DARAH TINGGI STABIL PENANGAN NECK

BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum wrth kepada anda yang sudi berkunjung ke blog Mardhatillah.
Ummi doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya.

Hari ini ummi ingin berkongsi kisah Peserta program Neck #Batch 2.

Kisah Cikgu Rohana

Perkenalan ummi dengan Cikgu Rohana bermula lebih kurang 6 bulan yang lalu.
Beliau singgah ke farmasi tempat ummi berkerja untuk mendapatkan ubat.

Setelah berbual agak panjang tentang kesihatannya, ummi mencadangkan 
Cikgu Rohana ikut program # Now Everyone Can Kurus. Bagai pucuk dicinta,
ulam mendatang, beliau amat berminat dengan apa yang ummi ceritakan tentang #Neck,. 


                                      





Buku ini yang ummi beri kepada Cikgu Rohana sebelum balik. Buku tips macam mana nak
turunkan berat badan menggunakan Formula Mudah M.E.S.T.I. Kurus.

Cikgu Rohana menyertai program Now Everyone Can Kurus pada 1 Mac 2015 iaitu 
Batch 2#Neck.

Masalah Kesihatan

Sebelum ini, Cikgu Rohana mempunyai masalah kesihatan, walaupun tidaklah mencapai tahap serius tetapi beliau terpaksa mengambil 5 jenis ubat daripada doktor.

Antaranya ubat untuk jantung, ubat untuk cairkan darah dan ubat untuk kolestrol.

Sampai satu masa pada tahun 2012,doktor terpaksa buat ujian dengan memasukkan cecair ke dalam saluran darah untuk cek sama ada jantung beliau tersumbat atau tidak .

Syukur ..Keadaan masih lagi terkawal. Namun Cikgu Rohana terpaksa meneruskan pengambilan 5 jenis ubat yang doktor berikan.

Antara masalah yang sering dialami oleh Cikgu Rohana sebelum ini adalah beliau kerap mengambil  MC ( Sijil Cuti Sakit).

Hospital Sultanah Bahiyah sudah menjadi tempat 'lawatan' setiap bulan akibat masalah kesihatan yang beliau alami.

                                http://malaysiafactbook.com/images/thumb/7/78/Hospital_Sultanah_Bahiyah.jpg/350px-Hospital_Sultanah_Bahiyah.jpg  

                                          Tempat lawatan setiap bulan yang wajib dikunjungi


Dengan ketinggian 155cm dan berat 89kg ,pada usia 50 tahun ,Cikgu Rohana mula terasa sakit di bahagian lutut.

Macam mana beliau tak sakit kerana setiap hari Cikgu Rohana terpaksa menaiki tangga 4 tingkat untuk pergi ke kelas mengajar.

                                                         
                                   Menaiki tangga menjadi satu cabaran untuk wanita 50 an
                                                                 jika berbadan besar                              

Bila badan besar, ligamen di bahagian lutut akan cepat haus kerana terpaksa menampung berat badan yang tinggi. Kesannya , tulang di bahagian atas lutut mula bergesel dengan tulang di bahagian bawah.

Impaknya....ouchhh....Sangat sakit.

Cikgu Rohana ada menceritakan, dahulu kalau dah duduk dalam 30 minit, bila hendak bangun, satu kaki akan terus rasa kebas.

Pengalaman Menyertai Program Now Everyone Can Kurus

Dengan keazaman untuk memperbaiki tahap kesihatan dan menurunkan berat badan, Cikgu Rohana join program NECK.

Matlamat utama, nak jaga kesihatan. Sebab sekarang umur dah 50 tahun. Anak-anak pun ada yang masih bersekolah lagi. Jadi, mahu tak mau kena jaga kesihatan dari sekarang sebelum keadaan bertambah parah.

                              
                                 
              Gambar hari ke-2 Cikgu Rohana bersama NECK. Berat pada waktu itu adalah 86kg,
                                      sebab dah turun 3kg pada 2 minggu sebelumnya. 


Selepas 100 Hari

  Selepas 114 hari, Alhamdulillah Cikgu Rohana 
berjaya turunkan sebanyak 13.8kg.

