AIDILFITRI 2016


BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum wrth

Hari ni dah 7 Syawal (12 Julai 2016), dan hari terakhir bagi sesiapa yang terus berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. bagi yang belum mulakan tu, cepat-cepat ya. Jangan tangguh lagi. Sedar tak sedar,cepat saja masa berlalu. Jangan sampai terlepas. Amat rugi tau.
 
Tak terlewat lagi rasanya untuk ummi ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat pengunjng blog Mardhatillah.
"Taqabballallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan.

Ummi ingin berkongsi sambutan aidil fitri tahu ni. Berbeza la sikit berbanding dulu.
Setiap tahun memang giliran beraya di rumah mertua di Pahang. Redha la kan sebab dah sepanjang tahun duduk di Kedah.

Ummi sekeluarga kecuali bang Ngah ( pertama kali beraya di Mesir) bertolak ke Pahang pada pagi 4 Julai 2016. Alhamdulilah perjalanan lancar, tiada traffic jem.
Ni yang best ni duduk di Utara. Bila balik kampung di Selatan tanahair, jarang sekali kena tempuhi kesesakan di jalanraya. Alhamdulillah.

Ummi ambil kesempatan ni juga untuk singgah di Shaklee Seberang Jaya untuk
beli suplemen untuk anak dan yang dipesan oleh customer. Tak ketinggalan juga claim pin untuk Pangkat SUPERVISOR dan SENIOR SUPERVISOR.













Kami singgah di bazar Ramadhan Temerloh untuk beli tambahan juadah untuk berbuka puasa dan juga buah-buahan untuk majlis selepas raya.

Seramai 6 keluarga telah sampai di rumah mak di Pahang. Termasuk keluarga ummi dah ada 7 keluarga. masih 3 kelaurga yang belum sampai. Manakala 3lagi   ipar akan beraya di rumah mertua masing-masing. Sempat la ummi tolong menghidangkan juadah untuk berbuka.

                                Beginilah suasana berbuka setiap tahun bila ramai berkumpul


Hari Ke 2 (5 Julai 2016 bersamaan 30 Ramadhan)

Dah jadi suatu tradisi di  rumah mak Pahang, sate merupakan hidangan wajib untuk pagi hari raya. kebiasaannya 6 ekor ayam diperuntukkan untuk sate manakala daging pula sebanyak 4 kilo. Awal-awal pagi lagi anak-anak lelaki yang remaja juga turun padang untuk membantu.

Kaum ibu pula sibuk untuk siapkan rendang, nasi himpit. Tugas ummi boleh dikatakan setiap tahun, buat ketupat pulut. 

Lupa la pula ummi nak ambil gambar ketupat yang dah siap dimasak. 

Sebelah petangnya pula menyiapkan juadah untuk berbuka. Antaranya ayam goreng tepung, lebihan tulang dan sedikit isi dari proses  buat sate ayam.
                              Ni chef kecil kami, Abdur Rahman Al Amin

Menu lain adalah meehoon sup. Pulut mangga resepi dari utara.

Pabila hampir berbuka barulah keluarga yang sangat ditunggu-tunggu sampai iaitu keluarga abang sulung. Kebiasaannya ada saja masakan untuk berbuka yang dibawa oleh kak ipar. Yang pastinya nasi dagang bersama kari ikan tongkol tidak pernah ketinggalan.
  
Setelah berbuka dan solat maghrib maka bermulalah pula sessi cucuk daging ayam dan daging pada bilah lidi.

Setelah solat Isyak adalah sessi membakar pula.



Hari Raya 6 Julai 2016

Sebelum subuh isteri abang yang sulung dah bangun untuk masak nasi minyak
untuk dimakan sebelum ke masjid untuk solat sunat Aidil Fitri. Ada yang bantu siapkan acar timun dan karot. Juga panaskan sate.

Pada pukul 8.15 pagi, kami sekeluarga bersama mak ke masjid yang tak jauh dari rumah untuk solat Aid.

Sekembali dari masjid adalah masa untuk anak-anak sedara
bersalaman dan menerima duit raya. 
                                               9 dari 22 orang anak sedara

 Dah ramai berkumpul ni, maka mak sarankan buat doa selamat untuk arwah ayah.

Ramai juga jirantetangga yang berkunjung ke rumah mak.

Selepas asar, barulah ummi dan 4 pasangan ipar duai berkesempatan berkunjung ke rumah jiran yang hampir. Dah hampir maghrib barulah kami balik ke rumah.



Hari Raya Ke 2, Khamis 7 Julai 2016

Ummi dan abi dah bangun sebelum subuh untuk bersahur. Walaupun semua masih dalam mood hari raya, kami tetap memulakan Puasa Sunat Enam hari bulan Syawal pada hari ni. Cukuplah sehari berdepan dengan juadah yang berbagai disuap ke mulut. Kesian dengan perut yang terpaksa berkerja keras memproses berbagai makanan yang dimasukkan padanya. 

Jadi tak hairanlah kalau baru seminggu Ramadhan berlaku, ada yang berat naik mendadak sampai 3 kg. Betul ke betul. Tak percaya tak pa. 

Hari ni ada ipar yang dah bersiap untuk balik ke rumah mertua masing-masing.

Ada yang mertua mereka tinggal di Kuantan, Jengka, Terengganu manakala tiga pasangan lagi tinggal berdekatan saja.

Akhirnya pada petangnya tinggallah hanya 3 keluarga sahaja lagi di rumah mak.

Pukul 3 petang ummi dan abi keluar ke Kerayong untuk membeli sedikit keperluan untuk majlis yang akan berlangsung pada Sabtu iaitu hari Raya ke Empat. Juga barang-barang dapur terutamanya sayur dan ayam.

Petang tu juga adik ipar dan keluarga baru sampai dari Nilai. 

Hari Raya Ke tiga, Jumaat 8/7/2016

Musafir dan berziarah hari raya ke Muar. Nantikan kisahnya di entri lain ya.

        

 
 

   




 



 

0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...