RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim
 
Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan

kasih sayangnya serta diberkati selalu hendaknya dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Pada entri kali ini, ummi terpanggil untuk berkongsi dengan
pembaca dan anak-anak ummi, kenapa memilih peniagaan
bersama Shaklee.

Ada 20 sebab kenapa ummi pilih bisnes dengan syarikat ini.
Banyak kan. Ada tak bisnes/syarikat lain yang kita pilih
sebanyak ini sebabnya. Rasanya ummi kena buat 4 part
tentang tajuk ni saja.

Ok.. ummi terus ke pointnya ya.

1.  Kekuatan produk 

     Ummi pilih bisnes ini sebab Shaklee ada produk. Bisnes ini 
bukannya menjual keahlian atau apa-apa plan tetapi sebab 
memang syarikat ada produk yang hebat.

Ciri-ciri suplemen yang baik ada pada produk Shaklee. 

Produknya berasaskan bahan semulajadi, melalui kajian terperinci
dan ujian yang ketat.
Di samping itu ia juga bedaftar dengan KKM (Kementerian 
Kesihatan Malaysia) dan yang paling penting disahkan halal.

Syarikat pula telah wujud lebih 57 tahun bermula 1956. Sebenarnya
produknya telah hampir 100 tahun.
Vitalea (multivitamin) dihasilkan pada tahun 1915. Nama dulu 
Vitalized minerals. Dari itulah nama VITAMIN disebut hingga sekarang.

Jadi di sini kita dapat lihat kalau bukan kerana kekuatan pada produk
yang hebat  dan berkualiti.. syarikat Shaklee tak dapat bertahan lama.

The Shaklee Difference - Always Safe, Always Works, Always Green


Sentiasa ada customer/pelanggan untuk produk kesihatan ini.
Kita bukan bergantung pada ahli /member saja yang makan atau 
menggunakan produk ini.  Sentiasa ada pelanggan/ return customer
yang memang makan produk Shaklee...seumur hidup makan Shaklee
seperti mana hari-hari kita perlu makanan lain.

2.  Syarikat mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi

     Merupakan syarikat yang established sebab telah 57 tahun bertapak 
di dunia. Shaklee pernah disenaraikan dalam top company di Amerika 
Syarikat.
Bagaimana kita nak tau tentang integriti ni... Satu contoh yang boleh kita
tengok ialah tentang bayaran bonus. Bayarannya adalah tetap pada tarikh
malah kadang-kala terawal tapi tak pernah terlewat.

Contoh yang lain :
Kes Cikgu Mary yang komplain tentang produk GLA.

Dalam kes tersebut Dr. Jamie sendiri yang menjawabnya.
Shaklee bertanggungjawab setiap isu yang timbul.

Marketing plannya sangat mementingkan manafaat untuk SID iaitu bagi
bonus besar... cash bonus..car bonus.. convention 



Untuk memastikan sesuatu trip tu trip yang berkualiti (trip 6 star) , Victor
sendiri akan pergi test hotel...tilam.. test kopi..shower dan pergi semua
tempat-tempat yang akan dilawati sebelum trip sebenar.. 
Kenapa perlu beliau buat macam tu? Sebabnya Shaklee nak bagi yang terbaik.

Roger Barnet sendiri sebelum beliau membeli Syarikat Shaklee telah
memperuntukkan beberapa juta untuk buat research ke atas syarikat.
Akhirnya beliau beli. Ini menunjukkan Shaklee bukan company
biasa-biasa sebab seorang billionaire sanggup membelinya
.

Shaklee juga ada sistem dan organisasi yang jelas. Ini adalah penting
untuk sesuatu bisnes MLM (Multi Level Marketing). Barulah nampak
keteguhannya sebagai satu syarikat.

Kesimpulannya kalau syarikat boleh bertahan untuk 57 tahun maka tak 
mustahil ia boleh bertahan untuk 100 tahun lagi. Sebabnya produknya yang
evergreen... sepanjang zaman.

3.  Sistem yang adil dan terbukti serta patuh syariah. 

      Di dalam bisnes Shaklee, siapa yang berusaha, dialah yang akan
 dapat hasilnya. Siapa yang berusaha lebih maka banyaklah yang beliau 
akan dapat.

