AL KISAH EMPAT BINATANG

Assalamualaikum wrth buat yang masih sudi berkunjung ke blog 
Mardhatillah. Didoakan semoga berada di dalam rahmat dan diredhai Allah
sepanjang masa.Hari ni dah minggu ke 4 bulan ke 2 tahun 2015, 
23 Februari 2015 bersamaan 4 Jamadilawal 1436. Terlalu cepat masa 
berjalan tanpa kita sedari bahawa umur kita juga semakin singkat.

Hari ni ummi nak berkongsi cerita tentang empat binatang yang berkisar 
dalam kehidupan kita.

1. Harimau.
    Tentu semua kenal dan akan takut bila tersempak dengannya. 
Ada lagi ka zaman sekarang yang nak tersempak dengan 
Pak Belang ni? Dulu-dulu ya la kan. Masih banyak hutan belantara. 
Sekarang ni hanya boleh tengok kat zoo saja atau di dalam tv, dan 
media yang lain.



2. Buaya 
    Binatang yang dapat masanya di air ini banyak mengejutkan orang 
ramai dengan kisah membaham mangsanya di sungai besar 
terutamanya di Sabah dan Sarawak.
.

3. Tikus  
     Haiwan yang kecil molek ini mudah di jumpai di rumah terutama 
di kampung yang dekat dengan sawah padi.

4.  Lebah
     "...Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam
-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan
 bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir."
                                                                        Surah An-Nahl : 69



( " UNTUK RENUNGAN BERSAMA " ) 

      Ada seorang hamba Allah  pergi bersiar-siar di tepi hutan .. Sedang
dia menghirup udara rimba yang segar tu , tiba tiba dia terdengar satu 
bunyi jeng ! jeng ! jeng ! bunyi aauuummmmm !! Bunyi harimau yang 
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja . Jadi , si hamba Allah
ni pun lari untuk menyelamatkan diri . Harimau tu kejar hamba Allah ni 
sebab tersangat lapar .Harimau tu pun kejar , kejar , dan kejar . Hamba 
Allah ni punyalah takut , berlarilintang pukang . Sempat juga dia berdoa 
agar dia diselamatkan daripada dibahamdek harimau tadi. 
      Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya . 
Jadi untuk menyelamatkan diri , si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam
perigi.Perigi tu ada tali dan sebuah timba . Si hamba Allah ni bergayut 
pada tali tu.

Tali tu pendek saja. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi,harimau yang lapar tu menunggunya . Si hamba Allah 
ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan dirinya , sambil 
berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan . Tengah berfikir macam 
mana nak selamat , tiba-tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi . 
Aaaaa!!!! Ya Allah, lagilah seram dibuatnya .
      Nak tahu ada apa kat bawah tu ? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. 
Apalahnasibnya. Dah jatuh ditimpa tangga, lagilah takut si hamba Allah 
ni. Atas ada harimau,bawah ada buaya . Semakin risau dan takut . 
      Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar , tiba-tiba keluar seekor 
tikus putihdari lubang celah-celah perigi , naik ke atas ikut tali yang 
hamba Allah tu bergayut.Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pula. 
Alahhhh.. macam mana ni . Lepas tu ,keluar lagi seekor tikus yang 
berwarna hitam .. Naik mengikut tali tadi , cit ! cit ! cit !cit ! sampai 
kat atas . Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Macam mana aku nak 
buat ni.Habislah jadi mangsa buaya . 
       Berfikir lagi .Kalau naik kat atas makan dek harimau . Kalau tunggu 
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya . Macam mana ni . 
Sedang hamba Allah tu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya , 
tiba-tibaterdengar satu bunyi . uuuuuuuuuuuuu . Bunyi lebah bawa 
madu.Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit , melihat lebah 
yang sedang bawa madu. Tiba-tiba setitikmadu terjatuh dan terus 
masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi . Punyalah nikmat 
sehingga tidak terkata . Hamba Allah tu kata , "Fuh manisnya madu ni , 
tak pernah ku rasa manisnya ni . Sedapnya. Subhanallah sungguh 
sedap ni ."Dek kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau 
yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya 
di bawah .

Kalau difikirkan cerita di atas agak tak logik kan. 2 ekor buaya berada 
di dalam telaga.Sebenarnya cerita di atas sebagai kiasan untuk 
kita semua di mana  si Hamba Allah itu adalah kita .

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita , ajal memang sentiasa 
mengejar kita,jadi beringat-ingatlah .

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti 
kita di alam kubur nanti . Tali yang tempat si hamba bergayut tadi 
adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur 
kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam 
yang sentiasa menghakis umur kita . Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah 
nikmat dunia .Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam 
mulutnya , dia lupa pada harimau dan buaya tu . Macam tulah 
kita bila dapat nikmat sikit dah lupa pada Allah. Waktu susah baru 
la nak ingat Allah.

JANGANLAH KITA BANGGA dan JANGANLAH PULA BERLAGAK :- 

1. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - TANAH LIAT .
2. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir 

     kita - KUBUR .
3. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita - KAIN 

     KAPAN .
4. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan 

     kita yang terakhir - KERANDA .
5. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian 
     terakhir kita - KAPUR BARUS .

Cukuplah dulu perkongsian dari ummi untuk kali ini. Moga menjadi 
ilmu yang bermanafaat untuk dikongsikan semua. Anda boleh klik butang 
SHARE jika mahu rakan-rakan anda juga mengambil iktibar 
daripada  perkongsian ini.

0 comments:

Post a Comment

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...