Apa yang lebih best, tahap kesihatan Cikgu Rohana semakin baik sekarang ini.

     Bacaan tekanan darah tinggi semakin turun
      sekarang. Dulu tinggi, sekarang dah normal.

        Ubat dah dikurangkan oleh doktor. Kalau dulu
        kena ambil 5 jenis ubat, sekarang hanya ambil
 1 jenis ubat sahaja
Antara yang suka dengan perkembangan Cikgu Rohana adalah suami beliau.
Dulu suami selalu kena temankan Cikgu Rohana untuk ke hospital di Alor Setar.
Tapi sekarang dah tak perlu lagi.
Kalau dulu kena pergi setiap bulan. 
Sekarang doktor bagi appointment setiap 3 bulan.
Masalah lutut semakin baik dan kurang rasa sakit. 

             Walaupun masih belum berpuas hati dengan berat sekarang,
                Cikgu Rohana masih berusaha lagi sekarang untuk turunkan 
berat ke tahap yang lebih baik.


Perubahan Selepas Menyertai Program NECK

Bila berbual dan bertanya Cikgu Rohana, apa perubahan yang beliau rasakan selepas menyertai program NECK ini.

Antara jawapan beliau adalah:

1. Beliau sekarang lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan. Dah tak lalu nak makan makanan berminyak. Bila tengok minyak dekat makanan bergoreng, rasa geli geleman nak makan memikirkan lemak yang akan masuk ke dalam badan.

2. Banyak minum air kosong dan dah sangat kurang minum air manis.

3. Banyak baju lama dah tak boleh pakai. Sekarang terpaksa ubahsuai untuk dikecilkan saiz. Terpaksa korek almari balik untuk cari baju baju zaman 90-an dulu yang masa tu masih kecil. Banyak baju besar dah disedekahkan kepada orang lain.

4. Dapat bersolat dengan lebih selesa. Terawikh baru-baru ini dapat buat 23 rakaat tanpa rasa sakit atau lenguh.

5. Bila duduk lama, nak bangun dah kurang rasa kebas.

Suplemen Yang Diambil

Untuk pengetahuan anda, untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik dan turun berat badan, Cikgu Rohana ada ambil beberapa suplemen.

Antaranya :

i. Omegaguard dan Lecithin - Berfungsi untuk membakar lemak, membuang kolestrol dan mencairkan darah serta mengelak lemak berkumpul dalam badan.

ii. Herblax dan Alfalfa - Berfungsi untuk detoksifikasi. Nak buang toksin dari dalam badan. Bila toksin dah hilang, barulah penyerapan nutrien dalam badan menjadi lebih baik.

iii. AJHT - Untuk memperbaiki masalah lutut.

Penghargaan Cikgu Rohana Kepada NECK

Seringkali bila berbual tentang tahap kesihatan beliau dan Program #NECK, beliau tak pernah miss mengucapkan terima kasih kepada saya. 

Tak lupa ucapan  beliau kepada Penganjur Program NECK dalam group telegram.

"Firdaus, terima kasih lah sangat-sangat sebab buat program NECK. Kalau tak, sampai sekarang la kak dok usung berat badan 89kg tu. Sampai sekarang la kak dok kena telan 5 jenis ubat tu...."

Alhamdulillah, syukur rasanya dapat membantu menambah nilai hidup orang lain.
Semoga kisah Cikgu Rohana ini sedikit sebanyak dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada anda untuk turut kurus dan sihat.

Buatlah macam mana pun, yang penting anda jaga kesihatan anda kerana ia adalah satu nikmat yang perlu disyukurkan oleh kita semua.

Doa Buat Cikgu Rohana

Ummi selaku #Agen NECK juga mewakili Team NECK mendoakan agar Cikgu Rohana akan terus kurus dan sihat. Semoga impian beliau untuk nak turunkan lagi 15kg akan menjadi kenyataan. 
Sekarang Cikgu Rohana menyertai semula NECK Batch 5 untuk terus mendapat pemantauan daripada Team NECK.

Wassalam.


