BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan kasih sayangnya serta diberkati selalu hendaknya dalam
kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
Pada coretan kali ini ummi ingin berkongsi isi kandungan
sepucuk surat yang ditulis oleh Syeikh Dr. Solahuddin Sultan
pada 16 November 2014.
Siapakah beliau???
Beliau adalah salah seorang ulama besar di Mesir. Beliau telah
dipenjarakan sejak berlakunya rampasan kuasa oleh tentera
Asisi yang disokong oleh Amerika pada tahun 2013.
Apakah isi kandungannya???
Surat berkenaan menceritakan pengalaman beliau di dalam penjara.
" Allah SWT telah memberi hidayah kepadaku serta aku berasa
gembira dengannya hingga akhirnya aku dikurniakan nikmat-nikmat
berikut di sini (penjara):
1- Aku telah khatam Al-Quran lebih daripada seratus kali di dalam
bacaan solat . Bacaan yang banyak mempengaruhi akal aku,
memandu hari aku serta merubah tindakan aku.
2- Aku telah mendapat ijazah dalam periwayatan Hadis Bukhari,
ini adalah cita-citaku sejak sekian lama.
3- Aku telah membaca ratusan kitab tafsir, fiqh, usul fiqh, bahasa dan
lain-lain yang mana bacaan tersebut kebiasaannya aku memerlukan
tempoh 5 tahun untuk dibaca.
4- Aku telah menulis buku berkenaan manhaj al-Quran dan tafsir,
iman dan akhlak, fiqh dan fatwa serta 50 kisah daie qudwah
di seluruh dunia.
5- Aku telah mengenali pelbagai kelompok pemuda yang beriman
serta teguh keazaman dan cita-citanya. Liqa bersama-sama mereka
adalah syurga kedua di sini setelah syurga berkhalwat bersama Allah
SWT. ( Sheikh menikmati paling kurang ada 2 syurga di dalam
penjara. )
6- Aku telah dikurniakan mereka yang berada di sekelilingku yang aku
merasakan mereka seperti adik beradik dan saudara kandungku.
7- Aku bernazar untuk berpuasa pada siang hari sepanjang aku di sini
kerana aku yakin doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak serta
sentiasa mustajab.
8- Aku berdoa setiap malam sebelum tidur supaya Allah SWT tidak
mengharamkan di dalam mimpiku apa yang dihalang untuk besi
penjara ini. Lalu Allah SWT menerima doaku ini sehingga aku
bermimpi menunaikan silat di masjid, menziarahi persatuan Islam
di serata dunia timur dan barat, menghadiri perbincangan syura serta
ilmiah di pelusuk dunia.
9- Aku menjaga kesihatan makan dan minumku serta aku melakukan
riadah harian hinggakan aku yakin sebahagian rutin riadahku tidak
mampu dilakukan oleh kebanyakan mereka yang berumur 20-an.
10- Tidaklah penjara bagiku melainkan aku berasa ianya memberi
kebaikan pada kami dan keburukan pada mereka (orang-orang zalim),
mengangkat darjat kami dan terus menghina kedudukan mereka.
11- Penjara bagiku telah mengurniakan dua cahaya kepadaku iaitu:
Cahaya kesabaran itu suatu perkara yang indah serta cahaya
kesabaran itu dengan terus teguh istiqamah.
Bergembiralah wahai saudaraku, ahli keluargaku, sesungguhnya
cita-cita mendahului perbuatan maka sesungguhnya kemenangan
itu hampir. Demi Allah, aku tidak pernah berdoa untuk kamu siang
dan malam sebanyak mana seperti yang aku doakan di dalam penjara
ini. Aku merasakan tempoh bilangan doa sebegini adalah seperti
10 tahun jika aku di luar sana. Lalu janganlah kamu lupa doa untuk
kami yang dizalimi di sini. "
Begitulah betapa penjara bukan suatu tempat yang menakutkan bagi
seorang daei. Kita dapat melihat bagaimana ulama-ulama terdahulu
dapat menghasilkan kitab dan buku-buku yang ditinggalkan sebagai
panduan dan rujukan kita hari ini, semuanya itu dihasilkan dari penjara.
Bagaimana kita???
Sekian dulu perkongsian dari ummi buat kali. Semoga kita semua
dapat memotivasikan diri dengan intipati surat dari ulama abad ini.