Kenapa Perlu Suplemen" dari kacamata Ahli Farmasi.

بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمت الله و بركا ته

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Mardhatillah.

Salam10 Syawal 1439H. Dah selesai ka puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Ummi masih berbaki sehari saja lagi. Insya Allah esok boleh selesaikan sebab tak da jemputan walimah. Boleh sekali kan dengan puasa sunat hari isnin.

Jom ummi kongsikan ilmu '' Kenapa Perlu Suplemen - dari kacamata Ahli Farmasi"

Ilmu ni telah ummi kongsikan dalam group telegram # ProjekBuatDuitRm1500MFMS pada 12 April 2018.




Sebenarnya semasa ikuti kursus pengajian Sains Farmasi dulu, memang belajar tentang makanan tambahan/ suplemen/ vitamin.
Apa yang dipelajari dulu bahawa cukuplah kita dapat keperluan vitamin dari pemakanan seharian kita dengan mengikut piramid makanan.

Jadi bila dah ambik cukup protein, sayur dan buah2an tak perlu dah ambil suplemen. Itulah juga yang tertanam dalam fikiran ummi dulu2. Maka tak hairan ya kalau masih ramai kita jumpa orang yang masih pegang prinsip ni. Samada dia doktor ka, ahli farmasi ka atau nutritionist.

Nak tau tak bila ummi mula mengamalkan suplemen? Nanti ummi ceritakan ya.
Jom kita tengok dulu kenapa kita perlu suplemen/ makanan tambahan/ vitamin.

Ada 16 sebab yang ummi dapat senaraikan.



1. Makanan yang kita ambik sehari biasanya tak dapat bagi cukup vitamin/nutrisi untuk mencegah penyakit dari hinggap pada badan kita. Dos vitamin dari makanan biasanya tak cukup tinggi bagi mencegah penyakit dan anti penuaan.

Contohnya ibu hamil , perlu nutrisi yang tinggi bagi pastikan tumbesaran yang sihat untuk janin dan juga kesihatan ibu. Next entri ummi akan kongsikan apa suplemen yang perlu unyuk ibu hamil ya.

Warga emas/tua sering dikaitkan dengan kurangnya pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium.

Remaja terutamanya yang perempuan perlu nutrisi lebih berbanding orang dewasa disebabkan pertumbuhan yang cepat baik dari segi fizikal, biokimia dan juga emosi.

2. Gaya hidup masakini ysng mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri mengakibatkan masalah kesihatan.




3. Amalam pemakanan yang tidak sihat seperti ambik kafein berlebihan, makanan tinggi kandungan lemak, gula dan garam telah mengganggu penyerapan mineral dan simpanan dalam tubuh. Tabiat minuman terlalu panas, ambil terlalu byk kopi, teh, jeruk dan rempah boleh sebabkan rembesan cecair penghadaman serta serapan vitamin dan mineral dari makanan berkurangan. Itu antara sebab kita perlu jarakkan pengambilan suplemen bila ambik minuman yang berkafein ni.

4. Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar ambik makanan segera yang mana kandungan nutrisi makanan telah kurang atau hilang sama sekali. Makanan segera ni tinggi kandungan MSG yang merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.

5. Buah2an dan sayuran yang kita makan pun mungkin tercemar. Baja sintetik dan racun perosak yang digunakan menyebabkan buah2an dan sayuran terjejas kualiti. Kekurangan nutrien juga disebabkan oleh pengurusan tanah yang lemah.

6. Tau tak ayam yang kita makan pun telah disuntik dengan ubat sintetik, salbutamol, hormon dan antibiotik supaya membesar dgn sihat. Nak tau betul tak boleh tanya Master Firdaus. Kan dia tauke ayam. Hihi. Tak hairan setengah orang alahan dengan ayam daging ni. Sebab bila dia makan ayam kampung ok ja.

