PESANAN BUAT AYAH

BismillahirRahmaanirRahiim
 
Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan
kasih sayangnya serta diberkati selalu hendaknya.

Hari ini ummi ingin berkongsi catatan dari group whatsapp oleh
seorang yang bergelar ayah/murabbi. Ianya sangat-sangat lah
penting untuk panduan buat yang baru , telah lama atau yang 
bakal bergelar ayah/abi/walid.
Mesti para ibu sukakannya dan menyokong 200%..

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE - PART 2

BismillahirRahmaanirRahiim
 

Assalamualaikum wrth buat pengunjung yang masih sudi bertandang ke  
blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan
kasih sayangNya serta diberkati selalu hendaknya.
Pada hari ini ummi ingin menyambung kembali kenapa bisnes Shaklee
menjadi pilihan.
Pada bahagian 1 telah ummi berikan 5 sebab. Klik Di sini



55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

BismillahirRahmaanirRahiim
 
Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.


Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan

kasih sayangnya serta diberkati selalu hendaknya.
Hari ini dah 3 Rabiul Akhir !436H. Sedikit perkongsian dari ummi hari ini tentang amalan
sunnah Rasulullah S.A.W. Mungkin ada di antara kita dah mengamalkannya.



1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk. Jadi jagalah pandangan mata kita.

NOW EVERYONE CAN KURUS

BismillahirRahmaanirRahiim
 
Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.

Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan

kasih sayangnya serta diberkati selalu hendaknya. 

Pagi ini ummi nak berkongsi satu projek baru yang telah dilancarkan
oleh Mentor dalam group #MFMSTheHappeningShakleeGroupInMalaysia.

Masih hangat lagi ni sebab baru kemarin 13 Jan 2015, ianya dilancarkan.

Sebelum tu jom kita tengok video ni dulu.




SALAM MAULIDUR RASUL 1436

BismillahirRahmaanirRahiim
 
Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan

kasih sayangnya serta diberkati selalu hendaknya dalam kehidupan di dunia ini. 

Hari ni adalah bersamaan 12 Rabiul Awal 1436 yang merupakan ulangtahun
kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Jadi kali ingin ummi ingin menukilkan kembali biodata kekasih Allah ini dan juga
 kekasih kita umat Islam . Tentu semua dah mengenali melalui pembacaan atau diperkenalkan
oleh ayah dan ibu dari usia kecil lagi agar kita mencintainya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ) 


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Dah tentu semua kita mengimpikan syurga kan. Jom kita lihat kembali.


BIODATA RASULULLAH SAW
 

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah). 

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. 
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. 
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan Abdullah, bapa Rasulullah SAW). 

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).  
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Rasulullah mempunyai 10 orang ibu susu.


USIA 5 TAHUN


Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN


 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).


 Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan Abdullah,bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

  
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)


Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.


Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN  


Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.


 - Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.


- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. 
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

 - Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN 


- Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
- Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

 - Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

 - Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN 

 - Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

 - Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

 - Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi. 







 
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah. 
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). 
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). 
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. 
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin). 


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

Baginda dianugerahkan 3 putera dan 4 puteri.

 
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


Jom kita KENALI BAGINDA RASULULLAH SAW SECARA LAHIRIAH 
 
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada

pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku
akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
  terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
  marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
  di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
  pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang 

  mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
  dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya
  lebih daripada biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
  dan tersusun dengan cantik..

Wallahua'lam Bissawab ....


Demikianlah sedikit yang dapat ummi kongsikan pada hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW.
Semoga ada manafaatnya buat kita semua.

Juga terima kasih kerana sudi membaca.

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim
 
Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan

kasih sayangnya serta diberkati selalu hendaknya dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Pada entri kali ini, ummi terpanggil untuk berkongsi dengan
pembaca dan anak-anak ummi, kenapa memilih peniagaan
bersama Shaklee.

Ada 20 sebab kenapa ummi pilih bisnes dengan syarikat ini.
Banyak kan. Ada tak bisnes/syarikat lain yang kita pilih
sebanyak ini sebabnya. Rasanya ummi kena buat 4 part
tentang tajuk ni saja.

