juga dijemput menyertai group telegram MFMS. Di situ anda berpeluang untuk bertanya berbagai soalan mengenai produk dan soalan anda akan dijawab oleh rakan-rakan yang lebih berpengalaman. 
10) Anda juga akan dijemput ke group BLOGGER telegram MFMS. Di situ anda boleh belajar cara menulis blog yang betul. Ummi pun masih lagi belajar ni untuk buat yang terbaik.                                                                                                                                                     
SELAMAT DATANG

Ummi ingin ucapkan Selamat Datang kepada ahli-ahli Shaklee yang baru mendaftar di bawah group # MFMS EmpireTheMostFantasticMillionaireShakleeInMalaysia. 
Jom lebih sihat dengan supplemen Shaklee!!




Terima kasih kerana sudi membaca :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Shopiah
Shaklee ID : 
963897 
sopieabdn64@gmail.com
012-5705394 (Call, SMS, WhatsApp/ Telegram)

 

MISWAK - SUNNAH NABI yang hampir dilupakan

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan 

diberkati selalu hendaknya dalam kehidupan seharian.
Hari ini ummi nak berkongsi tentang satu amalan/sunnah Rasulullah SAW yang hampir dilupakan iaitu Miswak.

APA ITU MISWAK


Bagi yang tak pernah mendengarnya, mai sini ummi nak habaq.

Miswak atau siwak juga lebih dikenali dengan nama kayu sugi. Kayu siwak yang biasa digunakan adalah daripada sejenis kayu 'Ud Al-Arak". Kayu ini biasanya terdapat di Semenanjung Arab.

Amalan bersiwak/bersugi kini jarang-jarang sekali dilakukan oleh kita sebagai seorang Islam.
Ia sebenarnya merupakan sunnah/amalan Rasulullah SAW yang sering dilakukan sebelum menyempurnakan setiap pengambilan wuduk bagi menunaikan solat.

Kenapa Rasulullah SAW begitu mementingkan amalan siwak, serta menggalakkan umatnya sentiasa mengamalkannya :

           Dari riwayat Abu Hurairah ra daripada Rasulullah SAW:

          "Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku
           perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu" 
          (Muttafaq'alaihi). Al-Bukhari 1/283 nombor hadis (13458)
            dan dari Muslim 1/220 hadis 42/252.

 Daripada Saiyidatina Aisyah r.a. bahawasanya Rasullullah SAW bersabda:

                     


Add caption
                                     


                     







 (An-Nasaie 1/10, Ibnu Khuzaimah 1/70 nombor hadis 135)




KENAPA BERSIWAK PENTING DALAM ISLAM ?

    Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
  " Jadikan bersiwak itu satu amalan, kerana bersiwak itu menyihatkan 
     mulut dan merupakan sesuatu yang disukai Yang Maha Pencipta"
    (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

 "Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan 
   percakapan sia-sia, menggunakan miswak, duduk di dalam majlis 
  orang-orang saleh dan duduk di dalam majlis para ulama". 
                                                                          (Thibbi Nabawi)


RAHSIA KAYU SUGI DAN BERSIWAK
   
Berbagai penemuan ilmiah telah wujud dari sudut sains berkaitan katu siwak serta hikmahnya kepada kesihatan mulut dan gigi.
Beberapa kajian yang telah dikaji dan direkodkan oleh Profesor Doktor Abdullah Abdul Ar-Razak Mas'ud As-Sa'id di dalam bukunya yang bertajuk "Siwak,Perhatian Berat Dalam Pengamalannya Untuk Kesihatan Gigi" antaranya adalah:

1)  Secara saintifiknya mempunyai bahan anti-kulat. Juga sebagai bahan
     lawas untuk peghadaman. Malah kini terkenal di dalam penggunaan 
     anti pengaliran darah ( pembekuan darah ).
     Doktor Abdullah Abdul Razak menegaskan bahawa kayu siwak adalah 
     bersih serta ciri-ciri yang terkandung di dalamnya boleh membersihkan 
     gusi serta gigi manusia serta merawat luka kecil yang terdapat pada 
     gigi  kita serta menghalag pengaliran darah daripadanya.