7. Pengambilan :
i)  Julap/ laksatif/ ubat sembelit yang berlebihan, juga menganggu penyerapan vitamin dan mineral seperti magnesium di dalam tubuh.
ii) Alkohol- yg terlalu byk menyebabkan rosak hati dan pankreas, organ penting untuk penghadaman dan metabolisma. Penggunaan alkohol yg byk dan kerap meningkatkan keperluan bdn terhdp vitamin B, asid folik, vit A, Vit C, Zink, Magnesium dan Kalsium.
iii) Antibiotik
Walaupun berguna utk melawan jangkitan tetapi juga membunuh bakteria baik di dalam usus.
iv) Pil perancang boleh kurangkan penyerapan asid folik dan tingkatkan keperluan vitamin B6, Vit C, Zink.

8. Persekitaran yang tercemar samada oleh asap kenderaan , asap kilang, asap rokok dan immunisasi yang lemah akibat kekurangan vitamin dan mineral menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.



9. Fad diet- Diet ganjil yang tidak mengandungi kesemua kumpulan makanan.

 i) Diet kurang lemak jika diamalkan secara ekstrim boleh sebabkan kurangnya vit A, D dan E
ii) Diet vegetarian yang tidak ambil daging dan sumber haiwan lain boleh sebabkan kurangnya vit B 12 yang menyebabkan anemia.

10. Merokok menyebabkan iritasi terhadap salur penghadaman dan meningkatkan keperluan vitamin C

11.Makanan terlebih masak ( over cook) atau terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan vitamin B, C dan E.

12. Masalah penghadaman di mana penghadaman yang tidak efisien boleh menghadkan vitamin dari diserap oleh tubuh. Tidak mengunyah dengan sempurna dan makan dengan terlalu cepat menyebabkan saiz makanan yang lebih besar dari normal untuk membenarkan tindakan lengkap oleh enzim penghadaman. Biasanya pengguna gigi palsu yang hadapi masalah ni.

13. Kemalangan dan penyakit.
Luka terbakar menyebabkan kehilangan protin, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatan keperluan bagi zink, vitamin E dan nutrisi yang penting dlm mekanisme pembaikan sel.

14. Alahan makanan - Bagi orang yang ada alahan kepada gluten atau laktosa boleh sebabkan kehilangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamin, riboflavin dan kalsium.

15. Zat dari makanan juga mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan semasa penyediaan. Jadi bila masuk ke mulut kita dah berkurangan.

16. Mengurangkan risiko penyakit 3 serangkai dan juga kanser.
i) Penyakit kardiovaskular

1/4 ( 25%) serangan jantung berlaku pada mereka yang berumur 50 tahun ke bawah.

Usia purata untuk dapat serangan jantung adalah 58.5 tahun.

Manakala 78% adalah lelaki. Kenapa agaknya ya.

Ni statistik yang dibuat pada 2014.



ii) Diabetes atau kencing manis.

Tau tak yang kelaziman untuk hidap diabetes di Malaysia lebih tinggi berbanding populasi dunia. Agak2 sebab apa ya.

Diabetes ni ada 2 jenis. Berita baiknya jenis 2 boleh dilambatkan atau di CEGAH dengan
a) mengawal berat badan
b) pemakanan sihat ( yang kurang kalori)
c) senaman

iii) Kanser - penyakit yang paling digeruni sebab datang secara senyap. 1/4 penduduk Malaysia menghidap kanser menjelang umur 75 tahun. Kajian 2015.



Keistimewaan Shaklee adalah mereka mengutamakan kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan lebih SIHAT.

Jadi produk yang dihasilkan bukan saja terhad kepada penjagaan NUTRISI tetapi juga  penjagaan KESIHATAN, KECANTIKAN ( skin care) dan Penjagaan RUMAH.




Ke arah KESIHATAN yang lebih baik perlu merangkupi 3 perkara:

1. Makan Secara Sihat.
Banyak mengambil buah2an (3 hidangan) , sayuran ( 2 hidangan dengan warna yang berbeza), bijirin penuh ( suku dalam 1 hidangan) dan produk susu bebas lemak. Pilih ikan dan kekacang lebih berbanding daging). Katakan tidak pada makanan segera yang berlambak di pasaran.



