12 PETUA HILANGKAN BATUK SECARA ALAMI


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wrth

Apa khabar saudara/i yang dikasihi hari ni. Sihat??? Atau demam dah baik tetapi selsema dah batuk masih belum hilang. Dah bermacam ubat yang dah cuba samada dari klinik kerajaan, swasta atau farmasi. Tetapi masih belum sembuh. 
Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa kewajipan kita hanya berusaha ya, yang menyembuhnya dengan izin Allah.

Ada tak yang nak mencuba cara alami iaitu menggunakan bahan2 yang semulajadi dan ada di dapur kita.

Meh ummi kongsikan:

PETUA HILANGKAN BATUK

1. MINUM AIR SUAM

Minum air suam lebih sebab ia akan tolong cairkan kahak kat tekak. Kalau batuk kering pulak, ia akan lincirkan tekak jadi tak ada rasa gatal gatal sangat. Memang doktor pun galakkan minum air suam banyak banyak. Jangan nak minum minuman berkafein sebab nanti tekak akan jadi kering. Begitu juga air sejuk yang dicampur ketulan ais.

2. BERKUMUR DENGAN AIR GARAM.

Campur 1 sudu teh garam dengan air suam, kacau rata. Pastu berkumur dalam  15 saat. Petua ini boleh legakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan bantu  keluarkan  kahak di tekak.

3. HALIA + LEMON + MADU

Tumbuk lumat halia, ambik airnya. Campurkan air halia dengan madu, jus lemon dan air biasa. Semua bahan kita agak agak ja. Minum air ni sekerap yang boleh tapi kena suam ya.


4. AIR REBUSAN HALIA

Rebus halia dalam besar ibu jari kita dengan 2 gelas air. Guna ibu jari tangan ja, tak payah sampai ke kaki. Biar sampai tinggal se gelas. Minum suam suam. Kalau nak sedap, boleh tambah madu.


5. BAWANG PUTIH

Ambik 1 ulas bawang putih, pastu bakar dalam  beberapa minit dan makan gitu ja. Eh, sebelum makan, buang dulu eh kulit dia. Jangan korang telan lak.


6. LIMAU NIPIS + KICAP + GARAM

Perah beberapa titis jus  limau nipis pada satu sudu kicap dan sikit garam. Pastu telan terus.


7. AIR BELIMBING (TANPA GULA)

Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula. Kalau campur gula nanti mujarabnya kurang.


8. NENAS

Blend nenas dengan air sikit. Kalau dapat, blend dengan empulur dia sekali. Pastu sila tapis. Jangan minum dengan hampas hampas pulak. Karang tercekik. Boleh simpan dalam fridge. Time nak minum, boleh letak madu sikit.


9. KUNYIT + LADA HITAM + MADU

Campur 1 sudu teh serbuk kunyit dengan 1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk dalam 1 cawan air mendidih. Biar didih lagi dalam 2-3 minit. Tunggu suam, masukkan 1 sudu makan madu. Minum masa suam.


10. MADU

Makan 1 sudu makan madu asli sebelum tidur.


11. BUAH NAGA

Makan separuh biji pagi pagi sebelum sarapan.

12. MADU + LEMON + PUDINA

Rebus daun pudina dengan segelas air, pastu bila suam, tambah madu dan lemon secukup rasa.


Banyak kan petua yang ada. Jadi sesiapa yang dah letih dengan uhuk uhuk, boleh lah pilih mana mana petua yang agak sesuai.

Petua ni ikut keserasian juga. Yang penting usaha. Kalau rasa bermunafaat, sila lah SHARE ya.


Kalau kesemua 12 petua dah amalkan tetapi masih tak sembuh juga, meh

www.wasap.my/0125705394. Ummi akan kongsikan cara mengambil nutrisi
yang diperlukan untuk melegakan batuk

0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...