2) Terdapat bahan yang mempunyai perkaitan dengan sejenis minyak 
     yang dinamakan "Sinigrin (minyak biji sawi atau mustard). Bau 
     minyak ini sangat kuat di samping rasanya pahit dan hangat seperti
      apa yang dirasai oleh sesiapa yang pertama kali menggunakan kayu 
      siwak. Kajian membuktikan miyak "sinigrin" boleh membantu 
      membunuh beberapa jenis kuman.

3)   Kajian oleh seorang ketua bagi Institut Kajian Kuman dan Wabak 
      di salah sebuah universiti di Jerman (Rostod Universiti) bahawa 
      kesan daripada bahan yang terdapat di dalam kayu siwak sama
      seperti kesan "Penisillin" (sejenis antibiotik) yang membantu malah 
      boleh membunuh  kuman dan salah satunya kuman "Staphylococcus".
      Perkara di atas juga dipersetujui oleh salah seorang hakim syarie 
      di Universiti Karachi Pakistan, Profesor Abdul Hamid yang mengatakan 
      bersiwak boleh membunuh lima (5) jenis kuman yang terdapat 
      pada mulut kita.

4)   Kajian yang lain mengatakan tumbuhan perubatan "Ud Al-Arak" 
      adalah sejenis tumbuhan yang strukturnya terdiri daripada fiber 
      yang mengandungi sodium karbonat. Sodium Karbonat ini  banyak 
      kelebihannya di dalam penghasilan ubat gigi. Kini setelah kajian 
      lebih meluas dilakukan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai 
     "Tannic Acid" telah dihasilkan daripada struktur kayunya. "Tannic Acid"
      boleh menghalang jangkitan pada gusi dan juga menghalang 
      pembentukan karies gigi.


CARA MENGGUNAKAN KAYU SUGI ATAU SIWAK 
 


 Video di atas adalah mengenai Gadis Inggeris yang mempromosikan cara-cara mengunakan siwak. Ada sedikit kesilapan yang beliau lakukan ,berbanding dianjurkan oleh Islam iaitu  cara yang sebenarnya memegang kayu siwak. 





BILA MASANYA PERLU UNTUK BERSIWAK

1.  Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

2.  Memasuki rumah dan bersama keluarga.
    Saiyidatina Aisyah ketika ditanya tindakan dilakukan Nabi s.a.w. apabila
    tiba di rumah, beliau  berkata : "Apabila baginda memasuki rumah,
    perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak."
                                                                           (Hadis riwayat Muslim)

3.  Bangun dari tidur.
     Huzaifah ibn Al Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun 
     pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak
     secara sempurna.                                        (Hadis riwayat Al Bukhari)

4.  Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan
     makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh 
     yang lama. 

5.  Ketika ke masjid.
     Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat 
     digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. 
     Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 31 yang bermaksud
      "Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah 
        berhias pada tiap kali kamu ke tempat solat"

6.  Apabila membaca al_Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya 
     majlis zikirullah(mengingati Allah.


FADHILAT BERSUGI/BERSIWAK

i -  Memudahkan menyebut syahadah ketika sakratulmaut
ii-  Keluasan pada kehidupan (tenang)
iii- Memurahkan rezeki
iv- Menghindarkan sakit dalam kepala
v-  Menghilangkan kahak
vi- Menguatkan gigi
vii-Mencerahkan mata
viii-Memudahkan hafazan
ix- Menyucikan hati
x-  Menambahkan kebajikan
xi- Menyukakan malaikat
xii-Menghinakan syaitan
xiii-Menghilangkan karang gigi
xiv-Memudahkan hancur makanan
xv- Mustajab doa
xvi-Mencerahkan muka
xvii-Disanjung oleh malaikat selepas solat  

Wallahu'alam.   
       
                               Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai
                                          untuk anda dan keluarga ?
                           Ingin menjana pendapatan 3,4 dan 5 angka sebulan
 
                                  dengan hanya duduk di rumah ?
                                 (bergantung pada usaha anda)

                                                 Hubungi  SHOPIAH untuk :

                                                  FREE CONSULTATION


                                                 AFFORDABLE PRICE and

                                          BUSINESS OPPORTUNITY WITH

              
   TheMostFantasticMillionairesInShaklee (MFMS) Empire


                               

                                                   Shaklee ID  :  963897
                                                sopieabdn64@gmail.com
                                  012-5705394 (SMS, WhatsApp @Telegram)




RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...