2. Bersenam dan dapatkan berat badan ideal untuk mengurangkan risiko penyakit kronik.

3.  Pengambilan suplemen secara bijak dan pelbagai.

i) Pastikan protin yang kita ambik sehari2 cukup. Nak mudah dan cepat, waktu pagi bancuh ja Esp
ii) Multivitamin yang seimbang dengan sekurang2nya 450 mg kalsium dan vitamin D
iii) Omega 3, EPA dan DHA penting terutama utk baiki tdk balas metabolik dan keradangan.
iv) Anti oksidan seperti vit C dan E bantu lindungi sel2 dari penuaan.
v) vitamin B untuk bantu lindungi DNA


Nak tau juga ka bila ummi mula mengamalkan suplemen?

Pada tahun 1989 semasa ummi sedang buat housemanship kat Hospital Alor Setar ummi telah didiagnos mengidap RA ( Rheumatoid Arthritis).

Apa yang doktor preskrip ialah Naproxen ( drug/dadah) yang bertindak sebagai antiinflamasi dan juga painkiller.
Memang sejak kecik pun ummi tak suka dengan ubat hatta Panadol pun. Bila demam suka biarkan sembuh dengan sendiri.

Bila dah ada anak, boleh dikatakan tak pernah jumpa doktor bila diorang demam. Hanya ke klinik untuk ambik suntikan imunisasi saja yang diwajibkan untuk baby. Ubat untuk demam hanya '"stand by saja. Lebih suka guna tepid sponging/'jelum'dengan air daun2 seperti bunga raya, melur dll. Bila diorang membesar memang suplemen saja yang dibekalkan untuk ke asrama dan universiti. Baik unttk demam, batuk, selsema dsbnya.

Pernah juga ummi dapat komen dari kawan seorang doktor,  apalah mak seorang farmasi belajar tentang ubat2an tetapi ambik suplemen.
Ni komen dari seorang yang tak faham  akan konsep yang ditekankan oleh Dr Shaklee:

"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, tetapi kita adalah dalam 2 bidang yang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan."

Semua tau tak setiap ubat tu ada kesan sampingannya. Kalau pi farmasi cuba perhati kat almari, akan tertera label  POISON - maksudnya akan menjadi racun yang mendatangkan kesan buruk pada organ badan kita jika ambik melebihi dos yang dicadangkan.

Berbalik pada ubat yang doktor bagi tadi, sebelum makan ummi check dulu apa SE (side effect) ubat tu. Antaranya ganggu sistem darah. Dahlah ummi ni anemia/pembawa thalasemia. Jadi ummi carilah suplemen yang dapat membantu kurangkan gejala RA. Pernah tengok tak bgaimana teruknya keadaan pesakit RA (Rheumatoid Arthritis).



Ni baru bahagian tangan. Kalau kaki jawabnya susah la nak berjalan.

Ummi tak mau lagi jadi teruk begini. Apa yg ummi amalkan adalah EPO ( Evening Primrose Oil) dan cari anti oksidan yang berbagai sebelum bersua dengan produk shaklee. Dah tentu sekarang Gla complex antara yang wajib ummi ambik.

Anak sulung ummi yang sekarang dah berumur 27 tahun, pula mengidap psoriasis semasa umurnya 9 tahun. Penyakit ini terjadi akibat gangguan autoimun, iaitu sistem kekebalan tubuh yang keliru menyerang sel-sel kulit yang sihat. Antara faktornya adalah keturunan, stress dan pengambilan ubat2an. Tetapi kes anak ummi ni stress adalah faktornya. Kenapa kata begitu? Masa tu ummi suri rumah sepenuh masa. Ada la masa luang setiap hari check semua homework sedetailnya seawal darjah 1 lagi. Result periksa final darjah 1,  99.9 %. Sebenarnya ada kisah disebaliknya kenapa  nak sangat dia cemerlang. Bila anak terkena penyakit tu, baru ummi insaf. Huhu. Tak mau bagi anak2  stress dah. Hehe.

Manakala anak ke lima adalah pengidap thalassemia major. Rawatannya adalah blood tranfusion semenjak umur 7 bulan. Alhamdulillah sekarang dah berumur 20 tahun. Masa umur 17 tahun doktor di Hospital Sultanah Bahiyyah sibuk  untuk injek hormon tumbesaran sebab dia belum puberti. Memang ummi refuse. Kesian dia kena bebel degan doktor (MO saja pun, bukan Pakar) sebab tolak rawatan tu. Jadi ummi terus bagi anak  amalkan Zink complek.  Hingga akhirnya selepas setahun kalau tak silap, bila dibuat ujian darah, paras hormon testosteron dah normal dalam badan. Bertambahlah keyakinan ummi pada suplemen SHAKLEE ni. Suplemen wajib untuk anak ni adalah folic acid dan vit c.