Ia bukannya skim piramid dan tidak mempergunakan orang 
bawahan untuk mengenyangkan orang atas/upline. Orang bawah boleh 
saja potong orang atas...selagi orang bawah berusaha lebih, hasilnya
pun lebih dari orang atas. ( Tak percaya..tak pe. Jom join, buat dan lihat
hasilnya...Bukan dengar cakap-cakap orang dan terus percaya
bulat-bulat).

Shaklee merupakan MLM yang memenuhi syarat-syarat patuh syariah
seperti panduan yang telah diberikan oleh Ustaz Zaharuddin dan JAKIM.
 
4.  Shaklee bayar bonus yang tinggi kepada pengedarnya.

     Sebanyak 50% daripada keuntungan syarikat (satu ciri syarikat yang
baik) dibayar kepada pengedar. Maksudnya syarikat sangat menghargai
para pengedarnya. Sehingga kini Shaklee telah membayar 20 billion USD
kepada pengedarnya.

Banyak benefit selain cash bonus, car bonus dan bermacam-macam
insentif yang ditawarkan.




5.  Bisnes yang boleh diwariskan kepada anak cucu

     Ini yang ramai tak tau rasanya. Maksudnya apa yang kita usahakan hari
ini takkan sia-sia. Kita boleh membina legasi untuk diwariskan kepada anak
cucu. Ada ke bisnes lain yang seperti ini. Tak semua kan.

Bagi siapa yang pernah jadi agen dropship...ataupun kalau kita jadi agen 
apa-apa sekalipun, cuba tanya... ada tak peluang nak mewariskan,
syarikat seperti yang dibuat oleh Shaklee.

Sebelum ini tertanya juga di hati, kenapa upline ummi iaitu Master 
MariaFirdaus daftar nama syarikat bila mereka capai rank tertinggi dalam
Shaklee iaitu Master Coordinator. Rupanya... baru ku tahu, memang 
Shaklee yang menyuruh mereka.

Jadi semua yang bergelar Master ,ada syarikat mereka sendiri.
Jika ada apa-apa yang berlaku pada mereka, syarikat itu boleh diwariskan
kepada anak cucu. Sekurang-kurangnya kita telah tinggalkan sesuatu 
untuk anak-anak kita.

Ini yang tak ada pada MLM lain.

Persoalan ... Kalau kejaya kita sebagai engineer, doktor dan
sebagainya...dapat tak kita wariskan pekerjaan tersebut kepada 
anak-anak kita? Tak boleh kan.
Kecuali anak kita anak kelulusan atau ijazah seperti mana kita ada.

Kelainan Shaklee berbanding MLM lain ialah pada kad keahlian (ID).
Shaklee hanya berikan 1 ID untuk suami dan isteri. Kalau ditakdirkan
seorang pergi dulu...
Yang tinggal meneruskan bisnes. Maksudnya bonus akan terus diperolehi
oleh pasangan kita, untuk anak-anak kita.

Tetapi 1 ID ini tak semestinya suami isteri. Jika ada kes yang special (ibu
tunggal), kita boleh minta dari syarikat. Contohnya anak atau adik beradik
(bagi belum berkahwin) sebagai partner. 

Cukup dulu ummi berkongsi 5 rahsia kenapa ku pilih Shaklee untuk entri kali ini.
Semoga ianya memberi manafaat dan menjadi motivasi bagi sesiapa yang ingin mencari-cari apakah bisnes yang ingin diceburi. 



                                  Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai
                                     untuk anda dan seisi keluarga ?
                           Ingin menjana pendapatan 3, 4 dan 5 angka sebulan
 
                                  dengan hanya duduk di rumah ?
                                 (bergantung pada usaha anda)

                                           Hubungi  SHOPIAH untuk :

                                                  FREE CONSULTATION


                                                 AFFORDABLE PRICE and

                                          BUSINESS OPPORTUNITY WITH


                                  TheMostFantasticMillionairesInShaklee (MFMS) Empire
 
                               

                                                   Shaklee ID  :  963897
                                                sopieabdn64@gmail.com
                                  012-5705394 (SMS, WhatsApp @Telegram)









          
  

        











           
        

                          

SURAT DI SEBALIK TIRAI BESI

BismillahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan 
kasih sayangnya serta diberkati selalu hendaknya dalam
kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Pada coretan kali ini ummi ingin berkongsi isi kandungan 
sepucuk surat yang ditulis oleh Syeikh Dr. Solahuddin Sultan
pada 16 November 2014.