#Agen NECK
#Now Everyone Can Kurus
#Online Coaching


 Feel Free To Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanafaat. Mungkin 1 Klik Share Dari Anda 
 Dapat Bantu Menyelesaikan Masalah Kesihatan Rakan Anda Yang Lain.

PERCUMA VITALEA - MULTIVITAMIN BERNILAI RM 94

BismillahirRahmaanirRahiim            


Assalamualaikum wrth kepada anda yang sudi berkunjung
ke blog Mardhatillah.

Didoakan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan
diberkati Allah sepanjang masa.

Sempena 100 tahun multivitamin diperkenalkan oleh Shaklee
maka bulan ini, Mei 2015 julung-julung kali Shaklee memberikan  promosi istimewa iaitu PERCUMA Vita-Lea bagi yang berdaftar sebagai ahli dengan
belian serendah Rm 24 sahaja.


Rasa macam nak daftar sekali lagi sebagai ahli. Yang pastinya tak boleh dah. 
Sebab sekali anda daftar sebagai ahli ianya adalah KEAHLIAN seumur hidup.

Best kan tawaran ni. Di saat kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan pelaksanaan Gst ke atas barang keperluan dan perkhidmatan, pihak syarikat bermurah hati menawarkan promosi ISTIMEWA ini.

Ruginya... siapa yang tak rebut peluang ini.


ASAL USUL VITA-LEA

Vita-Lea adalah multivitamin dan mineral yang PERTAMA dicipta di dunia.

Pengasasnya adalah Dr. Forrest C. Shaklee

Asalnya Vita-Lea diciptakan dalam bentuk cecair yang dikenali sebagai

"Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min". Perkataan

vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (100 tahun

dahulu) kepada bentuk tablet yang kini dikenali sebagai Vita-Lea.


KANDUNGAN dan PERBEZAAN VITA-LEA





Setiap tablet mengandungi 28 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada
sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut
sebagai "Explo-tab". 

Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut
dalam air ( tak percaya...cuba anda larutkan. Saya dah cuba..)
dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah
berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea selama
setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai
THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

                                             kredit to vitaminibu


MANAFAAT UTAMA VITA-LEA

* Penambahan tenaga segera  - pemberi tenaga, badan yang cergas dan
   kekuatan mental. Dengan itu membantu sistem memori dan fokus dalam
   pembelajaran mahupun kerja seharian.
 
* Pelengkap nutrisi  - Terutama bagi mereka yang mengamalkan sayuran
   (vegetarian) dan anemia.

* Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja               yang sedang membesar.

* Membantu melambatkan proses penuaan.

* Elemen Penting Pada Sel TUbuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan
   sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran,
   pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga
   kesihatan tiroid.

* Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


CADANGAN DOS:

Untuk kesihatan berpanjangan           :  1 biji setiap kali selepas makan, 
                                                          2 kali sehari.
Untuk pembesaran, kurang nutrisi
dan tenaga                                      :  2 biji setiap kali selepas makan,
                                                          2 kali sehari.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
       Ingin menjana pendapatan 3,4 dan 5 angka sebulan
               dengan hanya duduk di rumah? 

                       Hubungi saya untuk:

                       KONSULTASI PERCUMA
                       HARGA BERPATUTAN dan
            PELUANG PERNIAGAAN  BERSAMA SHAKLEE


            


                                   SHOPIAH
                           Shaklee ID : 963897
                        sopieabdn64@gmail.com
          012-5705394 (Call, Sms, WhatsApp, Telegram)
 

                               


 




                                                           

 

 

DOA MUDAH BUAT ANAK KITA

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah
dan kasih sayangNya serta diberkati selalu hendaknya.

Semua ibu bapa pasti menginginkan setiap anak yang dilahirkan 

membesar menjadi anak yang soleh. Anak-anak ini yang akan 
menjadi salah satu amal yang tidak terputus bilamana kita 
meninggal dunia.

Setiap kali lepas solat, pasti tidak lupa mereka mendoakan yang
terbaik buat semua anak-anaknya samada masih kecil hatta telah berumahtangga. Itulah naluri ibu bapa.

RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...