                                              Gambar anak ke 5 pada 5 September 2015

Selain dari amalkan suplemen untuk maintain RA dari menyerang, ummi juga amalkan  suplemen untuk menjaga dari sakit lutut ( osteoarthritis). Dah 4 tahun ummi amalkan. Alhamdulillah tak la lagi sakit lutut hingga terpaksa solat dengan duduk atas kerusi sebab tak mampu untuk turun sujud.

Sedangkan ada ja rakan ummi yang dah terpaksa solat seperti itu.

NEXT entri ummi akan kongsikan tentang suplemen ni ya.

Cukup dulu perkongsian kali ni. Terima kasih sudi membaca. Silakan SHARE. Moga jadi ilmu yang bermanafaat untuk semua.


Sumber rujukan.
Slide dari Shaklee Academy

Salam Aidilfitri 2018

السلام عليكم ورحمت الله و بركته
Salam Syawal ke 7 hari ni.
Seperti mana biasa sambutan hari raya setiap tahun bagi keluarga ummi adalah di rumah mertua di Pahang. Ya la kan, dah dok lama di Kedah bagi chance kat hubby beraya kat sana.
Tambahan lagi anak2 pun suka berjumpa dengan sepupu sepapat diorang yang ramai.
Almaklum la hubby ada 13 orang adik beradik. Tapi yang dapat berkumpul pada  raya pertama tahun ni hanya 8 keluarga saja. Sorang lagi adik ipar kat KL bertolak pada pagi raya. Jadi tak sempat bergambar dengan kitaorang. Jom ummibelanja gambar keluarga besar pada hari raya dulu.

                                         Gambar 7 keluarga dari 13 bersama mak di pagi raya


Kami bertolak dari Jitra, Kedah pada 13/4/2018. Perjalanan kali ini memakan masa agak lama sebab terpaksa singgah ambik anak ke 2 di stesyen keretapi Kuala Kubu Bharu.
Biasanya kami sekeluarga sempat berbuka bersama mak dan adik beradik yang dah sampai awal. Tapi kali ni pukul 11.30 malam baru kami tiba di FeldaTementi.

Menunggu di Masjid Batang Kali



                                                   Anak lelaki ke 3, 5 dan 6 di dalam masjid


                                                             Ummi dan my princess


                               Berbuka puasa di dalam kereta di perkarangan Masjid Temerloh


Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak di Masjid, kami ke stesyen bas untuk tempah tiket untuk anak ke 2 balik ke KL pada hari raya ke 2. Dia terpaksa masuk kerja pukul 11 malam.

Kemudian nak jalan jalan cari makan tapi tak jumpa kedai yang sesuai. Kami teruskan perjalanan dan singgah solat terawikh di masjid yang pernah kami singgah beberapa tahun lalu.
Ingatkan sama macam dulu. Cepat siap solatnya. Rupanya dah berubah sebab yang mengimamkan bukan imam lama tetapi anak tahfiz. Hehe
Pukul 10 lebih juga baru selesai solat kat situ. Itu pun 8 rakaat terawikh dan 3 witir.

Seterusnya anak2 dan hubby berhenti di kedai makan dekat simpang Kerayong. Tu perhentian terakhir sebelum teruskan perjalanan ke rumah mak mertua.


14/6/2018

Sehari sebelum raya. Dah jadi tradisi di sini sediakan sate untuk sambut raya. Jadi awal pagi anak ke 2 dan adik ipar keluar ke Kerayong untuk beli ayam dan barang barang persiapan raya yang lain.

Setelah itu bergotong royong la anak lelaki ummi seramai 4 orang tu siapkan 8 ekor ayam untuk diperap dagingnya. Anak lelaki sulung baru bertolak bersama isterinya pagi ni dari Kuala Lumpur. Kesian abang ngah, katanya balik kali ni nak rehat setelah penat kerja chef kat hotel di Bangsar. Disebabkan tak cukup kakitangan kena juga dia masuk dapur.