Siapakah beliau???
Beliau adalah salah seorang ulama besar di Mesir. Beliau telah 
dipenjarakan sejak berlakunya rampasan kuasa oleh tentera
Asisi yang disokong oleh Amerika pada tahun 2013.

Apakah isi kandungannya???

Surat berkenaan menceritakan pengalaman beliau di dalam penjara. 

" Allah SWT telah memberi hidayah kepadaku serta aku berasa
gembira dengannya hingga akhirnya aku dikurniakan nikmat-nikmat
berikut di sini (penjara):

1- Aku telah khatam Al-Quran lebih daripada seratus kali di dalam
    bacaan solat . Bacaan yang banyak mempengaruhi akal aku,
    memandu hari aku serta merubah tindakan aku. 

2- Aku telah mendapat ijazah dalam periwayatan Hadis Bukhari,
    ini adalah cita-citaku sejak sekian lama.

3- Aku telah membaca ratusan kitab tafsir, fiqh, usul fiqh, bahasa dan
    lain-lain yang mana bacaan tersebut kebiasaannya aku memerlukan
    tempoh 5 tahun untuk dibaca.

4- Aku telah menulis buku berkenaan manhaj al-Quran dan tafsir, 
    iman dan akhlak, fiqh dan fatwa serta 50 kisah daie qudwah 
    di seluruh dunia.

5- Aku telah mengenali pelbagai kelompok pemuda yang beriman 
    serta teguh keazaman dan cita-citanya. Liqa bersama-sama mereka
    adalah syurga kedua di sini setelah syurga berkhalwat bersama Allah
    SWT. ( Sheikh menikmati paling kurang ada 2 syurga di dalam 
    penjara. )

6- Aku telah dikurniakan mereka yang berada di sekelilingku yang aku
    merasakan mereka seperti adik beradik dan saudara kandungku.

7- Aku bernazar untuk berpuasa pada siang hari sepanjang aku di sini 
    kerana aku yakin doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak serta
    sentiasa mustajab.

8- Aku berdoa setiap malam sebelum tidur supaya Allah SWT tidak 
    mengharamkan di dalam mimpiku apa yang dihalang untuk besi
    penjara ini. Lalu Allah SWT menerima doaku ini sehingga aku 
    bermimpi menunaikan silat di masjid, menziarahi persatuan Islam 
    di serata dunia timur dan barat, menghadiri perbincangan syura serta
    ilmiah di pelusuk dunia.

9- Aku menjaga kesihatan makan dan minumku serta aku melakukan
    riadah harian hinggakan aku yakin sebahagian rutin riadahku tidak
    mampu dilakukan oleh kebanyakan mereka yang berumur 20-an.

10- Tidaklah penjara bagiku melainkan aku berasa ianya memberi
    kebaikan pada kami dan keburukan pada mereka (orang-orang zalim),
    mengangkat darjat kami dan terus menghina kedudukan mereka.

11- Penjara bagiku telah mengurniakan dua cahaya kepadaku iaitu: 
    Cahaya kesabaran itu suatu perkara yang indah serta cahaya
    kesabaran itu dengan terus teguh istiqamah.

Bergembiralah wahai saudaraku, ahli keluargaku, sesungguhnya
cita-cita mendahului perbuatan maka sesungguhnya kemenangan
itu hampir. Demi Allah, aku tidak pernah berdoa untuk kamu siang
dan malam sebanyak mana seperti yang aku doakan di dalam penjara
ini. Aku merasakan tempoh bilangan doa sebegini adalah seperti
10 tahun jika aku di luar sana. Lalu janganlah kamu lupa doa untuk
kami yang dizalimi di sini. "

Begitulah betapa penjara bukan suatu tempat yang menakutkan bagi 
seorang daei. Kita dapat melihat bagaimana ulama-ulama terdahulu
dapat menghasilkan kitab dan buku-buku yang ditinggalkan sebagai
panduan dan rujukan kita hari ini, semuanya itu dihasilkan dari penjara.

Bagaimana kita???

Sekian dulu perkongsian dari ummi buat kali. Semoga kita semua 
dapat memotivasikan diri dengan intipati surat dari ulama abad ini.


  

OMEGA OH OMEGA - PART 2

BismillahirRahmaanirRahiim

Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah.
Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Allah dan 

diberkati selalu hendaknya dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih 
di akhirat nanti.

Entri ummi kali ini adalah sambungan entri sebelum ini tentang
Omega Guard.
Bagi yang belum membacanya boleh klik di sini.