Ok.. ummi terus ke pointnya ya.

1.  Kekuatan produk 

     Ummi pilih bisnes ini sebab Shaklee ada produk. Bisnes ini 
bukannya menjual keahlian atau apa-apa plan tetapi sebab 
memang syarikat ada produk yang hebat.

Ciri-ciri suplemen yang baik ada pada produk Shaklee. 

Produknya berasaskan bahan semulajadi, melalui kajian terperinci
dan ujian yang ketat.
Di samping itu ia juga bedaftar dengan KKM (Kementerian 
Kesihatan Malaysia) dan yang paling penting disahkan halal.

Syarikat pula telah wujud lebih 57 tahun bermula 1956. Sebenarnya
produknya telah hampir 100 tahun.
Vitalea (multivitamin) dihasilkan pada tahun 1915. Nama dulu 
Vitalized minerals. Dari itulah nama VITAMIN disebut hingga sekarang.

Jadi di sini kita dapat lihat kalau bukan kerana kekuatan pada produk
yang hebat  dan berkualiti.. syarikat Shaklee tak dapat bertahan lama.

The Shaklee Difference - Always Safe, Always Works, Always Green


Sentiasa ada customer/pelanggan untuk produk kesihatan ini.
Kita bukan bergantung pada ahli /member saja yang makan atau 
menggunakan produk ini.  Sentiasa ada pelanggan/ return customer
yang memang makan produk Shaklee...seumur hidup makan Shaklee
seperti mana hari-hari kita perlu makanan lain.

2.  Syarikat mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi

     Merupakan syarikat yang established sebab telah 57 tahun bertapak 
di dunia. Shaklee pernah disenaraikan dalam top company di Amerika 
Syarikat.
Bagaimana kita nak tau tentang integriti ni... Satu contoh yang boleh kita
tengok ialah tentang bayaran bonus. Bayarannya adalah tetap pada tarikh
malah kadang-kala terawal tapi tak pernah terlewat.

Contoh yang lain :
Kes Cikgu Mary yang komplain tentang produk GLA.

Dalam kes tersebut Dr. Jamie sendiri yang menjawabnya.
Shaklee bertanggungjawab setiap isu yang timbul.

Marketing plannya sangat mementingkan manafaat untuk SID iaitu bagi
bonus besar... cash bonus..car bonus.. convention 



Untuk memastikan sesuatu trip tu trip yang berkualiti (trip 6 star) , Victor
sendiri akan pergi test hotel...tilam.. test kopi..shower dan pergi semua
tempat-tempat yang akan dilawati sebelum trip sebenar.. 
Kenapa perlu beliau buat macam tu? Sebabnya Shaklee nak bagi yang terbaik.

Roger Barnet sendiri sebelum beliau membeli Syarikat Shaklee telah
memperuntukkan beberapa juta untuk buat research ke atas syarikat.
Akhirnya beliau beli. Ini menunjukkan Shaklee bukan company
biasa-biasa sebab seorang billionaire sanggup membelinya
.

Shaklee juga ada sistem dan organisasi yang jelas. Ini adalah penting
untuk sesuatu bisnes MLM (Multi Level Marketing). Barulah nampak
keteguhannya sebagai satu syarikat.

Kesimpulannya kalau syarikat boleh bertahan untuk 57 tahun maka tak 
mustahil ia boleh bertahan untuk 100 tahun lagi. Sebabnya produknya yang
evergreen... sepanjang zaman.

3.  Sistem yang adil dan terbukti serta patuh syariah. 

      Di dalam bisnes Shaklee, siapa yang berusaha, dialah yang akan
 dapat hasilnya. Siapa yang berusaha lebih maka banyaklah yang beliau 
akan dapat.