                                                            Siang isi ayam untuk sate


Sebelum ayam sampai tadi, si bongsu dan anak ke 5 belajar skil kopek kelapa. Setelah tu belajar parut kelapa dengan mesin parut. Cepat juga anak2 ni belajar. Tahun2 sebelum ni bapa saudara diorang yang selalu buat. Sekarang masing masing dah berkeluarga dan sibuk dengan anak yang masih kecik.

                                                                      Kopek kelapa
                                              Anak bongsu, Muhammad Al Fath sedang parut kelapa

Ummi pula kena siapkan ketupat palas. Ipar dan biras lain tak pandai membalutnya. Ummi pun bukanlah mahir sangat. Bolehlah... Jadi hanya mak mentua dan ummi saja tukang membalutnya. At last adik ipar lelaki juga membantu. Jenuh juga la nak habiskan 2 kilo lebih pulut.



Selain tu kami ( kebiasaan yang ada di dapur adalah ummi dan 2 biras)bergotong royong siapkan  rendang daging dan rendang ayam. Tak ketinggalan gulai  rebung masin bersama tulang daging.Rebung ni dimport dari kebun mak kat Kedah.  Alhamdulillah nasi himpit beli yang segera saja untuk dimakan bersama sate. Itu pun mak nak juga menganyam pucuk daun kelapa untuk ketupat nasi. Bab menganyam ni, memang ummi serender. Tak mahir. Mak nak bagi anak cucu yang kecik tahu bagaimana orang lama sediakan ketupat nasi @nasi himpit. Bukan semuanya senang dan segera macam sekarang. Sediakan duit saja.

Lebihan tulang ayam yg diambik isinya untuk sate, jadi satu hidangan pula untuk berbuka. Tulang goreng tepung, dimasak oleh anak ke 4, Abdur Rahman Al Amin merangkap dealer emas PG.



Dah petang baru sampai anak sulung dan menantu ummi. Ni sambutan raya Aidilfitri yang pertama setelah bergelar suami isteri.

Makanan tambahan, laksa untuk berbuka telah siap disediakan oleh adik ipar ( anak ke 6) dari rumahnya di Gambang.

Tiba waktu berbuka beginilah keluarga besar kami di Felda Tementi, Pahang.



Aktiviti selepas solat isyak adalah cucuk isi daging sate ke lidi yang telah direndam. Seterusnya sessi membakar oleh anak2 bujang dan bapa saudara diorang.

15/6/2018- Hari Raya pertama

Selesai sediakan juadah untuk sarapan sebelum solat Aidilfitri. Kebiasaan kami ke masjid yang tak jauh dari rumah. Tetapi kelainan tahun ni, kami hanya solat di surau di hadapan rumah mak. Ni cadangan mengejut dari adik ipar ( anak ke 4). Solat diimamkan oleh anak ke5 , Abdur Rahman Al Amin manakala khutbah hari raya disampaikan oleh adik ipar ( anak ke 11) seorang guru/ ustaz.

                                                           Khutbah Hari Raya

Setelah selesai solat, sessi anak saudara beraya dan dapat duit raya.


                                          My hubby sedang bagi duit raya pada anak saudara

Kemudian sessi bergambar dengan famili masing2.

Jom layan gambar semasa hari raya.


                                                           Famili ummi dari Kedah


                                                   Bersama anak sulung dan menantu


                                                                Ummi dan hubby

                                                     Anak lelaki sulung dan menantu

                                                              Empat anak teruna

                                                        Anak lelaki bongsu dan ke 4

                                                  Anak ke 3, Majzaah As Syahid

                                                 Anak ke 5, Abdur Rahman Al Amin

                                                     My hubby dan anak  lelaki sulung

                                              Famili adik ipar,Nazri dari Meru, Klang

                                              Famili adik ipar, Maizatul dari Gambang

                                             Famili adik ipar, Hassan dari Putrajaya

                                           Famili Abu Huzaifah dari Gombak ( anak ke 11)

                                           Famili Ibrahim dari Bertam, Penang ( anak ke12)

                                           Famili abang ipar sulung di Felda Lepar, Kuantan.

