MOTIVASI BUAT GURU ( MURABBI)

BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum wrth kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah.
Ummi doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selau hendaknya.

Tahun 2016 telah masuk minggu ke dua bulan Januari. Bermakna telah masuk minggu ke dua  tugas seorang guru terutama peringkat menengah Rendah dan Atas untuk mendidik anak bangsa.

Kali ini ummi ingin berkongsi satu Muhasabah Diri bagi insan yang bergelar guru sama ada dalam keadaan Gembira, Stress dan sebagainya.
________________________________________________________________________



PERTAMA
Janganlah anda mengambil cuti sakit sedangkan anda tidak sakit. Kerana anda telah menghimpun dua maksiat, iaitu berbohong dan makan wang gaji secara tidak halal. Demi Allah anda bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.

KEDUA
Terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk anda lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana anda adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

KETIGA
Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

KEEMPAT
Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai ke puncak. Maka jadilah anda 'MASTER PLAN' orang-orang besar.

KELIMA
Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat doa kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada di alam barzah.

KEENAM
Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

KETUJUH
Setiap detik yang anda TERLAMBAT atau anda tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.

KELAPAN
Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat doa yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat,cergas dan amanah".

KESEMBILAN
Di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya anda juga punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti anda mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana anda sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila anda tidak mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

KEDUA BELAS
Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat dijadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.

KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah perintahkan anda untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.

KEEMPAT BELAS
Biar berapa tinggi pun jawatan dan berderet ijazah kita atau tingginya ilmu kita, ketahuilah yang memberikan kefahaman dan menjadikan anak murid kita pandai bukan kita tetapi adalah Allah SWT.
__________________________

* TERIMA KASIH kepada para Guru, kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS, SABAR dan ISTIQAMAH
___________________________


0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...