Ia bukannya skim piramid dan tidak mempergunakan orang 
bawahan untuk mengenyangkan orang atas/upline. Orang bawah boleh 
saja potong orang atas...selagi orang bawah berusaha lebih, hasilnya
pun lebih dari orang atas. ( Tak percaya..tak pe. Jom join, buat dan lihat
hasilnya...Bukan dengar cakap-cakap orang dan terus percaya
bulat-bulat).

Shaklee merupakan MLM yang memenuhi syarat-syarat patuh syariah
seperti panduan yang telah diberikan oleh Ustaz Zaharuddin dan JAKIM.
 
4.  Shaklee bayar bonus yang tinggi kepada pengedarnya.

     Sebanyak 50% daripada keuntungan syarikat (satu ciri syarikat yang
baik) dibayar kepada pengedar. Maksudnya syarikat sangat menghargai
para pengedarnya. Sehingga kini Shaklee telah membayar 20 billion USD
kepada pengedarnya.

Banyak benefit selain cash bonus, car bonus dan bermacam-macam
insentif yang ditawarkan.




5.  Bisnes yang boleh diwariskan kepada anak cucu

     Ini yang ramai tak tau rasanya. Maksudnya apa yang kita usahakan hari
ini takkan sia-sia. Kita boleh membina legasi untuk diwariskan kepada anak
cucu. Ada ke bisnes lain yang seperti ini. Tak semua kan.

Bagi siapa yang pernah jadi agen dropship...ataupun kalau kita jadi agen 
apa-apa sekalipun, cuba tanya... ada tak peluang nak mewariskan,
syarikat seperti yang dibuat oleh Shaklee.

Sebelum ini tertanya juga di hati, kenapa upline ummi iaitu Master 
MariaFirdaus daftar nama syarikat bila mereka capai rank tertinggi dalam
Shaklee iaitu Master Coordinator. Rupanya... baru ku tahu, memang 
Shaklee yang menyuruh mereka.

Jadi semua yang bergelar Master ,ada syarikat mereka sendiri.
Jika ada apa-apa yang berlaku pada mereka, syarikat itu boleh diwariskan
kepada anak cucu. Sekurang-kurangnya kita telah tinggalkan sesuatu 
untuk anak-anak kita.

Ini yang tak ada pada MLM lain.

Persoalan ... Kalau kejaya kita sebagai engineer, doktor dan
sebagainya...dapat tak kita wariskan pekerjaan tersebut kepada 
anak-anak kita? Tak boleh kan.
Kecuali anak kita anak kelulusan atau ijazah seperti mana kita ada.

Kelainan Shaklee berbanding MLM lain ialah pada kad keahlian (ID).
Shaklee hanya berikan 1 ID untuk suami dan isteri. Kalau ditakdirkan
seorang pergi dulu...
Yang tinggal meneruskan bisnes. Maksudnya bonus akan terus diperolehi
oleh pasangan kita, untuk anak-anak kita.

Tetapi 1 ID ini tak semestinya suami isteri. Jika ada kes yang special (ibu
tunggal), kita boleh minta dari syarikat. Contohnya anak atau adik beradik
(bagi belum berkahwin) sebagai partner. 

Cukup dulu ummi berkongsi 5 rahsia kenapa ku pilih Shaklee untuk entri kali ini.
Semoga ianya memberi manafaat dan menjadi motivasi bagi sesiapa yang ingin mencari-cari apakah bisnes yang ingin diceburi. 



                                  Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai
                                     untuk anda dan seisi keluarga ?
                           Ingin menjana pendapatan 3, 4 dan 5 angka sebulan
 
                                  dengan hanya duduk di rumah ?
                                 (bergantung pada usaha anda)

                                           Hubungi  SHOPIAH untuk :

                                                  FREE CONSULTATION


                                                 AFFORDABLE PRICE and

                                          BUSINESS OPPORTUNITY WITH


                                  TheMostFantasticMillionairesInShaklee (MFMS) Empire
 
                               

                                                   Shaklee ID  :  963897
                                                sopieabdn64@gmail.com
                                  012-5705394 (SMS, WhatsApp @Telegram)









          
  

        











           
        

                          

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...