Siapa Yang Memerlukan Omega Guard

1. Ibu Mengandung



  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil 
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan

  2. Ibu Menyusu/ Berpantang


  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu.


   3. Kanak-kanak
  
      .  Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak.
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selsema dan asma.
  • Memperkuat sistem imunisasi badan.
  • Membantu memperbaiki tingkah laku, mengurangkan hiperaktif dan         meningkatkan tumpuan pada kanak-kanak ADHD. 
    4.  Mereka yang mengalami masalah berat badan


  • Omega-3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan menyebabkan terasa kenyang dalam jangka masa yang agak lama.


     5. Warga Emas/ Orang tua

      . Membantu meningkatkan kandugan asid lemak Omega-3 yang
         rendah di dalam darah.
      . Membantu mengurangkan radang sendi dan sakit lutut.
  
      
 
     6. Masalah kesihatan yang lain

    
  • Batuk berkahak dan selsema yang berpanjangan , kolesterol yang tinggi.
         

kredit to maziahismail




   
  Siapa yang dilarang mengambil Omega Guard

    1.  Pesakit yang akan menjalani pembedahan.
    2.  Ibu mengandung yang sudah hampir bersalin.
    3.  Pesakit yang mengambil ubat cair darah seperti Aspirin dan
         Warfarin
      
  Cadangan pengambilan :

   Untuk penjagaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 hingga 4 kapsul
                                                  sebelum atau selepas makan

   Untuk sakit tulang/sendi : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali

   Untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun  :  3 biji seminggu
   4  tahun hingga 12 tahun : 1 biji sehari  
   13 tahun hingga 18 tahun  : 2 biji sehari    

    Testimoni
      1. Set Mengandung dan Berpantang/Menyusu


          Penurunan berat  badan dari 68 kg ke 47 kg.

      2.  Asma pada kanak-kanak
          
       3. Kanak-kanak  demam, selsema dan ekzema.
           Puan Atiqah Aziz : "Saya bagi anak bermula umur dia setahun
           setengah. Masa tu nak baikkan selsema dia. Masa tu juga perasan 
           sangat kalau ada orang demam dan selsema, senang jangkit
           kepada dia.
           Saya beranikan diri bagi anak makan Omega Guard. Alhamdulillah
           sekarang duduk dekat dengan orang yang demam dan selsema,
           anak tak kena apa-apa pun.
           Yang bestnya, tak sangka pula Omega Guard boleh keringkan
            ekzema anak. Sekarang dah boleh makan macam-macam."

           Puan Nor Fahidayu Masran : "Saya bagi Omega Guard masa anak
           selsema. Alhamdulillah hingus cepat kering dan tidur malam hidung
           dah tak tersumbat lagi."

       4. Kanak-kanak Hiperaktif.
           Puan Mumtaz Ummi : "Saya bagi anak saya yang berumur 
           3 tahun makan Omega Guard. Alhamdulillah setelah seminggu
           makan, dia dah mula tidur awal. Kalau dulu, pukul 12 malam
           baru nak tidur. Dia hiperaktif sangat, sekarang  dah nampak
           perubahan. Nampak dia dah makin fokus semasa melakukan 
           aktiviti seperti mewarna dan menulis. Kalau dulu, tau nak
           melompat saja. "

   Sebenarnya sangat banyak testimoni tentang keberkesanan Omega
   Guard. Ummi hanya berkesempatan berkongsi dalam 4 keadaan
   seperti dinyatakan di atas.

   


                              Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai
                                     untuk anda dan seisi keluarga ?
                           Ingin menjana pendapatan 3,4 dan 5 angka sebulan
 
                                  dengan hanya duduk di rumah ?
                                 (bergantung pada usaha anda)


                                           Hubungi  SHOPIAH untuk :

                                                  FREE CONSULTATION


                                                 AFFORDABLE PRICE and

                                          BUSINESS OPPORTUNITY WITH



              
 TheMostFantasticMillionairesInShaklee (MFMS) Empire

                               

                                                   Shaklee ID  :  963897
                                                sopieabdn64@gmail.com
                                  012-5705394 (SMS, WhatsApp @Telegram)




          
  

        











           
           





RAHSIA KENAPA KU PILIH SHAKLEE???

BismillahirRahmaanirRahiim   Assalamualaikum wrth buat pengunjung blog Mardhatillah. Didoakan semoga semua berada di dalam rahmat Alla...