                                          Pasangan kat depan tu tetamu yang datang ziarah tau.

                                            Gambar dapat dari whatsapp
                                           Famili adik ipar Mazni di Nilai,Negeri Sembilan

Tu sahaja buat kali ni.
Nantikan sambungan cerita Hari Raya ke 2 dan beraya di Terengganu.

Terima kasih sudi membaca hingga habis.


AMALAN HARIAN YANG PERLU DI JAGA

السلام عليكم
Dah lama ummi tak update blog ni.
Hari ni ummi nak berkongsi ilmu tentang     "Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah".
Moga bermanafaat buat semua.

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat, solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat , 100x istighfar}.
 Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selepas Isyraq (di antara jam 8-12 tengahari).
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman. Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat, 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’
 – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran, kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kepada Allah di atas dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqarabah adalah perlu untuk membentuk sifat taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikhatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati dan lidah sentiasa sibuk dengan berzikir di dalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin dan Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan me'layu'kan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu.
Semoga kita dapat amal dan sampaikan/ share kepada yang lain juga.
Aamiin.

VIVIX -TONIK AJAIB

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Mardhatillah.

Apa khabar anda hari? Ummi doakan semoga amalan kita hari ini lebih baik dari semalam. Supaya kita tidak tergolong dari golongan yang zalim dan rugi. Naazubillah.

Hari ni ummi ingin berkongsi sedikit ilmu tentang Vivix Shaklee iaitu sejenis tonik ajaib. Apa yang ajaibnya. Meh kita tengok apa isi kandungannya dulu.

Vivix merupakan satu PENEMUAN SAINTIFIK pada tahun 2008 oleh Shaklee bagi melambatkan penuaan sel secara semulajadi. Di dalam tempoh satu setahun ia dipasarkan, lebih 1 juta botol Vivix telah dijual.

Vivix merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan  selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No.1 suplemen makanan di Amerika.

Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada EMPAT MEKANISMA  penting penuaan pada tahap sellular. 

1 .Kerosakan DNA

Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan tersebut merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" ( kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.

2.Pengawalan Genetik

Ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel

Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Jadi apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel pun turut menurun.
Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. Penimbunan Protin AGE

Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mngganggu keutuhan sel dan panjang umur.
Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungn unik di dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE.


Vivix juga membantu memelihara :

  • Kesihatan Jantung

  • Kesihatan Otak


  • Kesihatan Sistem Imun
  • Kesihatan Sendi

  • Perlindungan Anti Oksidan


KANDUNGAN DAN MANAFAAT VIVIX

Muscadine Grape


  • Mengandungi asid ellagik dalam kepekatan tinggi.
  • Mempunyai ciri untuk menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti bakteria.
Purple Carrot


  • Sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics dan sebagainya.
  • Mempunyai kandungan asik klorogenik yang tinggi yang dapat mengurangkan diabetes.
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
Elderberry


  • Kaya dengan anti oksidan dan juga vitamin A,B,C dan nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin.
  • Membantu menguatkan sistem imunisasi untuk melawan jangkitan virus dan flu. Juga berkesan terhadap jangkitan yeast, asma, batuk, sesak dada dan diabetes.
  • Merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular
  • Mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk stroke dan serangan sakit jantung.
Polygonum Cuspidatum


  • Juga dikenali sebagai Knotweed Jepun
  • Sumber komersial Resveratrol.
  • Membantu melambatkan proses penuaan.
  • Merendahkan kolestrol dan tekanan darah serta mengurangkan berat badan.  
Perbezaan anggur Muscadine berbanding
Dengan anggur biasa

Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Saiz anggur muscadine adalah sebesar bola golf. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ini membuatkan ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan.

Cadangan Dos:
1 sudu teh vivix diminum secara terus atau campurkan dengan minuman kegemaran anda. Goncang sebelum digunakan.
Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.

Dengan pembelian 2 botol vivix, anda mendapat free keahlian beserta bonus.

Boleh contact
wasap.my/60125705394/vivix (Shopiah)
wasap.my/60134265277/vivix (Majza'ah)

Moga menjadi ilmu bermanafaat. Wassalam.

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...