BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum wrth.
Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah. Ummi doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya.
Hari ni ummi ingin berkongsi satu status dari Facebook #DR HAMID ARSHAT.
Tentu
semua mengenali beliau kan. Beliau dah berusia 72 tahun. Sebaya dengan ayah ummi ni. Mempunyai pengalaman
yang tersangat banyak di dalam merawat pesakit terutama wanita. Beliau adalah seorang
PAKAR PERBIDANAN dan SAKIT PUAN.
PERUBATAN DENGAN CARA MENCEGAH (PREVENTIVE MEDICINE)
adalah antara isi pesanan yang beliau kongsikan di laman sosial tersebut.
Ramai doktor yang mengakui, mereka tidak ada ilmu ini. Sepanjang lima atau enam tahun pengajian awal dalam ilmu perubatan, mereka tidak diajar dan belajar tentangnya. Dek kerana itu tidak heranlah kita dapati doktor pun ada yang mengidap penyakit KRONIK akibat tidak amalkan gaya hidup sihat, OBESITI, amal makanan kurang nutrisi dan tak bersenam.
Kebanyakan doktor hanya pandai merawat penyakit dengan ubat (drug) dan kurang ILMU MENCEGAH PENYAKIT.
"DOKTOR DILATIH UNTUK MERAWAT PENYAKIT,SAYA BERMINAT DALAM MEMPERBAIKI KESIHATAN"--Dr.Forrest C.Shaklee.Sr.
==============================
PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA
1.
Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang
ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila
sudah dilanda penyakit kronik.
2.
Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah
ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari
doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih
digabungkan kemudian.
3.
Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan di tempat yang
makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan
panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih
dan Penyayang.
4.
Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara gaya, budaya dan tabiat
hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah
minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan
amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
5.
Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca
utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan
jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca seperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.
6.
Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan
makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan
karbohaidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet,
diproses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan
makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis
dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - banyakkan sayur2 dan
buah. 70% dari makanan hendaklah dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)
7.
Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan2 dan
berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan.
Terbaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8.
Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum
makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(protin) dan
sayur2 jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu
selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus
atau walnut berserta kismis, kurma atau berries yang dikeringkan. Biji2
kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air
kosong atau air teh hijau.
9.
Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari.
Biasakan minum jus buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah
gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan
logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka
yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan
minum jus cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10.
Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk
fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu
sudu madu lebah setiap hari.
11.
Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup.
Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga
berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam di sekitar rumah - sambung nyawa,
misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai
khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta
meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12.
Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakan wanita capai
menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah
kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk
puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang seperti soya yang mengandungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13.Stress
yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis
penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal,
mental dan rohani kerana ia boleh timbul di mana2 saja. Tetapi kita boleh
tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan
penyakit.
14.
Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual
dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat,
puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari
Allah dan di dalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala
penyakit. Baca quran setiap hari.
15.
Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra
dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain,
terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis
musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan qadar Allah '
16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan cara gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh seperti berjalan kaki, jogging, menunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga. Exercise memberikan banyak khasiat kesihatan, manafaat dan kebaikan bagi kehidupan seseorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
17. Lakukan 'deep breathing exercise' di mana2 saja, sambil duduk atau berdiri; di pejabat atau di rumah ; di pejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk di kerusi, pusingkan menghadap ke belakang atau ke sudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca Subhanallah dan lafaz istighfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksijen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat ke atas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidrat. Lakukan exercise setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut.
22. Amalkan makan multivitamins (seperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logam meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedah. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.
23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsur seperti antioxidants, fiber, kolagen, peptides dan amino asid banyak dijual di pasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds (mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
=====================
Banyak kan pesanan beliau buat kita yang bernama wanita. Terima kasih
Dr Hamid Arshat atas pesanan yamg sangat bermakna.
PREVENTION IS BETTER THAN CURE
Marilah kita, para wanita sekelian berusaha MENCEGAH PENYAKIT dengan mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT, PEMAKANAN SEIMBANG dan MENGAMBIL SUPLEMEN YANG BAIK.
Ummi sendiri memilih suplemen #SHAKLEE yang TERBUKTI SELAMAT,SEMULAJADI dan BERKESAN sejak 100 tahun lagi untuk keperluan keluarga ummi.
Suplemen SHAKLEE adalah MAMPU MILIK dan sesuai untuk seisi keluarga sama ada kanak-kanak, dewasa dan orang tua.
ANDA PERLUKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK KESIHATAN ANDA DAN KELUARGA?
Ingin menjana pendapatan 3,4-5angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi ummi;
www.wasap.my/60125705394
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
SILA SHARE KE GROUP LAIN, moga menjadi amal yang memberi manafaat.
RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???
BismillahirRahmaanirRahiim Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...
0 comments:
Post a Comment